Rabu, 23 Mac 2011

Tahniah Adik-adikku!!

Assalamualaikum...

sebenarnya x tw lagi apa keputusannya..tp ana nak ucap tahniah awal kat adik2 spm 2010..Anda hebat sebb da menghadapi peperiksaan tersebut...bermakna antum akan melalui fasa yang seterusnya..


Smoga apa jua keputusan yg antum dapat..diterima dengan sebaiknya kerana itulah hasil usaha kita..analoginya begini.



Bayangkan anda seorang pemandu teksi..anda inginkan rezeki yang melimpah ruah yg semestinya halal..segala macam hal anda lakukan termasuklah membeli "glade" @ "ambipur" utk diletakkan pda lubang aircond dan "febreeze" utk hilangkan bau busuk..Tp, seharian anda hanya menunggu tanpa berusaha utk mencari penumpang utk mengisi ruang tempat duduk teksi anda..adakah anda dpt merasai hasilnya??? anda tahu jawapannya...

Berlainan pula bagi pemandu teksi yang mengenakan bayaran yg agak x masuk akal..Pada luarannya mereka berjaya..Tp hakikat utk kehidupan seterusnya mereka ketinggalan jauh ke belakang..

Oleh sebab itu..jadilah seorang "pemandu teksi" yang sentiasa mengekalkan atau menambah momentum meternye dengan cara yg diredhai Allah...Apa jua yg berlaku..Jangan putus dengan rahmat Allah..ada hari penumpangnya sedikit..ade hari penumpangnya ramai..teruskan usaha dan bersyukurlah!..


gagal sekarang bukan bermakna gagal utk selamanya..jgan gagal di akhirat!...

video: TITIAN KEJAYAAN

wassalam..

Selasa, 22 Mac 2011

Karnival Jom Masuk U

Assalamualaikum..

entry kali ni nak ajak sahabat2 p satu karnival..karnival ape???bkn calang2 karnival..karnival ni insyaAllah serba sedikit akan beri manfaat utk diri sendiri terutama bgi mereka yang baru gembira,ketawa,sedih dan menangis selepas mendapat result..

Apa jua wajah skali pun..terimalah result kita dgn hati yang redha..InsyaAllah ade hikmah di sebalik result tu..percayalah (bak bunyi lagu datuk Siti)..yakin diri dengan Maha Pencipta di samping buat ibadah2 yang diperintahkan..semoga semuanya berjaya..

nak tahu detail tentang program karnival ni..cuba klik pada gambar..




yg berwarna merah tu da abis

sama2 lah memeriahkan karnival tu ye..bagi sape2 yang nak datang ipoh tu..dialu2kan..
kalau yang tak tahu jalan nak ke dataran tu..senang2kan diri ,ringankan tangan, gerakkan mouse tekan link map tu ye..

sumber: Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Ahad, 20 Mac 2011

Qiblat

Assalamualaikum..

"salah satu rukun bila mana seseorang nak mendirikan solat ialah berdiri tegak mengadap kiblat.."

Satu perkara yang amat penting bgi hamba2 yang ingin bertemu Rabb nya..yakni Allah s.w.t..jadi utk post kali ni ana nak kongsi serba sedikit mengenai kiblat..Baik dari sudut sejarahnya,kaedah menentukannya dan teknologi terkini berkenaan kiblat..

Tahun 2010 kita digemparkan dengan masalah salah kiblat di sebuah negara yang berdekatan ngan kita..X dinafikan juga kes yang sama berlaku dalam negara kita sendiri..

mencari ketenangan

sila klik pada gambar utk baca yang selanjutnya..


Kaabah

itu lah serba sedikit tentang kiblat...sekarang ni da ada pelbagai kaedah penentuan arah kiblat..salah satu daripadanya dinamakan Qiblat Locator..so bagi mereka yang bru pindah rumah boleh la mencuba pelbagai kaedah yang ada..yang mana da tahu arah kiblat pun leh la gnakan ilmu yang ada ni..kita tak tau dugaan dan cabaran yang akan kita hadapi pada masa akan datang..so persiapkan la diri dengan ilmu sebanyak mungkin..moga bermanfaat utk diri kita dan sahabat2 yang lain.. n_n

wassalam..




Azab Ilahi



"Jujurlah harungi hidup ini..."

Kadang2 kita pun x tw kan samada kita ni ada wat salah ngan orang atau x..Sebab tu la..sebelum kita tidur..




MAAFkanlah sahabat2 kita..eventhough mereka yang buat salah ngan kita..
Kadang2 kita terlalu melayani ego kita..nak tunggu orang yang wat salah tu minx maaf jugak kat kita..Kalau x..sampai ke sudah x baik2

"kalo ko x minx maaf kat aku!!kta putus sahabat"
"argh..bukan aku yang mula dulu..dia ar kna minx maaf ngan ak"
"peduli ape ak ngan dia"

Disebabkan ego itulah,macam2 boleh terjadi..contohnya???da ada dalam kotak pemikiran antum..Jadilah orang yang suka memberi KEMAAFAN..InsyaAllah ada keberkatan dalam kehidupan..


ana nak kongsi citer ni ngan antum...selamat membaca

Nafsu yang degil

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan akal, maka Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah s.w.t., kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah s.w.t. menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."Setelah itu Allah s.w.t. menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah s.w.t. menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah s.w.t. mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

cerita ni da biasa kita dengar kan??

renungkan..


Sabtu, 19 Mac 2011

Iman Bertambah dan Berkurang


"Daripada Abu Hurairah katanya; Rasululullah s.a.w bersabda: Tidaklah seseorang penzina itu berzina tatkala (sewaktu) dia beriman. Tidaklah seseorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia dalam keadaan beriman. Tidaklah seseorang pencuri itu mencuri tatkala dia dalam keadaan beriman"





renungkan...

Ahad, 13 Mac 2011

Bagaimana Saat Akhirku Nanti

Assalamualaikum..

"fitrah manusia,bila sesuatu perkara yang berlaku kena dengan jiwanya..dia akan suka..bila sebaliknya berlaku..hatinya akan memberontak..mula timbul perasaan benci..namun,pada hakikatnya..boleh jadi perkara yang tidak disenangi itulah yang terbaik buat dirinya.."

Digemparkan dengan berita tsunami yang berskala 8.9 richter di Jepun..hmm..ana terbayangkan bagaimana saat datangnya seruan Ilahi kepada kita..adakah saat itu kita sudah bersedia atau sebaliknya..

Teknologi yang ada pada zaman sekarang memudahkan kita utk mengambil pengajaran dari orang yg sudah terlebih dahulu meninggalkan kita..Youtube,Dailytmotion dan segala tube2 yang ada boleh kita gunakan untuk menonton saat sakaratul maut seseorang..Tapi selepas itu..apa yang kita lakukan???


video 1

bayangkan ianya terjadi pada kita..
video 2

kegiatan ni masih dilakukan walaupun da tau risiko nye..

video 3

boleh jadi time kita main bola..
video 4

dalam berjihad di jalan Allah S.W.T

itu org yang telah meninggalkan kita..kita bagaimana?fikir2kanlah..gunakan nikmat sebaiknya..

Firman Allah S.W.T.."setiap yang hidup pasti akan mati (QS 3:183)"

Klik di sini utk kisah yang menarik

Semoga kita sentiasa berusaha utk menjadi hamba Allah yang terbaik..



"Janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang meninggal di jalan Allah bahawa mereka itu mati,sebenarnya mereka hidup,tetapi kamu tidak menyedarinya (QS 2:154)"

"sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu daripada dunia (QS 93:4)"

wassalam

Ibnu Radzi