Ahad, 12 Jun 2011

Oh tidak...Kalut³!

Assalamualaikum

"Arghh...habislah aku!! (belek² fail) MUET tak siap lagi..alaaa mampusla ak kena marah dengan miss M nanti..xleh jadi nih..Hmm..(berjalan ke meja study) mak oi! Syariah 2 pun banyak soalan tak siap lagi nih..naya aku..Nasib la esok takda syariah..Boleh tgk² si T nye jawapan kot..Bodek² la dia nanti (monolog dlm hati) Mudah²an siap la pakej percutian aku ni..Duk men fbook je cuti ni..Hmm (muhasabah masa terbuang =P)"

 
Ahaa..pernah mengalami situasi seperti di atas??

Itulah antara dialog yang barangkali menjadi bebelan pelajar² sekolah bila da nak abis cuti sekolah ..Terutamanya pelajar asrama la (ada pengalaman nieh)..hehe..Tapi tak dinafikan ada gak yang rajin siapkan..Kalau time ana dulu..biasanya muslimat siap je la..Tu pasal muslimin asyik kena warning je siapkan cepat..haha 


Memang nostalgia la rasanya bila kenang benda² kalut yg pernah terjadi pada diri kita dulu..Bagi ana..Perubahan pada diri ana banyak berlaku masa ana form 6 lah..Dan ana rasa itulah salah satu faktor kenapa ana rasa yakin bila jawab exam..

Faktor²nya ialah..(haha..skema la plak)

Siap Kerja Sekolah

ahaa..yang ni ana tak tipu..Ana rasa sepanjang ana duk kat form 6..Sume kerja yg cikgu berikan sume siaplah..Mana taknya..Kalau tak siap ada tukang kasi warning dalam kelas..Kalau tak pelajar pun ,gurunya pasti bersuara menikam hati..lagi berbisa..hehe.."kita nak belajar ni kena ada berkat".."bkan saya yang nak periksa tahun ni..kamulah"..Omong²nya gitulah..Berbanding ana masa form 5..Walau pada zahirnya RAJIN study..tp hakikatnya kerja rumah banyak yg tak siap la..he

Cuba Untuk Faham

yg ni jugak penting..ada junior tanya ana.."abg,kasi la tips sket nak cemerlang"..utk jawapan tu..Ana rasa ni la yg terbaik..Kalau antum tengok 3 idiots sperti mana yang ana cerita (di sini) sebelum ni..Pasti antum akan rasa bersemangat..hehe..Belum lagi disajikan dengan kisah² ilmuan Islam dahulu..Tu yg x sabar nak masuk belajar balik ni..Kita nak gali ilmu ni..Ibarat mcm orang nak pergi berperang nih.."Mati katak ar kalau tak bawa senjata bersama,but kalau para mujahid ni da bersiap sedia utk hadapi peperangan..Even dengan jumlah yg sedikit pun mereka insyaAllah akan menang..contohnya dlm Perang Badar kan? Ana time form 5 dulu..kalo tak faham ana tinggal je..Biorkan je la..tak tahu jawapan tinggal..haha..Janganlah wat perkara sama..Sia² adik oi!

Keberkatan

Ana rasa semua tahu bila ana taip perkataan di atas..Keberkatan ni mmg tak asing lagi la dalam dunia belajar ni..Bak kata kawan ana "Orang yang berjaya kerana meniru, Jauh berbeza dengan orang yang gagal setelah berusaha" faham ke?haha..maksudnya dari segi keberkatan lah..Even die berjaya sekalipun..Adakah wujud keberkatan dlm hidupnya? Hasil yg dia dpt selepas itu dek kerana perbuatannya yg meniru belum tentu diterima di sisi Allah..Nauzubillah min zalik

Doa

"Ya Allah,engkau cemerlangkan aku dan rakan²ku dalam perjuangan  kami Ya Allah..Berkatilah ilmu yang kami perolehi Ya Allah..Dan permudahkanlah segala urusan kami Ya Allah"..itulah antara doa yg selalu dipanjatkan  oleh hamba² yg mengharap pada penciptanya..Mudah-mudahan doa kita selalu diselitkan dengan kejayaan bersama sahabat..Cemerlang bukan hendak seorang..Biarlah kegembiraan tu dirasai bersama ^^

Hubungan

Hubungan dengan Allah yg pastinya kena jaga..Hubungan dengan guru ,dengan ibu bapa dan dengan rakan²..Jangan kita abaikan..Kalau yg ada ibu bapa..Selalu²lah telepon..Pengalaman ana..Masa di tingkatan 6 lah ana buat perkara yg tak pernah ana wat selama ni..haha..Segan la nak cakap..Pendek kata ..Sayangilah orang di sekeliling antum..he

dan banyak lagi..Kalau nak bagi teknik belajar tu..Ana rasa ana belum cukup layak lagi la..hehe..Lagipun da memang banyak la teknik belajar ni kalau nak diperkatakan..Pandai² search ye..Pokoknya perbetulkan niat kita..

Sabda Rasulullah S.A.W
"Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung pada niatnya.."

So,niat antum blaja adakah semata² kerana nak lulus periksa atau kerana ilmunya??Tepuk peha fikir²kan lah..

jgn stress²..hehe

Sekadar itu sahaja perkongsian ana..Kepada adik² yg bakal balik asrama atau pergi sekolah esok..Selamat berjuang utk mengukir senyuman ibu bapa antum..Ana sudah..Antum lepas ni..InsyaAllah..

Wassalam

4 ulasan:

  1. nak tunggu sampai blan 9 plak baru leh merasa blik..he..sekarang ni honeymoon la..

    p/s: form 4 bukan tahun honeymoon~

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. hee..macam terkena pd diri je..-.-' kalut nak p packing beg..blk u..haha.. ceh..honeymoon..xleh bla sungguh..:p

    BalasPadam
  4. heh..lmbat lagi nak packing ni..mmg honeymoon la..xde hwork utk disiapkn ^^

    BalasPadam