Khamis, 29 November 2012

For tommorow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni terasa nak buka balik blog yang rasanye dah lama sangat menyepi. Apa pun seronok dan rasa bersemangat untuk blogging bila melihatkan ada rakan-rakan yang masih mengaktifkan jari jemari mereka dalam dunia blog ni. Alhamdulillah. (n_n)

1 soalan..

1) Apa khabar semua?? :)

Malam tadi baru je diberi makanan rohani yang terasa nak dikongsi dalam post ni. he.. izinkan lah ye nak berkongsi nih even tak lah seberapa baik saya boleh kongsikan tapi sudi-sudi lah membacanya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (59:18)