Khamis, 31 Disember 2009

SABOR...

Bismillahirrahmanirrahim..

salam 1 islam kpd sahabat2 ana yg sudi melawat blog nie..
selagi msh lagi diberi kesempatan..insyaallah blog nie akan berjalan.
ape2 pun,ana hrp antum dlm keadaan sihat dan sentiasa muhasabah diri setiap mase..

kita ini manusia biasa..x lari dari melakukan kesilapan..
sentiasa mohon keampunan daripada yg MAHA ESA..
insyaallah,moga2 kt bahagia di akhirat sana..

hm..sblm ana melangkah pulang ke markas ana..he..dan utk post yg terakhir bgi thun 2009
ingin ana kongsikan skit psl SABAR..

sabar...?mcm bese dgr..hmm..tp kat mane erk???
Sabar leh jdik nama org..leh jadi mcm2..
bergantung pda org yg menggambarkan perkataan nie..he

Sabar yg ingin ana kongsikan ni adalah stu sifat yg ade dlm diri setiap manusia..
betapa nikmatnye bla kt tergolong dlm kalangan org yg ade sifat SABAR..hbat2..

sabar nie adalah senjata terpenting manusia...

tp bukan yg ini la..huhu

dengan sifat ni membolehkan manusia (kita ni) mengatasi ujian dan mencapai kejayaan..

"Hai orang2 yg beriman,bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung"
(surah Ali-Imran:200)



ada beberapa jenis sabar..ehem2..

yg pertama...

sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yg menimpa pada manusia, bahkan dlam kalangan nabi..antara yg dirumuskan Al-Quran dgn sabar dlm bentuk ini termasukla bersabar dgn kefakiran / kelaparan,terhadap kesakitan,peperangan,ketakutan,kerana kehilangan wang,kehilangan jiwa dan harta benda




yg kedua pulak..

sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina,termasuk bersabar dari menurut perasaan marah..
ehem2..yg ketiga da nie..

yg ketiga nie adalah sabar terhadap kemewahan.yg nie termasukla bersabar terhadap kenikmatan org lain,seperti org kafir dan golongan taghut yg pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya azab..

we just go trough number 4..

and here it is..he..sabar g nie ialah sabar terhadap ketaatan yg sememangggggnya banyak halangan..ape itu yerk???teruskan membaca...ade sedikit lagi...sabar ye.. ^_^

nafsu itu tabiatnya lior..dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas jugak utk melaksanakan amal ketaatan..

kesabaran yg num 4 nie perlu ade 3 peringkat....

yg A..sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan,perlulah memperbaiki niat dan ikhlas,sabar daripada riak yg merosakkan dan sabar utk menguatkan keazaman(azam jadi kurus..brapa kali lmpat da nie..huhu)

yg B..ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yg boleh melemahkannya..

n yg terakhir...selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yg membatalkan amal ketaatannya..jgn la jdikan amal itu sia2..ok?

dan sabar yg terakhir berada di tangga yg kelima...

iaitu sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah..Dakwah ke jalan Allah nie adalah suatu usaha mulia dan suci..ia adalah warisan daripada rasul dan nabi,mempunyai halangan dari msuh kebenaran dan kebaikan..

jdi..ingatlah..dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu,dengan keadatan dan ketradisian, keseronokan dan kerehatan, kepangkatan dan kedudukan n bahkan kekuasaan dan kekayaan..

doa2kan kita ini sentiasa dlam kalangan org yg SABAR..
semoga taun baru ini kta akan lebih menjadi org yg sabar noh..amin3


::wassalam::

Khamis, 24 Disember 2009

ConverT to Islam


MALAY TRANSLATION
" Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha..... sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam... Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan... Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.

Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."

Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.... Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi...apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka...yang ada syurga je...kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci...macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula...

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil... tak logik... aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan.... Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam....

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.

Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku...yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab... memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"...

Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu... tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku... Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.


Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam.......kemudian aku mengucap syahadah...aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar.......

Oleh Michael David Shapiro

Wallahualam.."

sumber..
http://www.zaharuddin.net/content/view/716/72/

http://badarsbpikp.blogspot.com/2009/12/jewish-converts-to-islam-bahasa.html

Ahad, 20 Disember 2009

Dye RambuT daN HukumNYA..(b'sumber)

PERSOALAN RAMBUT DAN HUKUM MEN 'DYE

(BILANGAN 145 BAHAGIAN AKHIR)


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Dye Rambut Yang Dijual Dipasaran

Mewarna rambut itu tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dengan alasan bahawa pewarna yang digunakan itu adalah halal ataupun suci.

Pada kebiasaannya pewarna rambut yang biasa dijual di kedai-kedai akan digunakan untuk mewarnakan rambut yang sebahagiannya dikatakan halal digunakan kerana dicop dengan perkataan HALAL oleh negara pengeluar. Setakat manakah kehalalan pemakaian bahan pewarna tersebut dan apakah ia tidak menghalang sampainya air ketika mengangkat hadas kecil dan besar?

