Isnin, 31 Oktober 2011

"Recognition" itu penting!

Assalamualaikum

Masa berlalu lagi..Terasa bagai esok takde test lak..(padahal ade test!..aigoo) hakikat yang perlu diterima..Doakan ana! Tadi ana ade baca mengenai satu keratan akhbar mengenai kes saman fitnah antara dua pihak.Sebagai student undang-undang, dahulunya artikel ni kurang ana bagi perhatian pun..haha..Tapi sekarang dah terasa minatnya nak baca bende² cenggini (macam ni)

Yang Utama Dalam Post ni yang ana nak tekankan ialah (jeng..jeng..jeng..)

"RECOGNITION"

mungkin ade yang dah tau makna perkataan yang ana kasi ni kan..Untunglaa power English..haha..Alhamdulillah..Baguslah..Kalau yang tak tau, inilah masanya nak amik tau..

WHAT IS THE MEANING OF THIS WORD??

Recognition is acknowledgement (sumber: abg Thesaurus) atau dalam bahasa susah sangatnye ialah Pengiktirafan!..haa..Got it?? Alhamdulillah..


Ana bukanlah nak ulas mengenai fakta kes dalam keratan akhbar tu.haha..(dahsyat sangat ke?) cuma ana nak ajak antum perhatikan situasi masyarakat sekarang..

Masyarakat sekarang ramai yang dah mula iktiraf institusi mahkamah yang ada dalam negara kita ni..Apa² hal semua settle kat mahkamah

I SEE YOU IN COURT!!! waaarghhhh

itulah ungkapan popularnya pun..haha..Ini menandakan bahawa masyarakat sekarang percaya dan yakin bahawa tempat untuk selesaikan pertelingkahan yang mudah bukanlah dengan cara tumbuk , jelir lidah =P, men aci kejor atau simbah asid dan sebagainya..Sebaliknya digunakan institusi mahkamah yang wujud sejak zaman Nabi S.A.W lagi..Indahnya ISLAM kan?

DALAM ISLAM

Undang-undang ini pada awalnya terletak di bawah kuasa pemerintah..Cuma pada zaman Saidina Umar dipecahkan atau dalam erti kata lain dibahagikan pecahan kuasa itu untuk memudahkan pentadbiran.Jadi Saidina Umar berperanan untuk memastikan manusia² yang diberi AMANAH ini menjalankan amanah mereka dengan baiklah..

ITU DARI SEGI KEHAKIMAN..DARI SEGI AGAMA?

Ini yang ana nak kaitkan dalam post ana.. Bagaimana masyarakat boleh iktiraf intitusi mahkamah..Begitu jugalah yang kita harapkan dari mereka yang bukan seakidah dengan kita untuk sama² mengiktiraf "deen" yang Allah sendiri iktiraf ini..

BAGAIMANA?

Dengan tidak mencemarkan "deen" inilah jawapannya..Rata² yang kita lihat sekarang yang mencemarkan dan merendahkan tahap pengiktirafan itu adalah "pekerja" yang ada dalam Islam itu sendiri..Bagaimana nak iktiraf kalau lelakinya tak iktiraf status kelakiannya? dan bagaimana pula nak iktiraf serta mengangkat darjat dan martabat kaum hawa kalau wanita itu sendiri menayangkan segalanya?

SEGALA JAWAPAN BERADA DI HUJUNG JARI ANDA..

KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH ^_^..
*mudahan kita menjadi hamba yang diiktiraf di sisi Allah dan sekalian makhluk-Nya ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan