Jumaat, 11 November 2011

Doakan Kami!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah beberapa hari mengorbankan cuti mid sem..Hari ni kami akan bergerak ke USIM untuk menyertai satu pertandingan di sana..

Moga pemergian kami di sana bukan sekadar utk buat yang terbaik dalam penyertaan..Malah dapat mencari mutiara pengalaman melalui pertandingan seperti ini.Di samping dapat berdakwah dalam nyanyian..

Terus terang ana cakap, bila menyanyi untuk berhibur sambil berdakwah adalah lebih mengasyikkan daripada menyanyi dalam tandas! haha..Walaupun terasa seeedap je masa nyanyi dalam tandas kan..Hakikatnya suara kita masih lagi perlukan touch up dari yang pakar ^_^

Bak kata cikgu ana..Singing is SUFFERING  =.="


Do pray for us guys ^_^
(Kumpulan Fawwaz)

Isnin, 7 November 2011

We are talking about "Pengorbanan"

Assalamualaikum..

First of all, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada sahabat² ana yang comel² ni ..Macam mane raye? Best?? Alhamdulillah..bagus la tu..Harapnya tak ade la yang kena tanduk ngan pak lembu or pak kerbo na..haha..Bukan ape, time korban tadi,mase elok tengah menimbang daging² korban,ana terdengar sorang pakcik cerita kat kampung seberang kerbau men aci kejor ngan orang kampung..haa..mujurlah tak jadi pape..Alhamdulillah

Kat masjid dekat ngan umah ana ni pun pernah gak jadi gitu..Semangat untuk hidup sang kerbau tu menggunung tinggi sampai boleh bangun balik even da kna sembelih..dahsyat kot..Mase tu mmg lintang pukang la semua lari..haha..Tak leh bayang la..

Ate,antum ade cerita menarik ke sepanjang raye korban ni???Ce cite2..=)

Khamis, 3 November 2011

Balik KAmpung!!

Assalamualaikum

Alahai..tak boleh nak tidor lak..Memang susah nak tido awal kalau da slalu sangat tido lambat (bkn study ye)..Niat nak tido sebab malam ni ana dan 3 orang lagi sahabat ana akan menempuh satu perjalanan yang bakal mengukir senyuman pihak kedua..haha..Ayat powerr~

Yang penting, dont over imagine la pihak kedua tu..=.="  

KENAPA LAMBAT SANGAT??

sebab nak tunggu sahabat ana yang dari kecik duk kawan..men aci kejor sama², men dalam longkang sama² tu abis exam malam ni..haha..Budak UIA~ rajin UIA wat exam malam² kan??huu

DOAKAN kami selamat sampai.Kami cadang nak gerak dalam jam 11 mlm ni..Tak tau la sampai sana kul bape lak..hmm

HOMETOWN IS WAITING ^_^

Selasa, 1 November 2011

Tengoklah Pokok!

Assalamualaikum..

Petang ni kilat sambar menyambar la..Jadi, ana terperangkap dalam bilik yang serba canggih ni lagi (haha)..Bila nak kurus camni~  Time kilat macam ni dengan selamba lak tak off komputer..haha..Bahaya²~

Alhamdulillah tadi da lepas "azab" test undang²..Memang best! Semalam boleh kata rajin juga la..Ana sampai tahap sanggup tak tengok One Piece tu sehari semalam..haha..Powerr..(akibat study last minute,bukan sbb rajin)..dan  pagi ni pula ana wat record keluar dari bilik untuk ke kelas seawal 8.20 pagi..haha..(x pernah dibuat sebelum ni) Alhamdulillah, semua yang dibaca semalam tak masuk..haha..Just ade la 20 peratus yang masuk..Mujur boleh jawab gak =)

Soalan ana pada hari yang hujan ni : Biasa tengok pokok tak?


Isnin, 31 Oktober 2011

"Recognition" itu penting!

Assalamualaikum

Masa berlalu lagi..Terasa bagai esok takde test lak..(padahal ade test!..aigoo) hakikat yang perlu diterima..Doakan ana! Tadi ana ade baca mengenai satu keratan akhbar mengenai kes saman fitnah antara dua pihak.Sebagai student undang-undang, dahulunya artikel ni kurang ana bagi perhatian pun..haha..Tapi sekarang dah terasa minatnya nak baca bende² cenggini (macam ni)

Yang Utama Dalam Post ni yang ana nak tekankan ialah (jeng..jeng..jeng..)

"RECOGNITION"

Mid Sem PErTama

Assalamualaikum

Petang ni hujan mencurah-curah jatuh ke bumi..Jadi memang tak dapat la ana nak pegi joging..Ana on internet dan secara tiba² ana teringatkan blog yang da bersawang ni..haha..Minta maaf banyak² sebab da lama menyepi..Tapi siapalah ana kan..Tak kisah pun kalau tak ada..cewah..Sebab ana tengok da makin ramai sahabat ana yang advanced dalam dunia blog ni.Macam² isu menarik yang dikongsi..Segan ana =.="

Apa yang ada pada ana??

Jawapannya: Ana pun tak tau..haha

Selasa, 4 Oktober 2011

Alhamdulillah..

Jari jemari ana masih lagi berupaya nak menaip setiap huruf yang bakal antum baca selepas ini..
Sebenarnya entri yang ana nukilkan kali ini tak ade lah bersifat ilmiah..Ana cuma mengisi masa lapang sambil meredakan tekanan yang ade di minda ana sekarang secara yang lebih berhikmah..HUhu..

Before I continue my writting this lately night, I hope that all of you in front of your own computer in the pink of health ^^ We just need to appreaciate what Allah gives to us..How?? U are better than me to think about this simple question.We know the answer but...ehem2 la kan..Think


Khamis, 29 September 2011

Catatan Di Bumi UM

Alhamdulillah..

Petang ni terasa nak update lak blog ni..haha..setelah sekian lamanya mendiamkan diri..Akhirnya kini kembali..Ana harap sahabat² yang membaca blog yang "miskin" ni sihat la ye..

Bagi sahabat yang da masuk alam U..tahniah la sebab semakin banyak assignment da diberi..hehe

ada sahabat ana semalam mengadu kat ana..
*begini bunyinyee..

Isnin, 29 Ogos 2011

Ramadhan Yang Penuh Ujian

Assalamualaikum...

Apa habaq?Harap semua sihat² belaka...Lama juga ana tak update blog ana ni...Bila buka blog kawan len ade yang da makin maju ke hadapan..Syabas!! untungla...haha

Ape² pun itu kelebihan masing²..Ana ada KPI ana sendiri dalam menulis blog dan begitu juga rakan lain...

Sedar or x sedar???

Isnin, 18 Julai 2011

Jadilah Seperti Ikan Di LAUT

Assalamualaikum..

Doa ana buat sahabat² yang sedang membaca ni agar sihat² selalu deh..Saban hari pelbagai dugaan ditempuhi , diredah segala onak duri..Akhirnya akan kembali ke pangkuan Ilahi..Al-Fatihah buat Al-marhumah Dr Lo'lo yang baru sahaja meninggalkan kita..Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Allah..

Alhamdulillah..tak lama lagi,penantian bakal berakhir dan mulalah perjalanan hidup ana dan sahabat² lain sebagai seorang pelajar U..Kalau sebelum ni masa tengah STPM , semua pakat tak sabar je nak rasa macam mane kehidupan kat Universiti nanti..La ni da makin dekat da pun..haha..Jaga² lah hgpa..

