Jumaat, 22 April 2011

Aku Pelari Pecut...

Assalamualaikum..

Ape khabar shbat2 pembaca??Ana harap antum sihat pagi2 ni..Kalau kurang,pi la exercise or jogging2 ka..(sruh org tp x dia tak buat) =P

Sebenarnya ade sorang sahabat ana ni bertanya tentang satu pengalaman ana..Banyak buah (mmg hancur BM ni) pengalaman yg ana sukar lupakan..Dan ianya juga berlaku secara berperingkat-peringkat..haa..Antum mesti nak tahu kan??Ana tau da..Mai la tgk video ni dulu..Then antum akan tau apa dia yg ana nak habaq sbnarnya...

Video : Aku Pelari Pecut


haaa..da tengok??Alhamdulillah..bguih2..tu la yang ana maksudkan dengan pecut tu..hehe..antum pernah tak alami pengalaman macam tu??Berlari berkejaran~~ Mesti tak pernah kan??

Sebelum ana citer byk2 ag..Let me share with you guys about this info..Sebenarnya ada banyak and pelbagai jenis @ kerabat sang binatang ni..Ana pun x larat nak menaipnya..so ana kasi link utk antum tengok eh??

Kerabat sang binatang..

Okay..he..Ana da habaq tadi pengalaman ana ni berperingkat-peringkat..thats why I have a lot of story with that binatang bertuah..haha..Dari ana kecik sampai ana besar tak tinggi ni..

Peringkat Novice :

Yang ni berlaku time ana kecik ..Biasanya berlaku masa nak balik skolah..Ana kalo lalu kat lorong ni mmg cukup takut..adoi..tapi nak wat cane da tu je laluan yang ada..huu..kna lalu gak ar..Kalo time "off duty" selamat ar ana..Tapi kalo time "on duty"...huh! mmg parah..

Nak dijadikan cite..ade skali time ana balik..(muzik latar dimainkan???) ana jalan la sorang2..jalan punye jalan..alih2 da ade 2 ekor ready dalam keadaan on mark da..haha..ana apa ag..go ar..smbil2 menjerit nama makKK!!!....XD

Dalam episod yang lain pulak..

ADe satu umah tu..mmg BESO..antum bayangkanlah..ada pagar,ada pintu,ada pokok,ada kotak sampul surat???..and ade stu ANJING besar..hehe..org pggl "BULLDOG"..antum leh byg tak ia besar mana..??yg pasti bukan besar gajah la..hehe..Ana suka sakat bulldog nie..ye la..kalo kat luar mmg x berani..haha..tp Bulldog ni duk dalam kwsan umah..selalunya sakat xde pape la..Pada satu hari yang lain,ana sakat lagi as usual..sekali anjing kecik kuar ikut pintu pagar!..haha..boleh main cak cak lak die..da ada geng bru pulak si Bulldog ni..adoi..muat pulak tu tembus ikt pagar..mmg pecut x ingat ape dahhh..tau lari smpai die da jauh je..yg kecik ni semangat sket kejo org..jauh gak ar si kecik tu kejor ana..fuh..

Peringkat Rookie :

Ahaa..masa ni peringkat ana da ada basikal..ekeke..melompat satu peringkat yg baru la..hehe..
basikal hiasan je ni

Boleh gah sket da..tpi ketakutan ana pada binatang yg diberi nama anjing ni masih ada..Ana masih meneruskan hari2 ana melalui jalan2 tu..Tp skarang agak prepared la..hehe..pasal laju sket..cewah..Anjing ni pun agaknya practise gak kot..Ada satu hari tu ana kene kejo..Smpai tercabut ar selipar ana..satu je la..takut punye pasal..KAyuh basikal tak ingat dunia...hahaha..ayoyo..Ana biar je la selipar tu..Ntah ke mana da peginya..

