Selasa, 1 November 2011

Tengoklah Pokok!

Assalamualaikum..

Petang ni kilat sambar menyambar la..Jadi, ana terperangkap dalam bilik yang serba canggih ni lagi (haha)..Bila nak kurus camni~  Time kilat macam ni dengan selamba lak tak off komputer..haha..Bahaya²~

Alhamdulillah tadi da lepas "azab" test undang²..Memang best! Semalam boleh kata rajin juga la..Ana sampai tahap sanggup tak tengok One Piece tu sehari semalam..haha..Powerr..(akibat study last minute,bukan sbb rajin)..dan  pagi ni pula ana wat record keluar dari bilik untuk ke kelas seawal 8.20 pagi..haha..(x pernah dibuat sebelum ni) Alhamdulillah, semua yang dibaca semalam tak masuk..haha..Just ade la 20 peratus yang masuk..Mujur boleh jawab gak =)

Soalan ana pada hari yang hujan ni : Biasa tengok pokok tak?


  
Mestilah biasa kan? Kalau yang tak biasa tu ana tak tau nak kata apa..Balik raya haji kene pi buat kajian lapangan tentang pokok la.hee (gurau~)..Sume confirm tau pokok tu ape =)

Ape la kaitan pokok ngan ape yang ana nak tulis  Macam ni..as a human being,antara kita ni pasti ade yang jenis minat tgk alam semulajadi dan pastinya! akan rasa teruja bila nampak something yang kehijauan serta cantik mata memandang..

Senang crite,macam budak perempuan tengok budak kecil la..

Alooo comelnyaa... (haha..mesti biasa dengar kan?)

takpelah bab tu..Mereka da mmg fitrahnya lahir dengan sifat keibuan da,,Pantang tengok yg comel²..haha..So let them be ^_^..Mereka jua yang akan membantu Pahlawan Perkasa yang bergelar lelaki ini dalam mendidik anak² nnt..(cewah..)

Pokok yang orang akan minat confirm lah pokok yang cantik hasilnya..kan?? 

Sebab pokok yang cantik pasti akan memberi buah yang cantik. Dari buah yang cantik pasti akan memberi pulangan yang "cantik". Dari pulangan yang cantik itu jugalah kita menjana kehidupan yang "cantik".Dan dari kehidupan yang "cantik" itulah lahirnya generasi yang "cantik"..

Cantik kan kitaran tu?? 

MasyaAllah..Bagaimana nak dapat kitaran yang cantik tu?? 

Mari sama² lihat dalam surah Ibrahim ayat 24-26

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik,akarnya  kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit

Surah Ibrahim:ayat 24

Kita diajar untuk belajar dari ALAM agar kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah S.W.T..Bagaimana uniknya ciptaan Allah S.W.T..yang dikatakan "kalimat yang baik" adalah segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan baik. 

"(pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat."

Surah Ibrahim: ayat 25

Perumpamaan dari ayat ini Allah tujukan kepada manusia iaitu kita lah (xde alien kan?) agar kita menjadikan ia sebagai satu titik tolak dalam mengubah cara hidup kita..Bila hidup sentiasa diisi dengan kalimat yang baik seperti zikir,baca Al-Quran,tolong mak ayah,tolong belanja kawan² dan sebagainya.Mana mungkin daging yang ada dalam diri ini jadi busuk.Am I right?

Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman mengenai perkara yang sebaliknya akan berlaku pada "diri"..

"Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk,yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun"

Surah Ibrahim: ayat 26

Beginilah yang akan berlaku pada pokok yang tak jadi tu..Bila akar da tercabut-cabut apa yang orang akan buat?Pastinya dibakar sbb xde nilai yang baik..Begitu juga diri,kalau sering diucap kata kesat, dari situ da boleh bagi penilaian org lain terhadap diri yang berkata..

Jadi Ape yang Perlu Di buat? 

1) Sediakan benih yang baik

Tanpa benih tak akan ade la pokoknye kan??Haha..Jadi benih itu adalah diri kita sendiri yang inginkan perubahan.. ^_^

2) Pastikan cukup segala asas 

Benih yang tahap tertinggi grednya tapi bila ditanam,tak cukup air,matahari, baja dan sebagainya..Susah gak nak tumbuh tu..huhu..Persiapkan diri dengan ilmu,akhlak yang baik, dan pemahaman yang baik.
 
3) Orang yang akan menjaganya

kalau dibiar pokok tu tak dijaga,boleh jadi buruk la pokok tu,buah pun nnt berlubang-lubang,busuk dan bagai..Jadi dampingi lah para ulama,dekatilah ilmu agar mereka dapat mendidik kita dengan nur ilmu tu..

4) Cara menjaganya

Kalau yang tukang jaga pun tak tau nak jaga dengan cara yang betul pun payah gak kan?haha..Silap² tersiram air lebih ke..Petik buah awal beno pun blh jadi,tak pun letak baja satu plastik!..haha..Oleh sebab itu lah Allah sediakan panduan kepada manusia iaitu Al-Quran dan As-Sunnah agar ia menjadi panduan terbaik dalam menghasilkan generasi terbaik! Ameen

Bila da cukup serba serbi..InsyaAllah menjadilah pokoknya..he..

PERUBAHAN YANG "CANTIK" DI SISI ALLAH
 

3 ulasan: