Isnin, 18 Julai 2011

Jadilah Seperti Ikan Di LAUT

Assalamualaikum..

Doa ana buat sahabat² yang sedang membaca ni agar sihat² selalu deh..Saban hari pelbagai dugaan ditempuhi , diredah segala onak duri..Akhirnya akan kembali ke pangkuan Ilahi..Al-Fatihah buat Al-marhumah Dr Lo'lo yang baru sahaja meninggalkan kita..Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada Allah..

Alhamdulillah..tak lama lagi,penantian bakal berakhir dan mulalah perjalanan hidup ana dan sahabat² lain sebagai seorang pelajar U..Kalau sebelum ni masa tengah STPM , semua pakat tak sabar je nak rasa macam mane kehidupan kat Universiti nanti..La ni da makin dekat da pun..haha..Jaga² lah hgpa..

Pada petang ni ana nak kongsi berkenaan makhluk Allah yang bernama IKAN..


Ramai sahabat ana duk pesan belajo rajin² , bila da masuk Universiti ni rutin hariannya lain, "biah"nye pun da lain..Kalo dulu kita duk dlm biah deen..Lepas ni tak tau nama biah apa dah..haha..Moga² kita semua ambil iktibar macam IKAN di LAUT..



Ikan di laut,
Asam di darat,
Dalam periuk,
Bikin muafakat

Biasa dengar lagu nieh??Kalau yang rajin tengok tv tu agaknya tahu la kot...Iklan yg ada Raju ngan Suparjo kot tak silap ana..haha..Tapi sebenarnya tak ada kaitan pun ngan apa yang ana nak kongsi nih..Saje nak nyanyi²..hehe

Kenapa ana ajak kita fikir tentang Ikan di Laut..???

Kalau antum seorang yang suka mandi di laut..Antum akan tahu apa rasa air Laut tu..Kan??Adakah rasanya

a)manis
b)pahit
c)tawar
d)semua jawapan di atas

Jawapannya mestilah masin kan?? Yup masin..Airnya masin tetapi adakah ikan² hasil tangkapan nelayan yg kita duk makan dalam seminggu tu rasanya masin???Eventhough ikan² itu hidupnya di laut..Tetapi rasanya tetap menjadi pujaan hatiku kan??hahaha..

Begitulah juga kita..

Bila di universiti nanti..Andai suasana yang ada di sekitar kita bukanlah seperti yang kita harapkan...contohnya pergaulan yang bebas..laki perempuan men sep sep sep tom³..Janganlah kita ikut serta juga walaupun kita da tau hukumnya..Jangan kerana kita nak mencari kawan..Kita gadaikan diri kita supaya kita dapat adapt dengan golongan tersebut..Fikirkan diri antum pada masa akan datang...

Sama jugak..

Bila dah kerja nanti..Suasananya juga akan berubah..Kita pada masa itu sudah ada kerjaya,ada isteri ,ada harta dan ada sebagainya..Pemikiran kita juga pastinya lebih matang pada hemat ana..Jadi pandai²lah kita jaga diri kita agar tak terjerumus dalam lubang "buaya"..he

Kesimpulannya 

Carilah sahabat yang boleh membahagiakan antum di dunia dan akhirat..Jangan seksa diri antum..Dan the most important thing..ajaklah mereka untuk menjadi lebih baik..Dan moga² kita akan jadi lebih baik dari sekarang..Ameen..

Doakan ana...Wsalam

1 ulasan:

  1. huhuu~risaunya kehidupan di U nanti..semOga baik-baik saja..

    BalasPadam