Ahad, 19 Jun 2011

Minta Bapa Bimbing Anak Jadi Anak yg Soleh

Assalamualaikum..

Akhir² ni ana sungguh tertarik untuk mengikuti berita² yang menjadi topik HOT!! di dalam akhbar tempatan..Dari dulu ana kurang nak baca bab² macam ni..Tapi sekarang mungkin usia yang semakin meningkat dan dekat kpada ajal ni membuatkan diri ana untuk cuba updatekan diri dengan isu semasa..Dalam masa yang sama bekalkan diri kita dengan ilmu di dada..

Rakyat yang dahulunya sukar untuk menyambung pelajaran kini bukan menjadi satu masalah besar khususnya bagi rakyat tempatan di Negara "bertuah" ini..Anak² muda semakin mudah menimba ilmu di sekolah kebangsaan,sekolah agama rakyat dan tuisyen sebagai tambahan..Sehingga ada dalam kalangan anak² yang jemu sampai ambil pendekatan untuk lari dari pembelajaran..

Wahai Bapa bimbinglah anak jadi anak yang soleh dan solehah



Suka ana lihat tajuk ni..

seawal umurnya dididik mengenal Allah 
Ayam digantikan dengan A=Allah dan ikan diganti dengan I=Ibadah
moga roh Islam sentiasa ditanam dari kecil


Dalam kuliah yang ana dengar baru² ni ada membicarakan dan menyentuh perihal anak masa kini..Cabaran yang perlu dihadapi oleh para ibu dan bapa khususnya bagi mereka yang mempunyai anak dara @ anak gadis @ anak perempuan dan macam² istilah lagi lah yg digunakan utk men'describe' kaum hawa ni..

Berita yang mampu kita baca hari² adalah melibatkan majoritinya kaum remaja yg berumur belasan tahun yang menjadi mangsa nafsu manusia yang berakal cetek..Dicekup Khalwat,Jual diri,GRO,Rogol dan sebagainya seolah² perkara tersebut menjadi normal trend dalam masyarakat sekarang..Dan itu adalah antara yg dilaporkan..Bagaimana pula yang tidak dan yang masih dalam proses ke arah itu?? Moga² Allah pelihara diri kita dan adik beradik serta anak² yang dikasihi..

Teringat ana pada satu ayat..

"Seseorang itu tidak akan melakukan perkara(yg buruk) itu semasa ada iman dalam dirinya"

Pencuri tak akan mencuri bila mana dia sedar Allah memerhatikannya..Anak yang soleh dan solehah tidak akan membebankan ibu bapanya dengan dosa bila mana sedar sedang merosakkan diri..

"kita ni kalo anak perempuan yg buat dosa..ibu bapa juga akan turut menanggung dosanya..Kalau sentiasa dibuat amal , akan menjadi pemberat timbangan KEBAJIKAN di akhirat kelak..Kerana itulah bila sudah berkahwin wajib isteri mentaati suami kerana yang menanggung dosa isteri apabila si isteri melakukan dosa adalah suami"

antara yang menjadi isi dalam kuliah..bila disebut oleh ustaz, para bapa khusyuk mendengar kerana sedar akan tanggungjwab yang diberikan..amin3..harap² dengar dan bertindak la sebaiknya..jangan dengar sahaja..Masuk tang kanan..keluar tang kiri..kata orang batu gajah le..he

Ate kalo nak selamat dunia dan akhirat..BImbinglah anak²..Jangan dibiorkannye..Kang sesat jalan..Anak jahat sekalipun cubalah bimbing kerana itu zuriat kita (mcm da ade je ana ni)..Boleh jadi die mengikut perangai kita masa mude2 dulu kan??Ate Dulu yang da jadi ibu bapa ni mungkin nakalnya terlebihh..Bila dapat anak ..anak pun mengikut jejak la..like father like son..nada ala² ucop wilcha..hehe..


Yang penting untuk zaman yang serba moden ni..Check la anak² or adik² kita..

1)Tahu ke solat dan terlaksanakah solatnya..
2)Tahu ke baca Al-Quran dan dibacakah atau sekadar hiasan
3)Ilmu apa yang dituntut dan diamalkan serta benarkah ilmu nya seiring syariat
4)Dengan sapa die bergaul dan bukannya sosial melampau
5)Ajarkan padanya "adab" sebagai seorang Islam..
6)Dan lain² yang perlu

Semoga kita tinggalkan dunia yang sementara ini dengan zuriat yang soleh dan solehah..Ayuh kita cipta sakinah(ketenangan) utk diri kita di akhirat kelak..

video: Chilren Of Heaven


Wallahua'lam
Wassalam

6 ulasan:

  1. Dari Abu Musa r.a katanya..
    "Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya perumpamaan teman duduk yang baik dan teman duduk yang jahat bagai penjual minyak harum dan pekerja di dapur tukang besi.Dari penjual minyak harum,adakalanya engkau diberinya atau engkau membeli kepadanya,atau engkau memperoleh daripadanya bau yg harum.Dari pekerja dapur tukang besi adakalanya die membakar kain engkau atau engkau memperoleh daripadanya bau busuk"

    shahih Muslim

    BalasPadam
  2. idea tercetus setelah membaca ini ^^

    http://www.malaysiakini.com/news/167326

    BalasPadam
  3. amat b'guna utk bakal2 ibu n bapa.. mantapkan sahsiah n akhlak.. bykkan b'ibadat.. ^_^ thanx cik mun

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...pak cik radzi ada kesemua anak lelaki..namun, harus di didik untuk menjadi pemimpin bagi kaum hawa..subhanallah..besar amanah tu..
    sama2 kita menjadi ejen pengubah masyarakat untuk hidupkan semula islam dalam diri kita dan diri lain..

    BalasPadam
  5. ye..bertuah pak cik radzi ^^..tp anak perempuan ni mmg penting gak la dlm keluarga..
    InsyaAllah..doakan..
    moga2 dpt jadi ejen pengubah tersebut.. =)

    BalasPadam