Rabu, 15 Februari 2012

Monolog #1


Alhamdulillah aku masih mampu membuka mata pada hari ini.. Hari baru untuk diriku.. Hari baru untuk aku semakin mendekati ajalku.. 

Allah, 

Aku tak dapat bayangkan andai hari ini aku mengharungi hari dengan mata yang tertutup. Kuasa Allah untuk menarik nikmat para hambaNya. 

Sangat sedikit yang bersyukur. 

Allah.. Jauhkan aku dari golongan yang banyak itu Ya Allah..

Ku pandang meja
Al-Quran merah menghiasi ruang meja tersebut

Terdiam aku,
Aku cuba ingati,
Bila kali terakhir aku membaca Al-QURAN

BILA??
...

Sabtu, 4 Februari 2012

Tarbiyyah..

Setiap manusia, fitrahnya lahir dalam keadaan suci.. Ibu bapalah yang mencorak zuriatnya.. Alhamdulillah.. Kita dilahirkan dalam Islam.. Tapi yang menjadi persoalan sekarang, adakah kita juga akan mati dalam keadaan ISlam??

Firman Allah
"Setiap yang hidup pasti akan mati"

Sahabat,
Mati itu pasti
Dalam keadaan diri kita sekarang?
Bagaimana kita nak memastikan bahawa iman itu sentiasa di dada sehingga nafas terakhir?