Rambut merupakan bahagian yang wajib dibasuh ketika mandi junub atau mengangkat hadas kecil (wuduk). Ini bererti air yang bersih wajib sampai ke semua bahagian rambut termasuklah kulit kepala ketika mandi junub itu atau sebahagiannya ketika berwuduk. Jika ada sesuatu yang menghalang air untuk sampai membasahi rambut, maka tiadalah sah mandi hadas dan wuduk berkenaan. Sehubungan dengan itu ibadat-ibadat yang dilakukan seperti sembahyang menjadi tidak sah kerana hadas atau wuduknya itu tidak terangkat.

Dari itu sekiranya pewarna rambut itu sifatnya melekat atau melapis rambut, sekalipun ianya suci maka ia sudah pasti menghalang air untuk sampai ke rambut. Jika ini terjadi, maka mandi junub umpamanya dalam keadaan rambut diwarnakan dengan bahan tersebut (menghalang air sampai ke rambut) adalah tidak sah dan ini akan menyebabkan ibadahnya seperti sembahyang tidak sah kerana hadasnya tidak terangkat.

Berbeza halnya, jika pewarna rambut itu tidak melekat di atas rambut seperti ia sifatnya meresap sepertimana meresapnya inai (pacar) pada jari dan kuku. Ini tiada menghalang air dari sampai ke bahagian yang wajib dibasuh.

Meniru Gaya Dan Fesyen Orang Kafir

Perbuatan mewarnakan rambut dengan bentuk atau gaya sepertimana fesyen dan penampilan orang-orang kafir yang tidak sesuai dengan akhlak Islam sebagaimana yang kita saksikan telah menjadi ikutan atau idola anak-anak Islam zaman sekarang, maka perbuatan itu adalah haram sekalipun pewarna yang dipakai itu suci. Dengan melakukan perbuatan itu bererti mengikut budaya orang bukan Islam. Ini adalah perkara yang dilarang oleh hukum syara‘ kerana larangan menyerupai mereka disebut oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan sabda Baginda:

Maksudnya: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah dari golongan mereka"

(Hadis riwayat Abu Dawud)

Menurut Ibnu Al-Qaiyim Al-Jawjiyah menyerupai mereka dari sudut penampilan zahiriyah merupakan satu jalan ke arah menyerupai mereka dari segi maksud dan perbuatan. Ianya juga sebenarnya timbul atas dasar suka dan menganggap ianya adalah satu perkara yang baik. Apabila seseorang itu menganggap kelakuan orang kafir itu satu kebaikan maka cenderunglah dirinya untuk memperbuatnya.

Apabila dia sudah melakukannya buat pertama kali nescaya akan diulanginya untuk kali kedua dan seterusnya sehingga menjadi adat atau kebiasaan kepada dirinya. Jika ini berlaku akan lenyaplah nilai-nilai Islam di dalam dirinya itu.

Dari itu perbuatan menyerupai orang-orang kafir itu adalah sangat ditegah sekalipun tanpa bertujuan meniru perbuatan mereka itu demi menjaga iman dan akidah umat Islam daripada terjebak ke arah perkara yang membawa kufur.Wal‘iyazubillah.

Sementara itu khusus bagi wanita yang mewarna rambut, sudah tentu akan membawa kepada mendedahkan aurat, kerana tujuan mewarnakan itu sendiri adalah untuk ditonton dan disaksikan. Jika yang menyaksikan itu mahramnya maka tiadalah menjadi haram, tetapi jika bukan, yakni lelaki ajnabi (asing) maka perbuatan mendedahkan aurat di hadapan orang bukan mahram itu hukumnya adalah haram.

Penutup

Mewarnakan uban yang tumbuh pada rambut kepala adalah sunat sama ada lelaki atau perempuan. Warna yang disunatkan untuk digunakan pula ialah kuning atau merah kecuali warna hitam. Walau bagaimanapun harus mewarnakan uban itu dengan pewarna hitam sekiranya bertujuan untuk menakutkan pihak musuh ketika berjihad. Begitu juga perempuan diberi kelonggaran menggunakan pewarna hitam bagi tujuan berhias untuk suaminya, sebagaimana yang disebutkan oleh Ishaq bin Rahawiyah. (Al-Majmuk: Kitab At-Thaharah, Bab As-Siwak (1/360-362) Demikian juga menurut Syihab Ar-Ramli, harus bagi perempuan yang bersuami mewarnai rambutnya dengan warna hitam jika dengan izin suami. (Bughyah Al-Musytarsyidin: Bab Aqiqah (m/s:78)

Perkara tanda atau logo HALAL pada barang gunaan bukanlah ia suatu jaminan bahawa benda itu boleh dipakai, kerana penipuan boleh saja berlaku bahkan telah pun banyak berlaku, di mana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan label halal semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan pengguna.

Jika sifat pewarna rambut itu menghalang air sampai ke rambut, maka ia tidak boleh dipakai sekalipun ia suci. Walaupun pada label halal atau suci disebutkan, namun lebih selamat ditinggalkan demi menyelamatkan diri daripada syubhah. Lagipun tiada jelas dari segi keperluan memakainya. Oleh itu menjauhi perkara syubhah atau samar-samar itu merupakan tuntutan syara‘. Dengan menjauhinya akan terpeliharalah agama. Sesuai dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam;

Maksudnya: "Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau"

(Hadis riwayat At-Tirmizi & An-Nasai’)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram juga jelas (terang) dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia, maka sesiapa memelihara (dirinya daripada) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia telah memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam perkara kesamaran, jatuhlah dia ke dalam yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahawa di dalam badanitu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah itulah dia hati".

(Hadis riwayat Al-Bukhari & Muslim)



Jumaat, 18 Disember 2009

Ulama kontemporari abad ini



YUSUF al-Qaradawi adalah ulama, pemikir, sarjana dan intelek kontemporari pada abad ini. Dilahirkan di Mahallah al-Kubra negeri Gharbiah, Mesir pada 1926. Sejak kecil, pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Selepas tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Al-Qaradawi terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dalam kebanyakan penulisannya, al-Qaradawi sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

Ketika awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam al-Ghazali dan kitab `al-Ihya` adalah buku pertama yang dibaca. Kemudian beliau membaca buku Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim, walaupun mengagumi kedua-dua tokoh itu, ia tidak menghalang beliau untuk berbeza pendapat sesetengah isu.

Al-Qaradawi terkenal dengan keperibadian sederhana dan sentiasa menyeru kepada kesederhanaan dalam segala aspek. Manhaj (kaedah) beliau adalah kemudahan dalam memberi fatwa, memberi khabar gembira dalam berdakwah, tegas dalam persoalan pokok dan mudah dalam perkara cabang.

Beliau menyebutkan faedah yang diperoleh apabila terbabit dalam aktiviti dan pergerakan dakwah iaitu pergerakan dakwah memperluaskan cakerawala fikirannya dalam memahami Islam secara mantap; memahami kewajipan amal jariah; berpindah dari hanya seorang penceramah agama di kampung menjadi seorang pendakwah Islam yang bekerja untuk umat; mengubah daripada cita-cita tempatan dan terbatas pada cita-cita besar dan universal.

Keinginannya tidak lagi tergantung kepada keinginan peribadi tapi menjadi cita-cita yang berkait rapat dengan umat. Sekiranya cita-cita umat itu untuk membebaskan Palestin maka itulah cita-citanya. Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradawi sebagai seorang yang menggabungkan antara feqah teori dengan realiti.

Menurut al-Nadwi, al-Qaradawi adalah ulama lulusan al-Azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam sebenar dengan realiti dunia semasa. Al-Qaradawi pertama kali datang ke Malaysia pada 1974. Dalam lawatan itu, beliau melawat pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan sejak itu, hubungannya begitu rapat dengan aktivis dakwah di Malaysia.

Pada 1985, al-Qaradawi menyampaikan ceramahnya di Yayasan Anda dan menekankan sikap kesederhanaan yang perlu diambil pendakwah. Antara sumbangan besar al-Qaradawi kepada masyarakat Islam di Malaysia ialah keprihatinannya kepada manhaj kesederhanaan dalam berdakwah.

Di samping itu, beliau sentiasa optimis terhadap sistem kewangan Islam dan pendapatnya mengenai kewangan Islam dijadikan rujukan pakar ekonomi di sini. Al-Qaradawi juga menyarankan agar feqah digunakan dalam khidmat dakwah kepada Islam. Beliau menyeru ulama supaya menguasai ilmu sehingga mencapai darjat yang membolehkan mereka membuat tarjih di antara pendapat ulama.

Al-Qaradawi mengingkari golongan yang ingin menghapuskan khilaf dan menghimpunkan orang ramai dalam satu pendapat iaitu dengan mengikut pendapat mereka semata-mata.

Percubaan kumpulan ini akan menambahkan lagi khilaf dan bukan mengurangkannya. Begitu juga beliau mengingkari golongan yang suka menyibuk dalam perkara khilaf yang remeh.

Oleh itu, kepentingan feqah dalam dakwah mesti diasaskan dengan kebijaksanaan, toleransi, perikemanusiaan dan keadaan masyarakat. Beliau menggariskan beberapa jenis kefahaman sebagai usaha untuk memahami konteks dakwah yang sebenar seperti kefahaman mengenai keutamaan (fiqh al-awlawiyyat); kefahaman pertimbangan (fiqh al-Muwazanat); kefahaman mengenai realiti (fiqh al-Waqi') dan kefahaman mengenai perubahan (fiqh al-Taghayyir).

Ketika mengeluarkan pendapat dan fatwa, al-Qaradawi memilih pendapat yang kuat alasannya dan mudah kepada orang ramai. Beliau menyatakan bahawa perselisihan pendapat harus dilihat dari segi positif dan ia tidak harus dilihat sebagai keretakan dan perpecahan kepada umat Islam yang sudah sekian lama hidup berpecah belah.

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali.

::wassalam::

Hijrah dan seBuah Kisah

assalamualaikum..semoga tahun 1431H menjadi medan perubahan
dalam diri antum dan diri ana sendiri.

satu kisah smpena maal hijrah..
(x berkaitan pun sebenarnya ^_^)
selamat membaca..

kisah ni mengenai
seorang prof (islam) dan rakannya (cina)yg bernama ah ngah
(
bkn nama sebenar)


kawan prof nie bela 500 ekor babi..pastu die tanam la sayur2(sawi,kangkung,kobis etc..) di keliling tmpt babi tu..
prof nie pun berkate pda kawannya..
'eh ah ngah,abis la lu punya sayur nnt,itu babi jahat oo..die makan lu punya sayur nnt'..
ah ngah pun membalas..'x apa ma,die kasi baja saya punya sayur'

*beberapa hari lepas tu..*

ah ngah kate..'aiyo,manyak jahat la saye punye binatang..abis sayur saye kena makan'
prof pun sindir die dgn lafaz..'haha..itula,saya suda ckp itu ari..xmo percaya'

ah ngah membalas..'betul la..tp saya cdg mau tanam tembakau pulak la,ok ka?'
prof pun blas..'huh?nanti kena mkn blk ma..rugi la lu nnt'

ah ngah pun x kira..die teruskan hjat die menanam tembakau..
x lama kemudian,tanaman tembakau die menjadi..!!
subur lagi tu..huhu

prof pun dtg dgn perasaan terkejut..

prof : waa..byk bek eyk u punye sayur tembakau
ah ngah :biasala prof..babi saya suma baik2 x mo mkn sudah
prof :(pelik)then terus bertanya 'apa pasal u punya babi x mau makan ha?'
ah ngah :tu la..mereka byk baik..mereka x mau mkn.sebab tembakau kalo mkn sakit jantung punya..tu pasal babi x mau mkn
prof :waa..haha..itu mcm ka?aiyo..babi pun tau bahaya eyk itu tembakau..

mereka pun bersurai after beberapa minit..

haa..first skali..maaf kalau penggunaan bhasa di atas agak kasar..ini adalah kisah benar yg dialami dan diceritakan oleh seorang prof yg bekerja sbg rektor di sebuah kolej di perak..
nak ckp kat sini sempena maal hijrah..

marilah sama2 kita katakan x nak pada rokok..!!

sedangkan babi pun x mau mkn tembakau sbb kesannya..
ini apatah lgi kt makhluk yg dikurniakan akal oleh Allah S.W.T..
ingat2lah..jgn menzalimi diri sendiri

::wassalam::

Isnin, 14 Disember 2009

DUniA KIni

BASMALLAH..


Ape khabar?ana harap semua saudara ana sihat belaka..
1st of all..syukur ke hadrat Allah kerna kta masih lagi diberi peluang hidup dlm dua nikmat yg terbesar iaitu..

IMAN dan ISLAM.. dan dua nikmat manusia sering alpa..

nikmat SIHAT dan MASA LAPANG..

untk post kali nie..sedikit yg ana ingin kongsikan..bukan niat menaip di sini untuk menunjuk bgus..cma ingin sama2 beri peringatan kpada diri ana sendiri dan sahabat2 ana..insyaallah..

firman ALLAH dlm surah AL-A'LA~
surah ke-87 ayat 9
mafhumnya..

'oleh sebab itu berikanlah peringatan,kerana peringatan itu bermanfaat'

segala kekurangan ana pohon maaf..tu fitrah manusia yg x pernah lari dari melakukan kesilapan..kan??

firman ALLAH dlm surah AN NISAA'
surah ke-4 ayat 79
mafhumnya..

'Kebajikan apa pun yang kamu peroleh,adalah di sisi ALLAH,dan keburukan apa pun yang menimpamu,itu dari kesalahan dirimu sendiri....'

ucapan yg sering kta dengar apabila di akhir sesi ceramah atau sebagainya..segala yg baik dtg dari ALLAH..yg buruk ana minta maaf sekali lagi spanjang ana menaip..

renungkan petikan di bwh..

"seorang muslimah ditikam hingga menyebabkan kematian di hadapan mahkamah oleh seorang lelaki setelah mempertahankan penutupan auratnye.." ini bingkisan dari suara radio yg ana dgr baru2 ni..bknnye REKAAN wahai sahabat..ianya adalah realiti..Realiti yg berlaku dlam dunia di luar negara (bkn MALAYSIA)..seorang muslimah yg memperjuangkan aurat sehingga hembusan terakhirnya..kejadian tersebut berlaku pada tahun INI!!..2009

Hm..persoalan ana..bagaimana pula keadaannya disini??
sebuah negara yg digelar sebagai negara ISLAM..
akan tetapi...hampa..
mgkin dari sudut lainnye tidak..
alhamdulillah msh ade juga dlm kalangan masyarakat yg masih menjaga auratnya..
persoalan AURAT..ini adalah permasalahan yg org sekarang anggap REMEH..

tp hakikatnye tidak begitu..

firman ALLAH dlm surah AZ-ZALZALAH
surah ke-99 ayat8
mafhumnya..

'dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah,nescaya dia akan melihat balasannya'

sekarang kita boleh lihat masyarakat seagama dgn seluar dan bju pendek serta tidak memakai penutup kepalanya..bkn dalam kuantiti yg sedikit..ia dah menular da pun dlm kalangan remaja di MALAYSIA..

bermegah2 dgn menunjuk auratnya..nauzubillah

Firman ALLAH dlm surah AT-TAKASUR
surah ke-102 ayat 1 hingga 3
mafhumnya..

'bermegah-megahan telah melalaikan kamu' ayat 1
'sampai kamu masuk ke dalam kubur' ayat 2
sekali-kali tidak! kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), ayat 3

hm..jadi..elakkanla diri kta dari tergolong dlm kalangan org yg rugi..
ana harap diri ana ni dan sahabat2 dpt muhasabahkan diri agar hidup dlm redha ALLAH serta menjaga aurat selalu..


ingat wahai kaum muslimin..badan tough bkan menjadi ukuran di hadapan ALLAH..

dan kpd kaum muslimat..kecantikan raut wajah berseri bkn pemberat mizan di hari pembalasan..

segalanya terletak pada iman kt..taqwa kt pada ALLAH..
smoga kt sma2 dpt memperbaiki diri..insyaallah..

n last2!!
homework for ALL!!...he

cuba check ayat 30 dan ayat 31 dalam SURAH AN-NUR..renung2kan ea..
selamat menge'check'..(perosak bhs tul)..hu..aasif




::wassalam::

Ahad, 6 Disember 2009

Solat..

Assalamualaikum..

IN THE NAME OF ALLAH MOST GRACIOUS AND MOST MERCIFUL

Narrated Abu Dhar:

Allah's Apostle said, "While I was at Mecca the roof of my house was opened and Gabriel descended, opened my chest, and washed it with Zam-zam water. Then he brought a golden tray full of wisdom and faith and having poured its contents into my chest, he closed it. Then he took my hand and ascended with me to the nearest heaven, when I reached the nearest heaven, Gabriel said to the gatekeeper of the heaven, 'Open (the gate).' The gatekeeper asked, 'Who is it?' Gabriel answered: 'Gabriel.' He asked, 'Is there anyone with you?' Gabriel replied, 'Yes, Muhammad I is with me.' He asked, 'Has he been called?' Gabriel said, 'Yes.' So the gate was opened and we went over the nearest heaven and there we saw a man sitting with some people on his right and some on his left. When he looked towards his right, he laughed and when he looked toward his left he wept. Then he said, 'Welcome! O pious Prophet and pious son.' I asked Gabriel, 'Who is he?' He replied, 'He is Adam and the people on his right and left are the souls of his offspring. Those on his right are the people of Paradise and those on his left are the people of Hell and when he looks towards his right he laughs and when he looks towards his left he weeps.'

Then he ascended with me till he reached the second heaven and he (Gabriel) said to its gatekeeper, 'Open (the gate).' The gatekeeper said to him the same as the gatekeeper of the first heaven had said and he opened the gate. Anas said: "Abu Dhar added that the Prophet met Adam, Idris, Moses, Jesus and Abraham, he (Abu Dhar) did not mention on which heaven they were but he mentioned that he (the Prophet ) met Adarn on the nearest heaven and Abraham on the sixth heaven. Anas said, "When Gabriel along with the Prophet passed by Idris, the latter said, 'Welcome! O pious Prophet and pious brother.' The Prophet asked, 'Who is he?' Gabriel replied, 'He is Idris." The Prophet added, "I passed by Moses and he said, 'Welcome! O pious Prophet and pious brother.' I asked Gabriel, 'Who is he?' Gabriel replied, 'He is Moses.' Then I passed by Jesus and he said, 'Welcome! O pious brother and pious Prophet.' I asked, 'Who is he?' Gabriel replied, 'He is Jesus.

