Khamis, 29 November 2012

For tommorow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni terasa nak buka balik blog yang rasanye dah lama sangat menyepi. Apa pun seronok dan rasa bersemangat untuk blogging bila melihatkan ada rakan-rakan yang masih mengaktifkan jari jemari mereka dalam dunia blog ni. Alhamdulillah. (n_n)

1 soalan..

1) Apa khabar semua?? :)

Malam tadi baru je diberi makanan rohani yang terasa nak dikongsi dalam post ni. he.. izinkan lah ye nak berkongsi nih even tak lah seberapa baik saya boleh kongsikan tapi sudi-sudi lah membacanya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (59:18)

Rabu, 18 April 2012

Love ISlam~

Alhamdulillah.. Hujan mencurah-curah turun ke ladang "gandum".. haha.. tetiba teringat kat koko krunch.. kalau time kecik-kecik dulu duk men sorok-sorok ngan adik ar kalo abah beli benda alah tu.. mau sampai bertumbuk gak ar nak makan nye pasal.. hee.. skang ni semua sopan je.. cewah.. kenangan tu.. best!

Mase kecik dulu ade je benda yang nak disensitifkan.. Kalau tak dapat makanan gaduh, kalau tak dapat duk depan ngan mak dalam kete pun nak gaduh pastu bila nak masuk bilik, tutup pintu bilik kuat2 konon-konon nak bagitau kat mak ngan abah yang diri tu tengah merajuk la..hahaha.. Sekarang, bila dah besar nak buat camtu tak leh da la.. nnt mak kata ngade-ngade lak.. XD tapi takpe la kan.. sekali sekala nak manja-manja ngan mak ngan ayah sendiri.. eceh!

Bila cite yang berkaitan ngan keluarga ni..

Doa~

Alhamdulillah.. Dah sekian lama bersawang.. Tiba-tiba rasa di hati nak menaip kat sini. Maaf lama menyepi.. Agak sibuk pulak semester ni dengan macam-macam program.. InsyaAllah semuanya memberi manfaat pada diri yang lemah ni la.. Yang penting.. saya Alhamdulillah semakin sihat la..hehe.. awak macam mane?? harap sihat la noh.. Saya doakan yang terbaik buat kawan2 saya ni..

Cerita bab doa..


Jumaat, 30 Mac 2012

Petani sambilan~

Alhamdulillah.. Tengah malam yang dingin ni, jari saya rase nak menari-nari je atas keyboard yang bercahaya ni..hehe.. At least tak ganggu la roommate yang tengah khusyuk tidur tu.. Nikmat Allah beri pada setiap hambanya.. Siang berjaga menggerakkan seluruh anggota tubuh badan.. Malamnya pulak Allah beri masa utk kita berehat.. SubhanAllah.. Indah segala sistemnya.. kan?

Sahabat2, saya harap awak semua sihat la hendaknya.. Kalau nak tanye sorang-sorang berat jadinya.. haha.. So, I hope that you guys are in the pink of health.. Always! InsyaAllah.. andai ade ujian yang melanda, terima lah dengan redha dan hati yang terbuka.. Jangan mengeluh.. Cuba utk kekalkan muka yang hensem dan ayu tersebut.. Mohan bantuan dari Allah.. InsyaAllah kita mampu mengatasinya.. :)

Bercerita bab ujian ni..

Khamis, 22 Mac 2012

Usaha Tangga KEjayaaN ^_^

Alhamdulillah.. sesuatu yang kita idamkan tak semuanya akan berjaya dengan usaha yang sedikit cuma.. Namun ade sesuatu perkara tu kita kena usaha sebaik mungkin untuk pastikan apa yang kita inginkan itu benar-benar mencapai matlamat..

Namun harus diingat.. kejayaan itu hanya lah sementara.. jangan mudah angkuh, sombong, proud dan seangkatan batalion dengannya agar kita ni xlah tergolong dalam kalangan yang kelak akan dicop negatif :)

SENTIASA BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA & BAKAL ADA =)..

saya just nak share dengan awak "kejayaan sementara" yang saya dan kawan2 dapat rasa baru2 ni..
Bukan sekadar kongsi untuk didengari bait-bait begitu sahaja.. Dalam masa yang sama.. cubalah hayati apa yang sebenarnya sedang disampaikan utk dijadikan pengajaran ^_^



enjoy it ~

Rabu, 15 Februari 2012

Monolog #1


Alhamdulillah aku masih mampu membuka mata pada hari ini.. Hari baru untuk diriku.. Hari baru untuk aku semakin mendekati ajalku.. 

Allah, 

Aku tak dapat bayangkan andai hari ini aku mengharungi hari dengan mata yang tertutup. Kuasa Allah untuk menarik nikmat para hambaNya. 

Sangat sedikit yang bersyukur. 

Allah.. Jauhkan aku dari golongan yang banyak itu Ya Allah..

Ku pandang meja
Al-Quran merah menghiasi ruang meja tersebut

Terdiam aku,
Aku cuba ingati,
Bila kali terakhir aku membaca Al-QURAN

BILA??
...

Sabtu, 4 Februari 2012

Tarbiyyah..

Setiap manusia, fitrahnya lahir dalam keadaan suci.. Ibu bapalah yang mencorak zuriatnya.. Alhamdulillah.. Kita dilahirkan dalam Islam.. Tapi yang menjadi persoalan sekarang, adakah kita juga akan mati dalam keadaan ISlam??

Firman Allah
"Setiap yang hidup pasti akan mati"

Sahabat,
Mati itu pasti
Dalam keadaan diri kita sekarang?
Bagaimana kita nak memastikan bahawa iman itu sentiasa di dada sehingga nafas terakhir?

Sabtu, 28 Januari 2012

Baligh dan Matang

Dunia kini semakin hari semakin meningkat usianya..Manusia kini semakin hari semakin cerdik akalnya..Ilmu kini semakin hari semakin mudah untuk kita pelajari dan fahami..Itulah antara konklusi yang saya rasa sahabat saya yang sedang membaca ni pun rase hakikat tersebut.

Saya terpikat dengan kata-kata guru saya.. Beliau ajukan soalan tu kepada kami yang sedang duduk dihadapannya.. Apa beza antara baligh dan matang?? Semua senyap~ Lepas tu mula bicara seorang guru melontarkan pendapat..


Orang dulu, lambat baligh.. Tapi cepat matang..
Orang sekarang, cepat baligh.. Tapi lambat matang..

Khamis, 26 Januari 2012

Cantiknya..

Alhamdulillah..Hari ni sekali lagi saya dan awak dapat rasa nikmat Allah ni..Andai takde rahmat Allah.. Mustahil utk kita terus hidup mengumpul bekalan demi masa hadapan..  Dan mustahil saya dan awak dapat bertemu lagi kan? 

Syukur, Alhamdullillah

Awak,
Hari ni saya keluar jalan-jalan
Saya nampak ramai perempuan cantik
Perghh

Sabtu, 21 Januari 2012

Awak..

Indahnya segala yang Allah cipta kat dunia ni kan?
Saya yakin tak ada sape pun yang boleh tanding
Tengok pada diri kita pun cukup
Bukan main cantik dan comel lagi =)

awak,
saya nak bagitau ni
bila cakap pasal diri
saya teringat sesuatu yang selalu bermain di fikiran

awak,
dengar ye 

Isnin, 2 Januari 2012

Sayang Allah pada hambaNya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..lama dah ana tinggalkan laman ni.. Maafkan ana sahabat. Namun rasa rindu menerjah nak menari atas pentas huruf ni menukil perkongsian yang sedikit cuma. Ini adalah entri yang pertama buat ana untuk sahabat bagi tahun 2012.

Permulaan yang baik bagi tahun 2012..Kalau dulu sambutan tahun baru diadakan dengan konsert semata, namun kini inisiatif diambil oleh pelbagai pihak dengan menganjurkan sambutan tahun baru dengan lebih berhikmah dan baik. Adanya ceramah sebagai peringatan untuk diri, adanya tarikan terhadap remaja agar tidak terdorong menjadikan hiburan sebagai permulaan bagi tahun 2012. Mudahan bila awalnya dimulakan dengan sesuatu yang baik, sepanjang tahun itu perilakunya baik. Azamnya sudah tentu lebih positif.  Mahasiswa pula sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan..Including me ^_^. Jadi masing-masing sibuk mengadap buku tanpa jemu..cewah..haha..Mudah-mudahan proses memahami ilmu Allah itu dipermudahkan..