Selasa, 14 Jun 2011

Makan dan Makan

Assalamualaikum..

Hari ni..rata² masyarakat sering cuba melakukan kelainan dalam diri and hidup mereka..Ada yg cuba melakukannya dalam keadaan yang baik..Ade yg melakukan dengan cara pintas..Ada juga yang melakukan perubahan or kelainan secara yg tidak sihat..Itu yg duk rebut nak tempa nama dalam Book World of Records..huu

Tak ape lah ..So,ape perkara yg pelik antum pernah lihat??Orang korek telinga guna pengepit kuku?? Orang sentuh mata guna lidah??he..Tapi bukan itu yang ana nak kongsikan pagi ni..Ana nak berkongsi tentang tabiat makan yg pelik..haha..Ape la sgt kan?

warning: This article maybe long..But read it with kesabaran..Antum akan lebih rasa segar lepas titik terakhir!.he


  Tahukah anda??

Orang yang makan paku mendapat zat besi yg begitu banyak ..??ini hasil kajian yang dilakukan oleh Profesor Farhanheit di sebuah negara yg agak susah utk disebut..

Jangan pilih paku yang berkarat ^^

Video: Zat Besi

2)Dan adakah antum sedar bahawa batu bata sebenarnya mempunyai fluorida yg cukup banyak utk menguatkan gigi..So antum akan lebih mudah mengunyah..haa..Ini hasil kajian yg dilakukan oleh professor Prerajulistration di salah sebuah institusi yg sekali lagi sukar utk disebut apatah lagi ditaip..huhu
gunakan yang tidak berlubang agar tak masuk angin ^^


p/s :
Ok jangan sesekali percaya dengan fakta yg diberikan di atas.. 
But believe what I'll give after this.. ^^

Sabda Rasulullah S.A.W

Dari Huzaifah r.a katanya
"Apabila kami makan bersama dengan Nabi s.a.w kami belum menjangkaukan tangan kami (mengambil makanan),sebelum dimulai oleh Rasulullah s.a.w menjangkaukan tangannya.Kami pada suatu kali makan bersama-sama dengan Nabi,lalu datang seorang anak gadis, seolah-olah didorong dari belakang dan mulai hendak menjangkaukan tangannya mengambil makanan,segera dipegang oleh Rasulullah s.a.w tangannya.Kemudian datang seorang Arab dusun seolah-olah didorong dari belakang ,maka tangannya dipegang pula oleh Rasulullah s.a.w.Sesudah itu Nabi s.a.w bersabda : "Sesungguhnya syaitan ikut serta mengambil makanan , apabila tidak disebut nama Allah ketika mengambilnya.Dan sesungguhnya syaitan datang bersama gadis ini ikut serta mengambil makanan,sebab itu kupegang tangannya.Kemudian syaitan datang bersama orang Arab Dusun ini supaya ikut serta mengambil makanan,sebab itu kupegang tangannya.Demi Tuhan ang diriku dalam kuasaNya,sesungguhnya tangan syaitan dalam tanganku bersama dengan tangan gadis itu.
(Hadis Shahih Muslim)

Instead of taking weird foods..Lets revealed what food that our Prophet prefer to us..

8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan:
KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’.

KISMIS adalah satu “gula-gula” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar..(antara makanan yg ana amalkan masa musim peperiksaan ^^)

KURMA/ RUTOB Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)
.
Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.(a good news to our future mom la..he)

Saidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.(another good info)

BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA) Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu
Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya.(wah³) Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiin ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.
Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.

Dipanjangkan dari laman www.dapat.net/juskismis

Sumber artikel : 8 Makanan Sunnah

That's all..Kalau panjang2 nnt peratus utk orang baca sepenuhnya macam kurang..Jadi biarlah agak sederhana panjang agar mesej yg baik dapat disampaikan ^^

Andai ada sahabat² yg ingin kongsikan mana² ayat² Al-Quran or Hadis yg ada kaitan ngan tajuk di atas..Feel free to comment..We are learner from our 1st day..till the end of our life ..(titik terakhir)..he segarkan??

Wassalam..

2 ulasan:

  1. ahahaha.
    cannOt gO
    mkn paku dan batu bata
    sebenarnya da cuba dulu kan tOknda?
    hik9.
    neway
    gOod infO^^

    BalasPadam
  2. haha..den x cubo ag..tpi tu la kajian.kih2..tq2

    BalasPadam