Then I passed by Abraham and he said, 'Welcome! O pious Prophet and pious son.' I asked Gabriel, 'Who is he?' Gabriel replied, 'He is Abraham. The Prophet added, 'Then Gabriel ascended with me to a place where I heard the creaking of the pens." Ibn Hazm and Anas bin Malik said: The Prophet said, "Then Allah enjoined fifty prayers on my followers when I returned with this order of Allah, I passed by Moses who asked me, 'What has Allah enjoined on your followers?' I replied, 'He has enjoined fifty prayers on them.' Moses said, 'Go back to your Lord (and appeal for reduction) for your followers will not be able to bear it.' (So I went back to Allah and requested for reduction) and He reduced it to half. When I passed by Moses again and informed him about it, he said, 'Go back to your Lord as your followers will not be able to bear it.' So I returned to Allah and requested for further reduction and half of it was reduced. I again passed by Moses and he said to me: 'Return to your Lord, for your followers will not be able to bear it. So I returned to Allah and He said, 'These are five prayers and they are all (equal to) fifty (in reward) for My Word does not change.' I returned to Moses and he told me to go back once again. I replied, 'Now I feel shy of asking my Lord again.' Then Gabriel took me till we '' reached Sidrat-il-Muntaha (Lote tree of; the utmost boundry) which was shrouded in colors, indescribable. Then I was admitted into Paradise where I found small (tents or) walls (made) of pearls and its earth was of musk."

how was it??

my dear friends, nowadays..many people cant perform even 5 times of prayers.. I hope we are not in that list.. Always perform our solat and other "ibadah" to make sure we are peaceful in the next..amin

we choose..either two..

heaven or hell ??

think about it whenever you want to do something bad..please..



::wassalam::



Jumaat, 4 Disember 2009

Air Ooo Air..


basmallah..
assalamualaikum,

Minumlah Air Suam/Panas Selepas Waktu Makan


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung ......


Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.

sedap nie...slurrrp..


Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat,ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum
pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.


uhuk2!uhuk!..

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

::wassalam::

Pengemis Buta dgn Rasulullah


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

ape khabar sahabat2? ana harap antum sihat2 blaka..time cuti nie , macam2 dugaan kita terima kan..?
tp ingat! syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan akidah keturunan Nabi Adam..

Sebab tu la,kita kna berusaha untuk melawan segala godaan syaitan laknatullah..bukan terikut setiap bisikannya..meskipun dihijab utk melihat paras rupanya..namun kta yakin setiap perbuatan yg kta lakukan pasti akan dihisab di akhirat kelak..pasti!

Ape yg ana nak smpaikan kpd antum kali ini hanyalah sekadar perkongsian sebuah kisah..
kisah ni ana 'copy'kan utk antum dari emel yg ana terima
kisah ini adalah berkenaan betapa mulianya akhlak rasulullah..
menitis air mata ni tika membacanye..
betapa mulianye akhlak kekasih ALLAH..
selamat menghayati kisah ini

SEMOGA BERMANFAAT




Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatkan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani Baginda SAW seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak mungkin jika kamu mencintai
Rasulullahmu...

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah....macam meter taxi...jalan terus.


vrooommm!

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1.. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah..

2.. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid......

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. jika dipanjangkan email ini dan salah satu dari hal diatas dilakukan dengan ikhlas,insyaAllah anda akan mendapat hasanah hingga hari Qiamat.


aaminn..

Manusia sering melakukan kesilapan...

Assalamualaikum..

ape khabar saudaraku sekalian..
seronok rasenye andai dpt melakukan perkongsian..kan?
bertambah seronok bla ade yg menegur apabila seseorang melakukan kesilapan..

renungkan kata2 di bawah..

'berkata benar walaupun pahit'

pernah dengar kan?
inilah yg perlu ade dlm diri setiap insan..
di mana ia dpt menyedarkan akan kelemahan..

duhai teman,
manusia sering melakukan kesilapan..
satu fitrah yang x dapat kta nafikan..
tambahan lagi untuk umat akhir zaman..

ape yg ana inginkan..
hanyalah teguran dari seorang KAWAN..

UKHUWWAH FI-LLAH ABADAN

::ikhlas dari seorang TEMAN::

"TANGAN"ku untuk ape?

assalamualaikum w.b.t wat seluruh umat islam..

seinfiniti kesyukuran ke hadrat ilahi kerna masih lagi diberi peluang untuk meneruskan perjuangan di pentas dunia ni..berbekalkan oksigen kta masih lagi berupaya menjalani hidup sebagai seorang khalifah di bumi ALLAH..

Alhamdulillah..
Hatiku ini terdetik untk berkongsi sblm melangkah pergi membawa diri ke masjid utk solat Jumaat..satu fardhu yg menjadi kewajipan terhadap setiap lelaki muslim..

Pada hari ni jugak kta dpt lihat masjid yg kebiasaannye kosong dipenuhi sehingga tiada tmpat kekosongan..

itu mgkin da jadi kebiasaan pada sume tmpat kan?
ape yg ana nak kongsi pda hari ini adalah berkenaan dgn TANGAN..
huhu..
knal ape itu tangan?? @_@ kalau org batu gajah..ianya lebih dikenali sbg "al-yadun" atau lebih popular dgn kalimah.."hand"

ni la die 'tangan'

alhamdulillah..smua da knal..syukur..
mcm2 kegunaan tangan nie..kalau nak disebut satu2 payah..sebab ia ade 1001 kegunaan..
subhanallah..hebat ciptaan Allah ni kan?

cuma..ade dalam kalangan kta tersalah gunakan tangan mereka..mgkin tahu atau buat2 x tahu atau mmg x tahu atau sememangnya x nak tahu..huu..mcm2 tahu..last2 jadi tauhu..he


sedap jugak nieh..(",)

da jadi satu fenomena yg biasa di mana seorang yg berlainan jantina berpegangan tangan..
xkshla jikalau ayahnya memegang tangan anaknya..
sentuhan menambahkan kasih sayang..

cewah..ini pun da jd stu kebiasaan..cma skang nie ramai remaja yg TIADA pertalian persaudaraan atau ke'mahram'an..berjalan ke hulur hilir smbil berpegang tangan..waa..romantiknye..

asyiknye mengumpul saham utk masa depan..
ape pun..x perlu celoteh panjang..mse da suntuk nie..

soalan ana utk kali ni...he

ape hukum org laki n org perempuan yg bukan mahram berpegangan tangan???

got the answer..???? bravo! mabruk! tahniah!

think about it..n ask yourself what to do after dis..
good luck!

fikirkan ape akan jadi pda kita di akhirat kelak..
smoga kita sama2 memperoleh kesedaran..
amin3..

selamat beribadah..

::wassalam::


Sabtu, 28 November 2009

Surat CInta...

Assalamualaikum..

Saat mata ditarik ke arah monitor
lantas diri terbaca.."SURAT CINTA"..psti terfikir akan surat yg ditulis oleh insan yg bernama kakashi..

huhu..bkan2!!..slp..dari seorang kekasih..

hmm..tp..mgkn juga tdak kan??
sbb zamn da maju..org makin moden..surat cinta pun da bertukar wajah..

jeng3....
org skang guna "telefon bimbit" la plak kan??huhu..
"ape brg guna kertas" kata seorang shbt
skali tekan je da smpai..xpyh tggu lama2..posmen pun blh rilek je

bla da dpt "surat" tu..kt sentiasa membacanya dgn penuh smgt..
walau berjam2 lamanya..
sehingga ada kalanya tertitis air mata di saat lafaz menyedihkan tercatit atas screen..
"oh tidakkkk..!" bla terbaca kata "putus" dri seorg kekasih

tp..
adakah kt lakukan sedemikian rupa atas surat cinta yg di"send"kan oleh Allah?

seorang sahabat bersuara..."surat cinta ALLAH?ape dia?"


inilah dia..surat cinta dari ALLAH..
surat cinta yg mempunyai pelbagai hikmah..
surat cinta yg menjadi petunjuk sekalian umat..
surat cinta yg apabila ia dibaca dpt menambah amalan
surat cinta yg ketika mana dihisab menjadi pertahanan pada diri yg lemah
surat cinta yg memberi ketenangan kpd pembacanya

tetapi..
adakah kt membacanya sebagaimana surat cinta yg dtgnya dri seorang kekasih??
brape jam dlm sehari?
atau mungkin berapa kali dlm seminggu?
atau mungkin juga berapa kali dlm setahun?
atau barangkali berapa kali ia dibaca dalam seumur hidup?

jgn biarkan surat cinta ini terbiar begitu sahaja..

::untuk renungan kt bersama::

>wassalam<

NAsyid!!




selamat mendengar!!best lagu nie..

Macam2..

Assalamualaikum..

Harapnya shabat seperjuangan sentiasa di bwh lembayung rahmat Yang Maha Esa..amin3
hm..lama jugak ana da x update blog nie kan?..aasif..

ape pun..hrp2 kt masih lagi berjuang spt mana saudara kt di Palestine..
cma ape yg ana terkilan..
kt sering diingatkan dgn pelbagai peringatan..
ade yg menerima..ade yg menafikannya..menolak dgn pelbagai alasan..

mcm2 kt leh tgk skang..zaman da maju
org pun da tukar trend..
kalo dlu asyik pakai bju adk n seluar adk..











skang da makin
power..huhu.
ana terkejut bru2 nie ana terlihat ade makhluk Allah nie die pakai bj abg atau abahnye
(agaknye la)..bgus for 1st impression..
ana pun ska jugak pakai bj abg n ayh ana..tu pun sbb sama saiz la..hehe
tp mlgnye kes ni..kelibat seluar lak x nmpk !











alamak!!..terdedah tanpa segan silunye..
aurat ntah ke mane..
akhlak???wallahua'lam

ana yakin sume org tau had2 batasan aurat..
dari kecik kt blaja pendidikan islam..dri darjah satu sampai tingkatan 5
tp kenapa??
mgkin sbb kta x dkenakan blasan sebagaimana zaman umat t'dahulu..
kaum nabi nuh dan kaum nabi lut misalnya..sume tahu kisahnye kan??
atau mgkin jga sbb kt x prnh terfikir dahsyatnye blasan di akhirat kelak..

"skang kt enjoy la dulu"..
"kejap lagi taubat la"..
"rileks ar bro"

macam2..itu yg kdg2 kite dpt dgr..

kt bakal diberi dua pilihan

SYURGA atau NERAKA??
yg mana kt akan pilih..
ana yakin sume akan pilih jwpan yg sama..
fikir2kan..

::wassalam::




Sabtu, 26 September 2009

Le TOur dE jeLAPang PAdi


Assalamualaikum..

kaifa halukum??huhu..hrp2 bikhair la ye..jgn terover excited lak raye nie..mentang2 la sume umah ade kuih raye..habis disapu nye..huu..slp2 hari bulan.da tembam da..ish3.. hmm..today,ana nak cite sket la sal pengalaman ana beraye kat kedah.. nak baca????haa..sila2 la...


Alkisah ni sebenornye berlaku pda raye ke-3..perjalanan kmi bermula pda jam 10 in the morning..PENGEMBARAAN GENG KE NEGERI SAWAH..he..kedah..slalunye kalo ayh ana yg drive..mase yg diperlukan utk sampai ke kedah adalah 4 jam..so taun nie..anak2nye telah dinaikkan pangkat sebagai "driver raya" ..sape yg bertuah tu??ha..inilah die..
MUHAMMAD ZULFAHMI BIN MD RADZI
status: anak sulung
pelajar UNITEN
25 tahun

dlm family kami skang nie da ade 4 org driver tw..para drivernye ialah.. Md Radzi,Zulfahmi,MUstaqim n me...hehe..Munzir D Drebar..tp ana x lyk lagi la nak bwk jaoh2..so kna duk blakang je la..kang x psl2 xcident lak.. setelah 3 jam berlalu..akhirnya kmi smpai la kat kodah..huu..terasa kejap je da sampai..dek kerana kelaparan..kmi pun singgah la di Restoran yg agak2 terkenal..iaitu..jeng3
RESTORAN HAJI RAMLI


mase ngah mkn nie plak..abg2 ana nie telah melakukan lawak yg teragak spontan..

ringkasnya..pasal air..dua2 order teh ais.bila air da sampai.stu teh ais ni posisinya agak tersorok..yg ag stu diletakkan antara mereka berdua..pastu..abg n
um 2(mus) ana nie minum la air die..yg abg sulung(zul) ana nie lak ingat air mus x sampai ag..jadi die ingat mus nak minum sket je la..zul pun tenang je smbung mkan..padahal,air zul tu sbnarnya ade tepi belah kiri adk ana(muin)..hua2..die x perasan la gamaknya..nak dijadikan citer..mus tu pun minum la sampai abes air tu..pastu zul usha beberapa saat ke arah air yg telah abis tu...after that zul pun tampar la bahu mus tu smbil berkata "apsal kmu abiskan air aku?"..pastu mus pun ckp "la nie air adik..tu haa air kmu..eii" ditunjuknya teh ais yg masih penuh di sebelah muin tu..haha..segan la abg sulung ana tu..terdiam trus smbil tersengih..he..adei..tergelak je la kami..abis je tragedi tu..sume pakat2 makan la smpai abis ape yg terhidang dpn mata..


kemudian perjalanan diteruskan..kami pun meneruskan agenda utama dgn beraya kat umah2 sedara
kami di kedah tu..bermula ngan family makteh,pak ndak,mak ngah,mak wa, n lastnye umah mak jang..sedara belah ayah ana nie terlampau ramai..sampai ana pun x knai..ade gak anak sedara ana yg lagi tua dri ana..huu..gambar2 satg ana tunjukkan..ade2..tp x semua la..ayah ana nie anak bongsu..7 out of 7..fam kami je ag yg xde daughter-in-law..bla nak ade x tw la..he..ehem2 kami abes raye lepas isyak..after solat isyak..kmi sekeluarga pun bergerak pulang la ke rumah kat PeRAK nun..bg ana..inila raye plg best ana rase setakat nie..singkat je masenye..tp taun nie la ana lebih mengenali sedara2 ana yg agak2 ramai tu..he..kalo x , asyik keliru je..sbbnye..jrg blk kedah la..

ni la pic2 yg ana smpat uploadkan..kedah mari..^_^



FAMILY MAK TEH


FAMILY PAK NDAK


FAMILY MAK NGAH


FAMILY MAK WA


FAMILY MAK JANG

p/s:bukan sume ahli ade dlm gambr..


::The END::