Khamis, 29 November 2012

For tommorow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni terasa nak buka balik blog yang rasanye dah lama sangat menyepi. Apa pun seronok dan rasa bersemangat untuk blogging bila melihatkan ada rakan-rakan yang masih mengaktifkan jari jemari mereka dalam dunia blog ni. Alhamdulillah. (n_n)

1 soalan..

1) Apa khabar semua?? :)

Malam tadi baru je diberi makanan rohani yang terasa nak dikongsi dalam post ni. he.. izinkan lah ye nak berkongsi nih even tak lah seberapa baik saya boleh kongsikan tapi sudi-sudi lah membacanya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (59:18)



Apa 'ibrah (pengajaran) yang boleh kita dapat dalam ayat ni??

1) Sentiasa bertakwa kepada Allah
2) "Tengok" apa yang kita buat untuk hari esok
3) Bertakwalah kepada Allah
4) Allah itu Mahateliti

yup. Thats right.. inilah antara isi yang kita boleh nampak secara kasarnya. Dan dengan membaca tafsir  tentulah kita akan dapat lebih banyak lagi. InsyaAllah. Saya just nak kongsikan tentang point yang kedua tu :)

Tengok apa yang kita buat untuk hari esok  

Apa yang kome dah buat semalam untuk menjalani hari ni? dan ape yang kome dah buat untuk bawa hari akhirat nnt? haa.. sama-samalah kita fikirkan.

Apa yang kita perlu buat ialah sentiasa muhasabah diri atau bahasa sedapnya introspecs diri kita sebelum menjelangnya hari esok. Mana tahu ada perkara yang kita lakukan pada hari ini tak sepatutnya berulang kembali. Kita tinggalkan takat tu je. Mana tahu ada perkara yang kita buat hari ini patut kita lakukan berulang-ulang kali agar kita menjadi contoh untuk umat akan datang. InsyaAllah.  Terlalu banyak contoh kalau nak saya bagi.. tapi saya bagi chance la kat kome-kome utk fikirkan ye. :)

satu contoh ye..

Tawaduk

lawannya Takabbur.. (pandaii.. :P) inilah antara sifat yang perlu kita perhatikan sama ada nak bawa utk hari esok ataupun tinggalkan je.  Dalam diri kita ni perlu sentiasa ditanamkan dengan sifat rendah diri dan bukannya meninggi diri.

kenape??

Apa benda yang nak ditinggikan sangat tentang diri kita ni?

Apa perkara yang ada pada diri kita yang boleh dinasabkan pada diri kita? TAK ADA.. Sebab ape? sebab semuanya tu datangnya daripada Allah. Semua tu nikmat Allah yang Allah kurniakan pada kita. Sekelip mata je Allah boleh hilangkan nikmat tu dan masa tu baru kita rasa betapa kerdilnya diri kita.

ada satu contoh sikap tawaduk yang ditonjolkan oleh Rasulullah s.a.w

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda
 "Duduklah di mana-mana tempat di Madinah, aku akan pergi berjumpa kamu"
haa..inilah salah satu sikap tawaduk yang seorang pemimpin tunjukkan pada kita. Duduklah mane-mane pun pun Rasulullah akan pergi berjumpanya.Tak tahulah adakah masih ada pemimpin yang akan berkata begini. InsyaAllah ada ^_^  Kerana kebanyakan antara kita lebih suka dijumpai daripada menjumpai. haha.. harap faham lah ye :)

Buatlah sesuatu untuk meraih keredhaan Allah dan atas dasar kecintaan kepada Allah.

Jangan kita terlalu yakin yang kita ni cukup baik untuk tidak dimasukkan dalam Api Neraka. Kerana ada satu kisah mengenai dua beradik. Satunya sangat suka berbuat baik, satu lagi sangat suka buat jahat. Nak dipendekkan cerita, pada penghujung hayat diorang ni.. yang suka buat baik tu terlintas utk buat jahat dan yang jahat tu terlintas pula nak buat baik.. Maka dalam perjalanan kedua-dua tu untuk lakukan perkara tersebut, diorang meninggal.

Kite tak nak sepanjang hayat kita berbuat baik akan dirosakkan dengan apa yang kita lakukan pada penghujung hayat kita. Sebab itulah manusia ini tidak ada bezanya melainkan takwa sehingga hujung hayatnya. Seseorang itu Allah buka pintu taubat sepanjang hidup sampai saat nyawanya bakal ditarik sepenuhnya oleh Malaikat Maut. Oleh sebab itulah pentingnya muhasabah itu dalam diri kita agar kita tak lah termasuk dalam kalangan orang yang rugi.



saya akhiri post ngan hadis riwayat Muslim:

ما نقصت صدقة من مال"
وما زاد الله عبدا  بعفو الاّ عزّا
"وما تواضع أحد لله الاّ  رفعه الله
Kesimpulan dari hadis ni : Allah akan balas seseorang itu lebih baik dari apa yang dia jangkakan..Jangan pernah berasa kurang dan yakinlah akan nikmat pemberianNya.
peace yo ^_^
wassalam




2 ulasan:

  1. "Kerana kebanyakan antara kita lebih suka dijumpai daripada menjumpai" ^_^

    thanks for sharing..

    BalasPadam
  2. Yup, kisah dua beradik yg penuh pengajaran.. semoga diri kita semua dipelihara Allah... semoga sihat selalu ye dik..

    BalasPadam