Pada petang ni ana nak kongsi berkenaan makhluk Allah yang bernama IKAN..

LEga Untuk Sementara

Assalamualaikum..

Minggu lepas adalah minggu yang agak menggembirakan..Dalam kehangatan menjelang nisfu sya'ban..Pelajar STPM 2010 masing² telah mengetahui perancangan mereka yang seterusnya dalam bergelar seorang pelajar..

Ada yang menerima dengan hati yang gembira..Ada yang menerima dengan hati yang terbuka..Semuanya ada hikmah dan rahsia tersendiri datangnya dari Allah S.W.T..Andai sebelum ni kita mengimpikan USIM sebagai universiti pilihan..Allah tempatkan kita di UM..Moga² dimanfaatkan sebaiknya..Kita merancang Allah juga merancang..Dan Allah adalah sebaik perancang..

Ana doakan sahabat² yang masih menunggu agar sama² kta dapat berjuang dalam pentas dunia ni ^^

Khamis, 14 Julai 2011

Pengumuman!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Jari jemari kini terasa aktif utk membuang sawang yang semakin bertambah kat blog ana ni..First of all..Alhamdulillah ana masih sihat..he..So begitulah hendaknya kepada sahabat² ana ni..

Seperti yang sedia maklum..Kami pelajar STPM 2010 bakal mengetahui apa yang bakal terjadi pada diri kami pada esok hari..Jadi bila ana yang tidak lagi addicted to fb ni "sign in" FB..Ana lihat rata² sahabat ana memohon kemaafan antara satu sama lain..Alhamdulillah..

Post kali ni ana just nak antum doakan kami lah..Hehe..Moga² semuanya dapat la sambung pelajaran di alam Universiti..Kata orang nak tengok manusia yg bergelar remaja masa kini ni pi lah kat institusi pengajian yang ada kat malaysia nih..Tak kiralah politeknik ka,matrik ka, or university ka..U can see the true face of our generation..Pray for us so that we can keep our good behaviour and continue our "jihad" in study...

Ahad, 19 Jun 2011

Adil Pada Diri

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih ada kudrat untuk ana menaip di laman maya ni..Ana pun sat lagi da nak berangkat ke rumah yang tiada internet..So mungkin inilah yang terakhir sebelum ana teruskan perjalanan mencari pengalaman untuk dikongsikan bersama sahabat selepas ni..Ana ucapkan terima kasih kepada sahabat yang memberikan ana sokongan dari sudut sudinye untuk antum membaca perkongsian ana yang masih cetek ilmu ni..Apa pun ana tertarik pada motivasi sahabat ana yg agak rapat ngan ana..katanya "share la ilmu..da baik da tu.. sabda Nabi s.a.w.."sampaikan lah dari walau satu ayat"..lebih kurang begitulah ayatnye ^^

Utk kali ni..secara tersuratnye adalah adil pada diri..sahabat² ana giat suh ana bincangkan pasal poligami..tapi ana sedar diri ni masih kekurangan pengalaman dan pemahaman..So ana cma mampu kongsikan ini..

Adil Pada Diri



Minta Bapa Bimbing Anak Jadi Anak yg Soleh

Assalamualaikum..

Akhir² ni ana sungguh tertarik untuk mengikuti berita² yang menjadi topik HOT!! di dalam akhbar tempatan..Dari dulu ana kurang nak baca bab² macam ni..Tapi sekarang mungkin usia yang semakin meningkat dan dekat kpada ajal ni membuatkan diri ana untuk cuba updatekan diri dengan isu semasa..Dalam masa yang sama bekalkan diri kita dengan ilmu di dada..

Rakyat yang dahulunya sukar untuk menyambung pelajaran kini bukan menjadi satu masalah besar khususnya bagi rakyat tempatan di Negara "bertuah" ini..Anak² muda semakin mudah menimba ilmu di sekolah kebangsaan,sekolah agama rakyat dan tuisyen sebagai tambahan..Sehingga ada dalam kalangan anak² yang jemu sampai ambil pendekatan untuk lari dari pembelajaran..

Wahai Bapa bimbinglah anak jadi anak yang soleh dan solehah



Khamis, 16 Jun 2011

Aku Godam Hang!!

Assalamualaikum..

As expected..Berita hangat hari ni agak berbeza dari biasa..hehe..Kalo biasa di muka utama akhbar HOT tajuknya akan berbunyi "Bapaku bkn seorang lelaki??" "Kucingku di***** oleh kucing jantan" "Lelaki legging" dan macam² lagi..Hari ni tajuk utamanya adalah berkaitan cyber!..Yup!..Tengah hot cite Godam Menggodam lak..bukan gundam ye..
 
Kalau yg kaki download tu memang akan melenting la..Kalo yang bukan kaki download lak hanya menjeling je la..he

So, kalo ana nak cite bab yang tengah HOT³  sekarang pun rasanya macam da terlalu banyak bloggers yang da wat post pasal tu..Senarai list dan macam ne nak tukar DNS bagai akan diberi tipsnya..ngee..So nak tau rajin² la baca blog mereka..

"nta nak cite ape lak??" tanye ana kepada diri ana sendiri..hmmm..


Gerhana Bulan!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ni hari yang best lagi membestkan..haha (rosak BM)..sebab pertama kali dalam sejarah hidup ana..Ana dapat tengok gerhana bulan pada pagi (8 hari selepas 8 Jun...haha) yg berwarna merah jingga.. 

Subhanallah!!..

Memang cantik la ana cakap..Macam bola ping pong pun ade..Ana semalam tengok sorang² je bertemankan beberapa ekor kucing yang cuba mengorat ana ngan ekor² mereka..haha..xde keje..Gerhana yg ana tengok tu kelihatan pada  jam 3.45 pagi..lepas ana tonton Naruto the movie..Masa tu blh nampak sekerat je la bulannye..Ana tunggu la smpai kul 3.55 pagi..makin lama makin hilang..Adoii..Bulan tu semakin ditutupi oleh sang awan..Agaknya nak hujan la..Melepas ana nak tangkap gambar..haha..Ape pun..Yang tak berkesempatan tengok bulan secara live yg seronok smalam  (saje kasi jeles)..Boleh la pi dkt link INI..Enjoy the scene ^^

Selasa, 14 Jun 2011

Makan dan Makan

Assalamualaikum..

Hari ni..rata² masyarakat sering cuba melakukan kelainan dalam diri and hidup mereka..Ada yg cuba melakukannya dalam keadaan yang baik..Ade yg melakukan dengan cara pintas..Ada juga yang melakukan perubahan or kelainan secara yg tidak sihat..Itu yg duk rebut nak tempa nama dalam Book World of Records..huu

Tak ape lah ..So,ape perkara yg pelik antum pernah lihat??Orang korek telinga guna pengepit kuku?? Orang sentuh mata guna lidah??he..Tapi bukan itu yang ana nak kongsikan pagi ni..Ana nak berkongsi tentang tabiat makan yg pelik..haha..Ape la sgt kan?

warning: This article maybe long..But read it with kesabaran..Antum akan lebih rasa segar lepas titik terakhir!.he


Alhamdulillah..

ASsalamualaikum..

Alhamdulillah..Masih lagi diberi peluang utk menaip di alam maya ni..Mudah²an sentiasa dipermudahkan untuk berkongsi dengan sahabat² ana yg dikasihi Allah ni..Hari ni ana just nak kongsikan kegembiraan ana..Syukur sgt² selepas result STPM kini result MUET pula yang ana nantikan dah pun keluar..Ramai sahabat kelas ana amik..Antaranya Nu'man , Najwa , Zulaikha , Famida dan beberapa nama lain yg ana tak pasti..he..Dan setakat yg ana ketahui semuanya berjaya dengan baik..Ada peningkatan dari segi "Band" masing²..Tahniah³

ni lah result ana yang tak seberapa..
Alhamdulillah naik jugak dari b3..

Masih banyak lagi yang perlu dibaiki..Writing ana merudum sgt..haha..Tapi takpelah..Dapat gak ana cerahkan peluang nak smbung kos yg ana minat..Doa²kanlah ana ye..

Wassalam

Ahad, 12 Jun 2011

Kembara Dunia IT (2)

Assalamualaikum..

Okayh..rasanya da lama ana tak wat pengisian mengenai slot ni..Petang ni ana menekan keyboard utk merealisasikan ape yg terlintas di fikiran ana..huhu//Dan insyaAllah slot² ilmiah lain juga akan diwujudkan..Ana masih mencari sumber dan ilmunya agar dapat dikongsi bersama..Kali ni kita terjah lagi dunia IT..he³..Layan ~

Apa yg ana nak perkenalkan pada antum utk kembara kali nih?Ana rasa semua da tw kot..Tapi tak apalah..Ana expect mungkin ada dalam kalangan antum yg baru nak tw wujudnya benda alah ni..


Oh tidak...Kalut³!

Assalamualaikum

"Arghh...habislah aku!! (belek² fail) MUET tak siap lagi..alaaa mampusla ak kena marah dengan miss M nanti..xleh jadi nih..Hmm..(berjalan ke meja study) mak oi! Syariah 2 pun banyak soalan tak siap lagi nih..naya aku..Nasib la esok takda syariah..Boleh tgk² si T nye jawapan kot..Bodek² la dia nanti (monolog dlm hati) Mudah²an siap la pakej percutian aku ni..Duk men fbook je cuti ni..Hmm (muhasabah masa terbuang =P)"

 
Ahaa..pernah mengalami situasi seperti di atas??

Wajah Baru

Assalamualaikum!!

Ahaa..ada rasa yang tak kena pada blog ini?? Jangan takut..Antum masih lagi di blog yg hitam pada satu ketika dulu..Sempena umur baru..Azam pun baru..Jadi blog ini pun ana tukar la jadi imej bru..He³..Even simple tapi agak penat la nak siapkan..Memerlukan kepada kesabaran.. ^^


Feel free to comment ye..Wassalam

Sabtu, 11 Jun 2011

Sejuk Mata Memandang~

Assalamualaikum..

Kali ni saje nak kongsi gmbar bunga² yg disnap waktu keluar petang²..hee..Nak tunjuk betapa cantiknya bunga ni bila kita hargai die..For muslimat..Nak sentiasa jadi bunga yg lawa , cantik , sensasi..hehe..Jagalah perhiasan diri antunna ye.. ^^

Jumaat, 10 Jun 2011

Rehlah Lata Kekabu

Assalamualaikum..

Semalam da jadi wartawan sementara..Hari ni nak kongsi pasal kecantikan , keindahan , kelawaan , ketakjuban dan ke² yg berkaitan..he³

Apa pun..Baca or lihatlah sampai titik yg terakhir ye..Dan sambil melihat smbil tu muhasabah serta nikmatilah tatapan sebaik mungkin..Kalo nak rase yg real punye pegi la kat tempat berkenaan..Mmg best!

Ceritanya begini...

Khamis, 9 Jun 2011

1 saat..

Assalamualaikum..

Sedang awan menangis ditadah bumi..

"vrooomm...weh..berhenti sini dlu la mirul..lebat kot.." ujar tok aba .. "ok2" amirul menyahut..

Tengah asyik melayan dengan lagak mcm tak pernah tgk kereta lalu..amirul tetiba bersuara "hm..tok aba..cuba bayangkan kalau la ade eksiden berlaku kat depan kita ni..apa tok aba buat???"

Tok aba ngan lagak selamber dan hensemnye menjawab " tok aba tangkap gambar!..hehe"

"ceitt.." blas mirul

10 minit kemudian,hujan mulai reda..perjalanan diteruskan..tiba2..

Rabu, 8 Jun 2011

A new AGE!..

Assalamualaikum..

Suatu tika dulu..Pada tarikh ni seorang bayi lelaki menangis..Membuatkan ibunya ayahnya dan kerabat yg lain tersenyum..Dan moga hari² dalam kehidupannya sentiasa membuatkan insan di sekelilingnya mengukir senyuman manis..Nak bagi nampak gigi pun ok..he

senyum antum pasti lagi manis kan ^^

Ahad, 5 Jun 2011

Warna Warni kehidupan

Assalamualaikum

Warna warni kehidupan..

Nak dapat bunga yang cantik ni..
Perlu dibaja, disiram , dibaja dan dijaga baek²

Begitu juga

Manusia

nak ade peribadi yg baik..kena betul acuannya..
Baru leh jadi soleh dan solehah
(^_^)

Mai Beli...Mai Beli,,,

Di malam yang sunyi..

Saiful berjalan slow² menuju ke satu sudut..Titisan peluh mula kelihatan di wajah saiful..Dia mula bermonolog sendiri..Sambil kakinya terus mengorak langkah menuju ke tempat matanya memandang..Tak lama kemudian, Saiful sampai..Kini di hadapannya ada sebuah pintu..Lalu..

Ini bukan Saiful..huhu

Sabtu, 4 Jun 2011

Bertemu Kembali!!

Assalamualaikum..

Ana baru terbaca blog salah seorang sahabat ana..Click di sini..Sahabat ana ni menceritakan tentang detik manis pertemuan kami (wah2..) yakni sahabat2 5 Agama SPM 2008 la (hehe)..Pertemuan yang pada awalnya hanyalah omongan kosong..Tapi disebabkan kerjasama antara sahabat2, omongan tersebut menjadi kenyataan..Alhamdulillah!

Bacalah anakku

Assalamualaikum..

Apa kabo sahabat? Sihat la hendaknya..Lamanya ana tak update blog ni..Nasib baik tak bersawang ag..Apa pun post kali ni just nak inform satu perkara je..he..Nak tau ape die??

Baca lah lagi..Baca dengan penuh kesabaran..Dan pasti di akhir pembacaan antum akan tahu apa sebenarnya yg ana nak beritahu..

Bercakap tentang baca dengan penuh kesabaran ni..hmm..

Sabtu, 21 Mei 2011

Perlukah??

Assalamualaikum..

*tup tap..bunyi tapak kaki melangkah secara perlahan ke arah ruang tamu..Remote control ditekan..*tik..Sang Tv mengeluarkan cahaya..Lama2 imej yang berwarna warni mula membentuk rupa..Lalu, aku duduk di atas kerusi empuk milik emakku..Ku tonton berita..30 minit berlalu..Macam2 yang ku lihat...Itulah dunia hari ini..

Bagaimana hari antum???

Rabu, 18 Mei 2011

Jom Berbasikal

Assalamualaikum...

Moga masih kuat ukhuwah kta!..he..

Alhamdulillah..Hari ni agak berbeza sket rutin ana..Setelah sekian lama tak mengayuh..Hari ni ana mengayuh...Bukan mengayuh yg x bergerak..Ini yang rodanya bergerak yang mampu meluncur laju di atas jalan raya..waaaa..power kan?he

Begitulah seronoknya..So, sape2 yang agak da lama tak naik basikal tu pi la ringan2kan kaki mengayuh..kang jeles lak ngan ana..payah3..^^

tengok pun mcm power kan? hee

Selasa, 17 Mei 2011

IslAmic Manga

Assalamualaikum..

Ana suka antum sambut salam ana dengan doa dan senyuman..Moga2 ukhuwah kita terus kukuh..Amin3 ^^

Alhamdulillah..Tadi ana ada baca satu blog yg bertuah mengajak ana membaca another blog yang agak baik..Hee.. So ana nak ajak antum la pulak baca blog ni..For those yang suka baca manga or yang baru nak berjinak digalakkan..Moga pengajarannye kita raih

Blog Bertuah : Manga (Islamic Version)

Wallahua'lam..Wassalam

Isnin, 16 Mei 2011

Tarikh Ini..

Assalamualaikum..

Salam itu untuk antum..Moga ianya menjadi pengikat ukhuwah antara kita..

Hari ni adalah hari yang cukup bermakna buat anak murid terhadap gurunya..Yang pernah atau sedang mendidik insan yang bakal memegang pelbagai gelaran pada masa akan datang..Subhanallah..Hebat..

Sabtu, 14 Mei 2011

"Satu Click"

Assalamualaikum..

Pagi ni ana rasa agak lesu kerana mungkin tidak melakukan perkara yang biasa ana lakukan..hehe..forget it..certain people might know about it..


hm..dalam kebisuan pagi (cewah) ana terfikir akan tajuk post kali ni..a single click!..(ahaaa)
pernahkah antum mengalami situasi sebegini rupa??

Selasa, 10 Mei 2011

Dua Kali!! Two Times!!

Assalamualaikum..

Hello there?..Pernahkah antum mengalami situasi begini???

1) Seorang diri
2)Jarum di E??
3)Tekan tak pergi??
4)Mati last skali..

agak2nya ape eh???Dapat teka?? Mantoopp..hehe..power la..


Ahad, 8 Mei 2011

Hari Anugerah Kecemerlangan KISAS SBT



Assalamualaikum.. *ditaip pada mlm 7.5.2011

This post kinda special coz I post it in PuCHong..! While waiting for my photos being uploaded..So I decided to share with you guys about my experienced..hehe

credit to my Mak Teh for lending this to me

Jumaat, 6 Mei 2011

Kembara DunIa IT (1)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Masih ada tenaga utk kongsi sedikit kembara ana dalam alam maya ni..
Akhir2 ni ana ada sembang ngan sahbt ana tentang satu gadget ni..Kalau kat luar rasenye mmg da menjadi kegilaan ramai..So ana dengan penuh semangat yg berkobar-kobar pun teringin gak nak tahu apa yg bagusnya "gadget" ni..

Antum pun nak tau??Mari2

Antara Dua...

Assalamualaikum..

"Sesungguhnya org mukmin itu bersaudara"

Pernah sekali sahabat ana bertanya..Yang berbunyi begini..

Wahai la achik yang cute.. (cute??wah3)
"Antara dua perkara ni..Hang pilih yang mana???"

Khamis, 5 Mei 2011

Settle!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..segala yang ana risaukan telah pun di settlekan pada jam 9.12 malam td..ekek..

So kepada mereka2 yang bakal gerak bersamaku..korang siap sedia je la ngan persiapan korang lak..Moga perjalanan ke Bumi yang tercinta tu dipermudahkan..amin3

nak pinjam kete ni pun payah..huhu

And berita yang agak menggembirakan..ayah ana pun mungkin akan pi..hehe..Mudah-mudahan jadila..La ni ada ngan Ustaz Abdullah yang mana satu tak tau dengan Ustaz Ismail... ^^

Wallahua'lam.. Wassalam

Kenangan Dirotan..he

Assalamualaikum..

Pagi2 buta ni ana nak cerita pengalaman ana time ana jadi Pengawas PSS..Pusat Sumber Sekolah..haha..Kisah ni sebenarnya da lama..Time ana kecik ag..

hm..besar lagi dari ni ok

Aku,Hang,Saya,Kite, dan Ana

Assalamualaikum..

adoi..malam ni x tdo lagi la jawabnya..jam pun da tnjuk kul ehem3..nak tidur tkut terlajak..So rasanya better stay up la kot..cewah,mcm time study2 dlu..Time ni la duk kaco DJ IKIM bagai..
bukan ana la..haha..kwan ana yg bertuah..suka sangat ckp dengan Kak DJ..wah3.

Rabu, 4 Mei 2011

Short Entry!!

Assalamualaikum..

A short entry..Just nak ajak antum baca satu kisah dari blog kawan ana..

Cerita : TErsebutlah KISaa...h...

Enjoy till the last fullstop.! Kisah ni wat ana terharu kot..he

sape punye kucing la ni..hehe

Wallahua'lam .. wassalam

Eh Si Gadis Yang MAnis

Assalamualaikum..

Pernah x antum dengar bait2 lagu ni..? Ana nyanyi la sket eh..hehe

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan... Syurga,
Di dalam rumah tangga oooo

( bygkanlah ana tgh nyanyi.. =P )

Ahad, 24 April 2011

Aku Pemandu Berhemah!!

Assalamualaikum..

Pepatah Arab ada kedengaran di telinga ana..

"Siapa yang berjalan (or seangkatan dengannya) atas landasan,Dia yang akan sampai!"

Ana yakin dan kunci jawapan antum mesti pernah dengar kan pepatah ni?Tambah2 bagi mereka yang duk belajar Bahasa Arab..Ni la salah satu pepatah yang ana kaitkan dgn tajuk bertuah ana pada post kali ni..he..Alhamdulillah..

Sebenarnya ana dapat idea nak tulis pasal ni pun dari member2 ana yang suka sangat puji ana seorang "pemandu yang berhemah"..Alhamdulillah..Bangga mendapat kawan seperti mereka..huhu..Oleh sebab tu ana nak mengajak antum jadilah seperti ana..haha..(kidding..jgn marah)

senyumm..hehe

Banyak kereta yang megah ada atas jalanan da sekarang ni..Tak kiralah sebagai kereta yang dilanggar, atau kereta yang men aci kejar , atau kereta yang dimaki hamun , atau kereta yang men lampu tinggi dan macam2 atau lagi..

Video : PEmaNdu Yang Nakal

Ada di antara antum ni baru je yang dapat lesen..kan?(ehem2) Lesen P la katakan..hee..masa ni la nak jalan sakan..hehe..Cuma ingat nasihat ana..

P stand for ???

1) Jangan lebih 110 km/h (cewah..)
2) Jangan tengok apa yang terjadi kat kereta sebelah.. (ish3..)
3) Jangan lah..mati enjin kat traffic light (haha...pernah2)..
4) Jangan lah mati enjin kat tol (ish3..truk tul tu)..
5) Jangan rosakkan harta benda awam!! (haha..ni x pernah KOT)..

Tu la pesanan ringkas daripada ana sebagai seorang pemandu yang berhemah..(wah3)..I'm telling you based on my experienced..Sebab kat atas tu semua ana pernah buat..haha..So jangan buat..Amik yang baik2 je ye..Macam bawak dengan penuh kesabaran dan perasaan smbil layan lagu2 yang berkemundang di IKIM.Fm.. =P (ikt taste masing2 la..)

Video : JAngan Biarkan Diri Anda Jadi BeginI!

Begitu juga jika dianalogikan ia dalam hidup kita..Hidup kita ni ada dua pilihan..Sama ada ke kiri (neraka) atau ke kanan (syurga)..Andai kita pandu hidup kita ni dengan baik..Dijaga dari setiap aspek..InsyaAllah kita akan jadi seorang Muslim yang soleh dan sole...hah..bgus2..


Andai terlalu laju kemungkinan kita akan terbabas di arus zaman yang penuh ngan kemodenan dan kemungkaran..Jika terlalu perlahan akan menjadi orang yang ketinggalan..

Yang penting .. Jalanilah proses tarbiah dengan sebaik mungkin agar antum boleh jadi antara "kereta" yang terbaik atas landasan..Yang akan sentiasa mengekalkan prestasi yang baik..Jangan biarkan lumpur dan sebagainya mengotorkan kondisi kebersihan kereta antum..Sentiasalah sirami ia dengan nikmat Allah S.W.T yakni air hujan yang mengalir..Tak pun hantar ke "car wash"..hehe..Dan jangan lupa servis!

antum pilih!

Wallahua'lam.. Wassalam

Sabtu, 23 April 2011

Jom MAin!!

Assalamualaikum..

Firman Allah S.W.T "Tidak kami abaikan sesuatu pun di dalam Al-Kitab" (surah Al-An'am : 38)

Antum pernah tak berada dalam satu kawasan ni...

1)Kawasan tu ramai orang (okey..)
2) Banyak tempat duduk (mesti ar da ramai org)
3) Ada yang minum (ehemm..)
4) Ada yang ketawa (normall..)
5) Ada yang Teruja.. (x betul tu..)

Da boleh bayang??hee..baguih2..Antum ni mmg suka menggembirakan ana..Apa yg ada dlm fikiran antum???

inikah??(x ada org pun)

Kalau inilah yang ada dalam fikiran antum..Tahniah!!!!! antum salah..hehe..Nak tau jawapan sebenar??JOm tengok video ni...

Video : Kawasan Secreto...

Alhamdulillah..da tgk video tu kan??haa.. tu la yg ana maksudkan..Meskipun dalam tu x de orang..Hanya binatang..Tp kat realiti dunia ni ramai la orang nye..hehe..

So..soalan yg ana nak tanya kat antum..Pernah Main???

hmm..nak jawab ape niiii

Kebiasaannya..orang akan jawab gini..

1)Eleh..Banyak kali da main.. (main game blh la..haha)
2)Malu la.. (wah2..)
3)Permainan apa ni?? (dush3x..wachaa)
4)Aku malas je nak tnjuk terror (padahal asyik ke longkang je)
5)Trauma ak nak main.. (apa pasai??)

Haa..itulah jawapan2 yg boleh kita dapat..Rasanya byk ag kot..Antum leh fikir sendiri kan??Semua bijok2 blake nih..

Selalu (ye2 je) kalau ana ajak kawan ana main..Ada yang tak mau main..Sebab malu,1st time main..n bagai lagi..Tapi bla sekali diorang main..Tu dia..Strike bukan main..haha..

Nak habaq kat sini..Apa2 yang kita buat mesti ada pengalaman @ percubaan yang pertama..Andai percubaan yang pertama tu gagal macam ni

Video: First TIme Main

Antum jgn mengaku kalah..haha..main je lagi..yang tu diorang leh baiki balik..haha(rosak2)..Yang penting antum sentiasa bangun and mencuba..Dan lama2 nnt antum akan jadi pro macam ana (haha..perasannye)

Video:
Ana Pro Macam NI

Selain sukan kat atas ni..Ada sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kpada umatnya..Antum tw??Alhamdulillah..

Bagi yang tak tahu..ANtum leh tengok gambar2 kat bawah ni..

sukan berkuda


berenang (power nie)

memanah (yg ni terlebih)

haa..itulah sukan yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W..Apa kelebihannya??Ana pun nak tahu gak dari antum..

Atau antum boleh baca yang INI ataupun yang INI..semoga kita dapat manfaat dan knowledges yang berganda..Amin3

Wallahua'lam..Wassalam ^^

Jumaat, 22 April 2011

Aku Pelari Pecut...

Assalamualaikum..

Ape khabar shbat2 pembaca??Ana harap antum sihat pagi2 ni..Kalau kurang,pi la exercise or jogging2 ka..(sruh org tp x dia tak buat) =P

Sebenarnya ade sorang sahabat ana ni bertanya tentang satu pengalaman ana..Banyak buah (mmg hancur BM ni) pengalaman yg ana sukar lupakan..Dan ianya juga berlaku secara berperingkat-peringkat..haa..Antum mesti nak tahu kan??Ana tau da..Mai la tgk video ni dulu..Then antum akan tau apa dia yg ana nak habaq sbnarnya...

Video : Aku Pelari Pecut


haaa..da tengok??Alhamdulillah..bguih2..tu la yang ana maksudkan dengan pecut tu..hehe..antum pernah tak alami pengalaman macam tu??Berlari berkejaran~~ Mesti tak pernah kan??

Sebelum ana citer byk2 ag..Let me share with you guys about this info..Sebenarnya ada banyak and pelbagai jenis @ kerabat sang binatang ni..Ana pun x larat nak menaipnya..so ana kasi link utk antum tengok eh??

Kerabat sang binatang..

Okay..he..Ana da habaq tadi pengalaman ana ni berperingkat-peringkat..thats why I have a lot of story with that binatang bertuah..haha..Dari ana kecik sampai ana besar tak tinggi ni..

Peringkat Novice :

Yang ni berlaku time ana kecik ..Biasanya berlaku masa nak balik skolah..Ana kalo lalu kat lorong ni mmg cukup takut..adoi..tapi nak wat cane da tu je laluan yang ada..huu..kna lalu gak ar..Kalo time "off duty" selamat ar ana..Tapi kalo time "on duty"...huh! mmg parah..

Nak dijadikan cite..ade skali time ana balik..(muzik latar dimainkan???) ana jalan la sorang2..jalan punye jalan..alih2 da ade 2 ekor ready dalam keadaan on mark da..haha..ana apa ag..go ar..smbil2 menjerit nama makKK!!!....XD

Dalam episod yang lain pulak..

ADe satu umah tu..mmg BESO..antum bayangkanlah..ada pagar,ada pintu,ada pokok,ada kotak sampul surat???..and ade stu ANJING besar..hehe..org pggl "BULLDOG"..antum leh byg tak ia besar mana..??yg pasti bukan besar gajah la..hehe..Ana suka sakat bulldog nie..ye la..kalo kat luar mmg x berani..haha..tp Bulldog ni duk dalam kwsan umah..selalunya sakat xde pape la..Pada satu hari yang lain,ana sakat lagi as usual..sekali anjing kecik kuar ikut pintu pagar!..haha..boleh main cak cak lak die..da ada geng bru pulak si Bulldog ni..adoi..muat pulak tu tembus ikt pagar..mmg pecut x ingat ape dahhh..tau lari smpai die da jauh je..yg kecik ni semangat sket kejo org..jauh gak ar si kecik tu kejor ana..fuh..

Peringkat Rookie :

Ahaa..masa ni peringkat ana da ada basikal..ekeke..melompat satu peringkat yg baru la..hehe..
basikal hiasan je ni

Boleh gah sket da..tpi ketakutan ana pada binatang yg diberi nama anjing ni masih ada..Ana masih meneruskan hari2 ana melalui jalan2 tu..Tp skarang agak prepared la..hehe..pasal laju sket..cewah..Anjing ni pun agaknya practise gak kot..Ada satu hari tu ana kene kejo..Smpai tercabut ar selipar ana..satu je la..takut punye pasal..KAyuh basikal tak ingat dunia...hahaha..ayoyo..Ana biar je la selipar tu..Ntah ke mana da peginya..

Masa ni ana da mengenali serba sedikit sal anjing ni..so ketakutan makin kurang akibat asyik kena kejor.. =P Record kemenangan masih milik ana (x kena ngap ag)

Peringkat Pro :

Yeah..pada peringkat ni..Ana sudah ada lesen Agong (pada mulanya la)..Namun kini sudah jadi competent..Ana sudah boleh menunggang motor dan memandu kereta..haha..ana sudah Advance! And now..Ana x takut da ar ngan anjing2 tu..Siap boleh berhenti ag depan anjing2 tu..kot la nak say Hai ke...haha..merepek tul..

end of my story..

Actually..kita tak perlu takut pun kat anjing ni ..Sebab ia takkan kejar bila antum sendiri tak lari..So..be brave and walk as usual bila antum berjumpa ngan sang binatang nih ye..hehe..

Kalo antum berlari..Ada beberapa kemungkinan yg akan berlaku..

1) Selipar antum akan tercabut (boleh jadi..)
2) Barang2 dalam poket antum akan tertinggal (ahaa..)
3) Segala barang yg ada kat tangan antum mase tu boleh jadi dibuang atau dijadikan bahan mempertahankan diri.. (rugi3..)
4) Antum akan mengacau kawasan kejiranan dengan lagak "soprano" antum..(haha..)
5) Antum akan kehilangan berat badan secara mendadak..(ye2 je..)

So jgn takut n jalanlah seperti biasa walaupun pada saat tu antum mmg tgh takut..kih3

Inilah salah satu sebab kenapa ana boleh lari laju..haha..Ok la time 400 meter leh sumbang kemenangan utk Thariq kan??ngee.. =P

Dalam Islam ade satu bab yg berkaitan ngan anjing ni..So antum leh baca link yg ada kat sini..Kalau antum tak baca mungkin akan kerugian satu ilmu baru..Apa pun komen2 la kalo ade keraguan..Dapat gak berkongsi ilmu..InsyaAllah..

Hukum yg berkaitan dengan anjing..

Thats all from me..Syukran sbb antum berjaya abiskan bacaan antum..he..

Wassalam..

Final results..

Assalamualaikum..

memandangkan malam ni ana tak boleh nak tidur (sbb siang da tdo byk)..so I did some research about my favourite drink..ehem..nak tahu apa air kegemaran ana?? bacalah the following words until the final fullstop eh.. =)

Baru kejap tadi ana mencari2 apakah khasiat sang buah ni..Ada orang kata elok..ada orang kata tak elok..Antum mesti tertanya-tanya kan buah ape?? Bguih2..ana kasi tau la..Antum tengok video ni dan antum akan tau dari pokok bertuah manakah ia muncul..haa

Video: Air kegemaranku..

da tau kan??hehe..Alhamdulillah..da terjawab satu persoalan...yaa..itulah buahnya..ade banyak lagi yg ana nak kongsi bersama antum..nantikan..(cewah..)

inilah airnya yg menjadi kegemaran ana
(smbil2 promote web ape ntah)

ana cukup yakin rakyat Malaysia ni mmg da cukup familiar ngan buah ni..Almaklumla..bila p jalan2 mesti nampak pokoknya..sbb tinggi kan..

Teringat mase ana kecik2 dulu..(music di playkan) mase tu xde lesen ag..nek basikal je..kalo gian sgt nak minum ayor kelapa..ana p kat warung lama milik aunty ape ntah namanya..but when I makin tinggi dan besar ana jadi makin x selesa nak minum sbb ...adalah lah sebabnya..

Bila umur da meningkat..lesen pun da dpt..ana sanggup travel jauh merentasi jambatan2 yang ada (padahal satu je) utk membeli air kelapa kat kedai sorang pakcik ni..hehe..tq pakcik..gerai pak cik ni mmg jual air kelapa je..mmg laku abis la..harganya rm 1.30..promote2..

sahabat2 yang sedang membaca..sebut je psl kelapa..antum mesti akan bayangkan yg kat bawah ni kan???

yg rajin je wat gini..huhu

sodap ni..ish3..

tadaaaa..jeli kelapa..!!ekeke

ahaa...nampak sedap kan??leh jadi air..leh gak jadi jeli..nyum3..

Tapi kita ni asyik minum..tau ke ape kelebihannya???atau kekurangannya??atau ape lagi??

so..as a concerned citizen..haha..(muet nih) ana nak kongsi la kelebihan2 yg ana baru search kat google td..he..sharing is caring right??

Kelebihan-kelebihannya ialah..(ana tulis secara ringkas la noh)..

1)Menjaga keseimbangan elektrolit
2)Mengatasi gangguan kencing
3)Memecah batu ginjal
4)Membunuh cacing di usus
5)Pengganti plasma darah
6)Anti kuman
7)Mengatasi mual muntah..

sumber: 7 manfaat air kelapa

yg tu bab kesihatan..ahaaa..yg bab lepas ni mesti ramai org suka..haha..bab seri wajah..=P

1)Mencegah uban..(ahaa)
2)Mencegah kerutan di wajah..
3)Membuat suara merdu..(wow..)
4)Meningkatkan ghairah seksual (hmm..)
5)Menghilangkan jerawat..(patutla..) =P

sumber leh dibaca kat sini : Khasiat air kelapa

kalau bab makanan lak..ana tanya kawan ana ni..Die habaq..dengan kelapa leh wat..

1)kuih ondeh-ondeh


2)Kuih koci..nyum2

3)kuih bakar

4)dan banyak lagi..

hehe..antum reka la nnt..pastu kasi ana rasa okay..tq2

Teknik2 nak potong buah kelapa..

bagi mereka yang baru ade pokok kelapa kat belakang rumah..(macam ana) mesti nak tau and practice kan camne nak belah buah kelapa ni..hehe..sama ada nak karate ke? atau dipotong cam limau ke?

so this following video I dedicate for us..

Video : Cara2 membelah buah kelapa

ahaha...da tau da??..bagus2..antum da makin sampai ke penghujungnya..Alhamdulillah..

last but not least..video yg bakal ana tunjuk ni adalah yg agak kreatif..cara2 nak dapat ayor kelapa..agak kalo malas nak belah..boleh la guna cara ni..lets watch this video..

Video: Karate buah kelapa

mudah kan?gunalah teknologi yang ada..ana x dapat nak cari kesan buruk minum air kelapa ni..So kalo antum rajin antum komen2 la kat ana kesan buruknya..boleh sama2 kongsi kan..??

tahniah kerana antum berjaya baca smpai akhirnya..syukran2..moga dapat manfaat nya deh..

fullstop!..

Wallahua'lam..Wassalam..

27???

Assalamualaikum..

Mula dgn doa..dan ana harap antum doakan ana..amin3..

