Sabtu, 28 Januari 2012

Baligh dan Matang

Dunia kini semakin hari semakin meningkat usianya..Manusia kini semakin hari semakin cerdik akalnya..Ilmu kini semakin hari semakin mudah untuk kita pelajari dan fahami..Itulah antara konklusi yang saya rasa sahabat saya yang sedang membaca ni pun rase hakikat tersebut.

Saya terpikat dengan kata-kata guru saya.. Beliau ajukan soalan tu kepada kami yang sedang duduk dihadapannya.. Apa beza antara baligh dan matang?? Semua senyap~ Lepas tu mula bicara seorang guru melontarkan pendapat..


Orang dulu, lambat baligh.. Tapi cepat matang..
Orang sekarang, cepat baligh.. Tapi lambat matang..

Begitulah konklusi yang saya rasa cukup buat utk diri berfikir..huhu

Saya rasa yang sedang membaca pun boleh faham berdasarkan situasi yang kita tengah alami sekarang..

Kenapa cepat baligh dan lambat matang??

Cepat baligh nya generasi sekarang kerana banyaknya virus-virus yang melanda akal fikiran.. Lambakan video lucah sangat mudah didapati..  Kalau tak percaya cubalah "google".. Tapi jangan klik link tu la..haha.. Dosa! Anda tekan anda menempah nama di NERAKA. Cuma saya nak katakan kat sini bahawa benda tu mudah nak dapat.. Dan boleh dapat dengan percuma lagi.. Orang dulu TAKDE internet.. Nak beli CD apatah lagi.. Sebab tu sekarang budak-budak sekolah rendah pun dah ade simpanan video lucah dalam handphone canggih diorang.. Dahsyat kan? Adik-adik kita tu..  Kita lak macam mane? Allah..  Minta jauh~

Seorang abang cerita pada saya . Abang ni jadi guru ganti selama 8 bulan.. Macam-macam kes dengar pasal pelajar-pelajar sekarang..

" Ada satu kes budak lelaki darjah 4 da "projek" dengan budak perempuan darjah 6!" 

ujar beliau kepada kami sampai ternganga..


Lambat matang sebab ape pulak? Mudahnya, dah bertindak baru nak berfikir..Andai mereka matang.. Pasti pembuangan bayi tidak menjadi masalah yang boleh dianggap biasa dalam negara kita ni. Bukan hanya di Malaysia, bahkan kat negara lain jugak.. Itu salah satu kes yang berlaku la.. Sikap tanggungjawab itu dah tak wujud dalam diri mereka. Hanya kepuasan dicari.. Adakah kita termasuk dalam golongan tu? Tepuk kepala cuba ingat.. Kot-kot ada.. Tapi harapnya tak ada la =P


Mudah-mudahan kita guna akal untuk berfikir dengan sebaiknya..

Pesan utk diri saya dan sahabat..

Kalau nak tengok video lucah, sampai bila?? Setiap larangan Allah ade hikmahnya.. Tengoklah kajian saintis tentang setiap larangan Allah..  Cukup utk membuktikan. Tak susah, just taip je.. Dan BACA!.. Jangan tengok je.. Memang tak dapat apa la..haha..

Moga ada rezeki lain lagi.. Semoga sihat sentiasa.. Wsalam ^_^

2 ulasan: