Isnin, 2 Januari 2012

Sayang Allah pada hambaNya

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah..lama dah ana tinggalkan laman ni.. Maafkan ana sahabat. Namun rasa rindu menerjah nak menari atas pentas huruf ni menukil perkongsian yang sedikit cuma. Ini adalah entri yang pertama buat ana untuk sahabat bagi tahun 2012.

Permulaan yang baik bagi tahun 2012..Kalau dulu sambutan tahun baru diadakan dengan konsert semata, namun kini inisiatif diambil oleh pelbagai pihak dengan menganjurkan sambutan tahun baru dengan lebih berhikmah dan baik. Adanya ceramah sebagai peringatan untuk diri, adanya tarikan terhadap remaja agar tidak terdorong menjadikan hiburan sebagai permulaan bagi tahun 2012. Mudahan bila awalnya dimulakan dengan sesuatu yang baik, sepanjang tahun itu perilakunya baik. Azamnya sudah tentu lebih positif.  Mahasiswa pula sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan..Including me ^_^. Jadi masing-masing sibuk mengadap buku tanpa jemu..cewah..haha..Mudah-mudahan proses memahami ilmu Allah itu dipermudahkan..




Pernah atau tidak kita bersyukur dengan kasih sayang yang Allah curahkan pada kita?
Sedar atau tidak betapa banyaknya nikmat kasih sayang yang Allah berikan pada kita?

Itu pokok persoalan yang ana ingin timbulkan.

Semakin hari semakin kita mendekati ajal kita. Dan semakin hari itulah kita semakin menjadi matang, mengetahui tentang perkara yang sebelumnya kita tidak tahu, semakin bertambah ilmu kita, semakin panjang umur kita, semakin banyak dosa kita juga pahala yang entah berapa. Di dalamnya terkandung rahmat Allah.. Kasih sayang Allah terhadap hambanya.

Jika kita beri ruang pada akal untuk memikirkan tentang kasih sayang Allah ini, terlalu banyak untuk diperkatakan. Ana cuma ambil beberapa dari yang banyak itu untuk pedoman kita bersama. InsyaAllah =)

1. Kasih sayang Allah memberi nyawa kepada kita.

Udara yang kita hirup pada hari ni merupakan kasih sayang Allah yang tiada bandingnya. Udara yang membuatkan berjalannya fungsi² sel dalam badan kita, udara yang tiada dikira harganya. Namun ada juga yang masih mengakui dirinya lebih berkuasa dari Allah s.w.t. Tidak memikirkan dari mana datang nya udara yang nyaman dihirup. Yang membuatkan dirinya berjalan ke hulu ke hilir atas bumi Allah ini.


2. Kasih sayang Allah memberi kita saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Kita bertemu atas rahmat Allah s.w.t. Dalam berbillion yang ada,kita dipertemukan. Menjalin ukhuwah yang penuh kenangan. Nikmat suara digunakan untuk saling bertaaruf, nikmat akal digunakan untuk saling bertukar pandangan, nikmat mata dikurniakan untuk saling tidak berlanggaran, nikmat telinga diberikan untuk saling mendengar dan menghormati antara satu sama lain. Ada satu kisah mengenai Ibrahim Bin Adham, kisah seorang hamba Allah yang ana dengar dari sahabat ana. Ibrahim bin Adham ini adalah seorang pengembara, pada suatu hari makanannya habis, lalu dia berjalan dengan lemah tidak berdaya. Sehingga pada suatu saat dia bertemu dengan satu qabilah. Qabilah tersebut memberinya makanan. Nak dijadikan cerita, masa Ibrahim B Adham nak makan, seekor gagak menyambar makanan tersebut dan terbang. Ibrahim terus mengejar gagak selagi masih dalam lingkaran penglihatannya. Kemudian di satu tempat beliau melihat sang gagak menjatuhkan makanan ke dalam mulut orang yang terikat. Dari situlah Ibrahim menolong selamatkan orang itu. Kisah bagaimana sesuatu pertemuan itu boleh terjadi tanpa diduga. Antum dgn sahabat antum bagaimana? =)


3. Kasih sayang Allah memberikan keselamatan kepada kita.

Pernah bermusafir? Ana yakin semua pernah. Paling kurang pun pergi sekolah time kecik² dulu kan? Dalam perjalanan yang jauh berbatu² pejam celik tengok² da pun sampai destinasi dengan selamat. Boleh jadi dalam perjalanan kita terlanggar batu lalu terjatuh dalam parit, boleh jadi tengah memandu kita mengantuk sedar² da ada dekat line beratur tol (dahsyat.haha) dan macam² lagi.

 Pengalaman ana, masa tengah memandu ana mengantuk, tapi sedar² takde lah da sampai tol sebab ana ikut jalan kampung. Cuma ana bersyukur sebab dalam beberapa saat ana terlelap, time ana sedar kereta yang ana pandu tu berjalan kat atas batu yang buatkan ana tersedar blk kemudian jauh dari longkang dan tidak ada orang pada waktu itu. Allah..ana betul² bersyukur.

Satu lagi kisah, ada satu malam ana menolong seorang sahabat. Motornya rantainya kendur dan x boleh nak berjalan. Ana tolong tolak sampai ke stesen minyak. Ana cakap kat dia " takpa, hari ni hari hg, esok lusa hari aku pulak".. (lebih kurang begitulah ^_^) nak dijadikan cerita. Esoknya motor ana, pistonnya pecah. Jadi motor mmg tak boleh bergerak. Dalam jam 3 pagi. Masa tu ana dalam perjalanan balik dari kuala kangsar. Dalam kesunyian malam tu lah ana tolak motor, melepasi mat² rempit dan kilauan lampu kereta yang pakai lampu tinggi dan bagai.. Kalau ana tolak mungkin ambil masa 2 jam. Time tu pulak la abis je lagu nasyid kat nset ana, kluar ceramah Ustz Azhar Idrus cakap sal kubur..Allah, ana da pasrah da masa tu. Macam² boleh berlaku..huhu..Namun ana bersyukur, tak lama kemudian ada satu motor berhenti. Dia offer nak tolak motor . Menariknya, orang yang tolong ana tu masalahnya sama dengan yang ana tolong semalam, cuma dia tahu untuk selesaikan masalah motor tu buat masa tu lah.. Sekali lagi ana betul² rasa doa ana Allah makbulkan. Alhamdulillah

4. Kasih sayang Allah menerima taubat kita.

Allah yang Maha Pengampun.. Betapa banyaknya dosa yang kita lakukan pada tahun 2011 dan tahun sebelumnya.. Hanya Allah saja yang mampu untuk mengampunkan dosa kita. Tidak ada selainnya. Betapa Allah kasih pada hambanya, sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya sehingga ajal menjelang. Namun tak semua yang bersyukur dan menyedari akan kekhilafan diri. Tidak memohon kemaafan atas ketelanjuran. Itulah golongan yang rugi di akhirat nnt. Dalam firman Allah banyak dinyatakan gambaran manusia yang menyesal atas kesilapannya di dunia. Tapi apakan daya. Sudah terlambat. Oleh sebab itulah kita  yang masih lagi mempunyai kesempatan ini. Sentiasa lah memohon keredhaan Allah.. Moga kita termasuk dalam golongan yang "SEDIKIT" yang bersyukur dengan kurniaan Allah.

5. Kasih sayang Allah kerana memberi nikmat yang tiada Tandingnya..Syurga

Allah.. Bila ditanya tiap² individu hatta kepada yang paling "nakal" sekalipun.. Pasti nak masuk syurga.. Itulah nikmat yang Allah kurniakan pada hambanya yang dikasihi. Hamba yang sentiasa meraih dan berusaha mendapatkan rahmat Allah s.w.t semasa di dunia. Dijanjikan Allah syurga kepadanya. Kita di mana? Amalan kita yang menentukannya.. Rahmat Allah itu penting. Jika di dunia kita dimurka. Bagaimana kita nak berhadapan dengan Allah s.w.t. Fikir²kan sahabat dan kepada diri ana sendiri juga.

DUGAAN itu pahit kerana SYURGA itu tak tertanding manisnya..

Azamlah untuk menjadi anak yang soleh.. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.. Selamat semua ^_^

5 ulasan:

  1. insyaallah...akn tercipta ank2 soleh dlm keluarga ustaz radzi....ameen

    BalasPadam
  2. perghhh..panjang giler.. malas betol nak bace..hee=.="

    BalasPadam