Post ana kali ni adelah mengenai 27..huhuu..Apa kaitan post ni ngan 27??just read it until the end..If you dont have any interest to read..Its okay with me..(*please read).. =P

27 yg pertama..lets relates it with our Ibadah..Hmm..Ape yg ada kaitan ngan that number??Of course solat kita..ahaa..SOLAT JEMAAH..yg dikurniakan 27 kali ganda pahalanya..Alhamdulillah..pandai antum ni..baguih2..namun adakah kita melakukannya??

A: Mesti la buat..tp kadang2 ar
B: Aku bukan alim macam hg nak p solat kat masjid nun (huh???)
C: Aku ade je solat jemaah..Tp seminggu skali ar.. ( okey..)
D: Rumah ak jauh kot dengan masjid (hmm..)

itulah antara jawapan2 yg kita leh dpt..Dan sebab itulah surau dan masjid yg besaq tu jdi kosong..Bukan kosong jemaah..Akan tetapi kosong dengan para remaja..Kalo diperhatikan hanya warga yg berumur 40-an je akan kita nampak menunggang motorsikal ke masjid @ surau..Remaja?? Where you guys??

....Bila sebut sal remaja ni ana teringat perbualan seorang pakcik ni masa ngah amik wuduk..Masa tu baru lepas dengar kuliah..

and Action!!

pakcik A: betui la noh..
pakcik B: apa yang betui??
pakcik A: tak..tadi dia(ustaz tu la) habaq kita ni berubah bla da umur 40 tahun..
pakcik B: oo..aah..ak pun rase gitu gak..ak rase nak berubah pun mase umur2 gitu la..

cut3!!!

hm..Alhamdulillah..bgus la Allah beri kesempatan utk berubah..Tp adakah selepas 40 tahun bru nak berubah??Adoi..Kebanyakan yg menjadi jemaah kat masjid adalah warga2 yg berusia lingkungan 40 -70 tahun..So..what we need to do is..Marilah sama2 kita imarahkan masjid tu lagi na..Cuba antum tgk video ni...

Video : 27 kali ganda!!!!

berlumba-lumbalah utk mendapat ganjaran pahala

27 yg kedua..hmm..tarikh ana menamatkan zaman bujang???hehe..wallahu'alam..yang tu ana tak mau citer panjang2..Tapi..la ni kawan2 ana banyak da yang duk citer2 bab ni..Kita semakin hari semakin matang kan?bagus2..Kalau dulu masa zman muda2 (skarang ni tua sgt ke) citer bab...

A: Smalam kau tengok tak cite power rangers??Aku terlepas la..sedih woo.. =(
B: Eh,hg perasan tak Abu tu da makin comel la..ewww (haha..dont try this at home)
C: Cantik ar rambut kau..belah tengah..wow.(salu kena kat budak skema..ye ke?)

ahaa..mesti ade kan?? Tp la ni da buka citer len..mcm2 da..ak nak $$ pas degree la dan bagai lagi..Ada sampai yg suh kawan2 khwin awai pun ada..

"kawan2,cpat la kawin..da kempunan nak makan nasi minyak ni"..hehe..(jgn marah ye yg terasa)

itulah hakikat sekarang kan? InsyaAllah ade jodoh tak ke mana..For the time being just pray n do your work as a student..Bring back your good results to your family..

27 yang ketiga..Sebenarnya nak citer bab ni pada awalnya..haha..ana nak habaq sal markah tak rasmi exam ana yg baru check ni..adoi..from all $% questions..I just got 27 correct..sikit je kan? Anyway I'm really glad with that..Bcoz I dont put such a lot of effort for this exam..Still I wanna get a good result...Thanks for those who were helping me with my revisions..especially Along n my friend from Singapore~~.. For those who got bad result..chill~ Jangan kerana results pada hari ni antum jatuh.. Bangunlah dan wat yg terbaik pada masa akan datang..jom tengok Video nie..

Video: Aku kuruS???
*antum fikirlah ape yg antum leh dpt dari video tu..(hehe)

ANa pernah mengalami pengalaman duduk kat bawah..Masa ana STPM..(muzik x on2..bateri abis)..Masa periksa dalaman ana adalah antara yang tercorot..pointer dpt pun about 1.8..sket kan?tp dengan semangat yang diberikan oleh sahabat2 ana..Ana bangun blk dan usaha tanpa lihat ke belakang..hasilnya Alhamdulillah..ana dapat menggembirakan kedua parents ana..Seronok..tu la hadiah pertama yg ana bagi kat ayah ana yg wat dia gembira..

The point is..walaupun kita fikir kita tak pandai..Tak bererti kita tak boleh jadi PANDAI!..aha...rezeki x datang bergolek..So keep it up..Put more in ur effort n u will get what you want..But..Jangan sesekali lupa bersyukur pada Allah..


Kalau kita pandai sekalipun..tapi kat sane nnt kita kecundang..Tak ada maknanya..

WAllahua'lam..

Selasa, 19 April 2011

Bersyukurkah kita???

Assalamualaikum..

"Ape jadi bila sume benda yang ada kat dunia ni dikenakan bayaran???"

Sekarang ni kalo kita perhatikan..Nak masuk tandas pun da dikenakan bayaran sampai mencecah rm kosong perpuluhan lima puluh sen..woo..dahsyat2..tapi apakan daya..itulah realitinya..

Kalo tak bayar tak boleh masuk lak...huhu..bertambah sulit la..haha..Ape pun..biarlah perkhidmatan sebaik bayaran..Kalo tandas tak bercuci susah den nak ngomen..Adoi..(cite bab tandas pulak)

Hm..sebenarnya ana baru lepas tengok satu video kat laman sesawang u tiup (youtube)..Ade satu video tu menarik ana utk berfikir dan menulis post ni..

Video tu membuatkan ana terfikir betapa bersyukurnya dapat kurniaan dari Allah S.W.T..nikmat melihat,nikmat mengunyah,nikmat mendengar..nikmat zuriat..semua tu Allah bagi free2 kat kita..Namun..bersyukurkah kita???

Andai semua tu kna bayar..ana tak tahu la..gunakan nikmat sebaik-baiknya ya..Jangan duk merungut..Sentiasa ucap "Alhamdulillah.."



Dan....Janganlah kita berkira ngan orang na..Hari ni kita berkira ngan org..Esok lusa bila kita perlukan bantuan..Orang lain lak wat yang sebaliknya..Elakkan..

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Video : Kapal Terbang Murah..

Isnin, 18 April 2011

Apa akan jadi bila..

Assalamualaikum...

"(smbungan)...kita positive kan words kita??"

Dalam sehari..berapa kali antum cakap @ sebut perkataan negative pada diri antum atau pada org lain?? Berapa kali ye??hmm..Cuba bilang sendiri nanti ye..

Utk post kali ni ana just nak kongsi the power of words yg kita duk slalu sebut dalam kehidupan seharian kita..Bagaimana perkataan boleh merubah kehidupan kita...The idea to post this topic I got from another blogger..who is he??Tubelawak..he..do read his blog..

Bukan hanya manusia..Malah air juga turut menunjukkan perubahan yang positif bila didedahkan dengan gelombang positif..Hebatkan..?

Semua tu ciptaan Allah S.W.T..Allah yang Maha Pencipta..Segalanya tidak mustahil bgi-Nya..Even kalau manusia cipta klon manusia sekalipun..Adakah klon tersebut mampu melahirkan anak???huh? Atau the simple ever mempunyai perasaan yg kita ade skarang ni..Rasa sakit bila dicubit, Rasa sedih bila sesuatu menimpa, N rasa gembira bIla tertaWA..

Dan bukan words je yg kna positif..Our mind too should be positive..Husnu zann..Jangan bersangka buruk..Tp kalau da tgk video S**S tu x yah nak think2 da..tutup terus..!

Bersyukurlah selagi ada waktu bgi kita.. Think about it..

kucing pun fikir positive

Bagi para ibu or bakal ibu or bapa2 or sahabat..Percakapan itu satu doa..Nak anak yg cemerlang..JAngan Gelar yg X cemerlang..Nak anak yg Soleh @ Solehah..Didik lah NGan Kasih Syang yg Positive..

Video : The Power OF WordS
Video : Air Berkata-kata

Wassalam..

Ahad, 17 April 2011

Aku Manusia..

Assalamualaikum..

"Manusia x pernah terlepas dari melakukan kesilapan"

Antum pernah melakukan kesilapan???Pernahkan..?Antum percayalah antum pernah melakukan kesilapan..hehe...Apa pun..Moga Allah mengampunkan dosa2 kita..Pada satu masa dahulu..Kita ni kanak2 yang tak mengerti apa erti kesalahan itu..Sekarang da mumayyiz..Da boleh beza yang mana itu baik dan yang rupe mana itu buruk..

Ana x nafikan ana pun pernah melakukan kesilapan..X kiralah ape jenis salah sekalipun..Menipu,Fly (budak2 asrama suka buat ni..ngee), Menakutkan kucing,Meniru aksi kartun yang disukai (Naruto??) dan sebagainya..

Namun..amiklah masa utk kita muhasabah diri..Selagi mana ade yang kita boleh elakkan..Kita elakkan..

Contohnya..perbualan A dan B..

A: Hang buat apa tu?
B: Aku tgh makan (padahal tengah tgk tV)
A: Awat B***H sangat..TV ngan Makan pun xleh beza ka!
B: Awat hg PANDAI sgt da tw ak tgk TV leh tanya ag ka?haha..




the main point is....(macam muet la plak) wat apa la kita nak kata lagu tu (B***H) kat org kan..??Apa kata kita positive kan word tu..Takda la org sakit hati..Sambil2 tu leh la doakan dia skali...kan3?

Tu antara scene dan words yg org slalu guna dalam percakapan seharian mereka..dan ade yg lebih teruk tahap tak leh dan tak sanggup nak dengar lagi da..Baby (bab1) dan sebagainya..antum tau sendiri..

Mari sama2 kita ubah percakapan kita..Moga kesilapan tidak berulang lagi..


BeruBAH!! (henshin!)
Video: X sengaja..

Wassalam..

Sabtu, 16 April 2011

Suatu saat dulu..Rintihan Hatiku..

Assalamualaikum...

"Rindunye bila teringat suatu saat dulu..Bila da dpt makin kurang jadinya.."

Syukran Ya Allah kerna engkau beri aku kesempatan untuk memiliki sahabat2 seperti mereka..Kuatkan aku Ya Allah agar aku sentiasa di landasannya..

(Suara sayup kedengaran)..

Pernah...

Suatu saat dahulu..
Solat Jemaah mudah utk diri ni dapatkan..
Tp sekarang...

Suatu saat dahulu..
Solat Dhuha tak aku tinggalkan..
Tp sekarang..

Suatu saat dahulu..
Bacaan Al-Quran sentiasa beralunan di bibir..
Tp sekarang...

Suatu saat dahulu..
Solat hajat sentiasa didirikan..
Tp sekarang...

Suatu saat dahulu..
Sahabat pemberi ingatan..
Tp sekarang...

Suatu saat dahulu..
Aku kuat..
Tp sekarang..

Suatu saat dahulu..
Tazkirah menjadi taman bagi ku..
Tp skarang..

Hmm..

Suatu saat dahulu..
Dahiku sentiasa rindukan sejadah..
Tp sekarang

Ya Allah..Engkau berikanlah aku kekuatan..Moga suatu saat dahulu yang aku pernah lalui
Dapat ku teruskan..Amin3 Ya Rabb..

click me : Istiqamah

Tamatlah Sudah oii..^^

Assalamualaikum..

"Jangan kau tidur blik setelah kau terjaga"...

pepatah kat atas ni ana tuju kat diri ana...hehe..Alhamdulillah setelah berlalunye detik 12.35 tengahari ari ni..Ana merupakan antara candidates yang berjaya tamat menghadapi ujian dan cabaran serta rintangan yg wujud dalam peperiksaan MUET..

detik yang dinanti2.

Syukur2..But dlm nak di"bebas"kan dari exam tu..macam2 pulak jadinya..haa..semakin menarik la hidup ana hari ni...

Kisah jni Bermula setelah...

Ana tertidur blk setelah terjaga di Subuh ari...Elok2 je bangun..TEngok jam da kul 7.30!!!!...boleh rileks la lagi..P tengok kat slip pekse lak..mula exam kul bape...

Alangkah terbeliaknya mata tahap K******U bila diamati mulanya peperiksaan ku hari ni pada pukul 8 pg!..haha..sepantas kilat ku mandi..y lengkap (bkn mandi kerbau) dan siap2 g tmpat exam..

Kereta dihidupkan..minyak ditekan..vroom2..lalu berjalan..dalam hati masa tu..hm..kat mane tmpat periksa ari ni eh?Alamak..! masalah ni..mase tu..kelajuan km/h jangan ditanya..

Sampai je kat sane..Ana tanya bodyguard..eh..pak guard..mujurla dekat..So dengan lagak steady ana pegi masuk dewan yg terlibat...

Bila da masuk..ana pun terpandang kat sorang ni...pandang punya pandang..Ana nmpak IC..Ana pun nak kuarkan IC..(muzik berbunyi)..Ana x bwk IC!!..oh no..da edar kertas da ni..duduk dan keluarkan slip..then ala2 cover la..Sekali pengawas dtg..adoi..Bermulalah scene seterusnya



pengawas: (*belek2) Mana kamu punya IC?
ana: Hm..IC tertinggal..
pengawas: Lesen??
Ana: Beg dompet sy tertinggal..td kelam kabut..
Pengawas : Macam mane sya nak tahu kamu ni Achik?? (nama samaran)
Ana: Sya yakin sya achik..haha (apa punya jawapan la ni..tp ni la jwpan yg diberi secara spontan)
Pengawas: Macam mane ni??
Ana : Xpelah saya blk pegi amik
pengawas: xpe2..

Abis dialog tu..bermula lah exam ana..fuh..mmg x tenteram..smbil2 terdengar lak pengawas2 atas pentas tu ckp sal ana..lesen? n bla bla bla..ana lagi la gelabah..tp xpe..ana steady kan diri..Berdoa sampai la abis exam..Alhamdulillah..

doa senjata mukmin

Abis reading..ana terpaksa blk..muka pengawas (wanita) yg tanya ana tdi penuh dengan harapan di raut wajahnya ana dpat kmbali secepat mungkin..(cey..macam ape je)..Alhamdulillah..ana dpt kembali tepat pada masanya..dan habiskan baki papers yg masih ade.. N now..Ana candidate yg menyerikan lagi dewan pada ari ni..haha..Thanks to me..

Ape pun..semua yg berlaku ni ade hikmahnya..Positive thinking..Praise to Allah..Alhamdulillah.
Sekadar tu je..Utk keputusannya nnt..Ana tawakal..Usaha sudah..Doa sentiasa..


As usual..

video:Dugaan..(ape yg antum dpt? he)

Wassalam..