Masa ni ana da mengenali serba sedikit sal anjing ni..so ketakutan makin kurang akibat asyik kena kejor.. =P Record kemenangan masih milik ana (x kena ngap ag)

Peringkat Pro :

Yeah..pada peringkat ni..Ana sudah ada lesen Agong (pada mulanya la)..Namun kini sudah jadi competent..Ana sudah boleh menunggang motor dan memandu kereta..haha..ana sudah Advance! And now..Ana x takut da ar ngan anjing2 tu..Siap boleh berhenti ag depan anjing2 tu..kot la nak say Hai ke...haha..merepek tul..

end of my story..

Actually..kita tak perlu takut pun kat anjing ni ..Sebab ia takkan kejar bila antum sendiri tak lari..So..be brave and walk as usual bila antum berjumpa ngan sang binatang nih ye..hehe..

Kalo antum berlari..Ada beberapa kemungkinan yg akan berlaku..

1) Selipar antum akan tercabut (boleh jadi..)
2) Barang2 dalam poket antum akan tertinggal (ahaa..)
3) Segala barang yg ada kat tangan antum mase tu boleh jadi dibuang atau dijadikan bahan mempertahankan diri.. (rugi3..)
4) Antum akan mengacau kawasan kejiranan dengan lagak "soprano" antum..(haha..)
5) Antum akan kehilangan berat badan secara mendadak..(ye2 je..)

So jgn takut n jalanlah seperti biasa walaupun pada saat tu antum mmg tgh takut..kih3

Inilah salah satu sebab kenapa ana boleh lari laju..haha..Ok la time 400 meter leh sumbang kemenangan utk Thariq kan??ngee.. =P

Dalam Islam ade satu bab yg berkaitan ngan anjing ni..So antum leh baca link yg ada kat sini..Kalau antum tak baca mungkin akan kerugian satu ilmu baru..Apa pun komen2 la kalo ade keraguan..Dapat gak berkongsi ilmu..InsyaAllah..

Hukum yg berkaitan dengan anjing..

Thats all from me..Syukran sbb antum berjaya abiskan bacaan antum..he..

Wassalam..

10 ulasan:

  1. smpe skrg x leh nk berani dgn anjing,, huhu.. anjing tu jauh lg, cpt2 msk umah.. kih2

    BalasPadam
  2. haha..tu den xleh nak kata ape ar..buat ala2 baling btu cam dlu je la..he

    BalasPadam
  3. xbley bla time kmungkinan yg berlaku bla da kna kejar ngan anjing.. ahaha~ pengalaman den kna kejar anjing lagi dahsyat kot.. hee~

    BalasPadam
  4. ouh eh..boleh le "duldul" cite nnt..=P

    BalasPadam
  5. salam ..

    anjing!! masa kecil dulu perna la kena kejar dgn anjing nie. ana tpksa lari pecut brpe meter, entah la. nseb baik ada amoy halau anjing tue.

    oke, nak tya, berkaitn hukum memegang anjing ??
    setahu saya , umt Islam dilrng memegang anjing. tetapi, ada sorang kawan saya ini ngatakan kita boleh pegang anjing sekiranya dua2 dlm keadaan kering.

    Tambahan pula, tiada dalam hadis mngatakan kita dilrng mmgang anjing. adkh ia benr?? rasanya ada kan ttpi saya tak ingt hdis mne.

    Selain itu, hya mazhab Imm Syafie yg melrng umt Islm memegang anjing, kerana mazhb kita ini amt menitip bertkan tentg kebersihan. Anjing ini juga dikhuatiri akan mmbwa pnyakit.

    Jika terkena xper la kan, bagaimana kalo sja2 kita memegang anjing tersebut ? adkh kedua-duanya perlu basuh dgn air tnh sbnyak 7kali juga.

    Sila perjelaskan berkaitan masalah ini dgn lebih terperinci. Syukran.

    BalasPadam
  6. @ nabila bayek... ana kasi link ini terlebih dahulu utk nti..ana akan tanya ustaz utk soalan nti ni..InsyaAllah..

    Video:
    http://www.youtube.com/watch?v=ZYKLI9G58QA
    http://www.youtube.com/watch?v=SdaIp1gBkcs

    BalasPadam
  7. tertarik utk menjawab soalan nabila bayek.. sya ada btya hal ni kpd sorg ustaz.. dia kata, mmg betul xmnjadi salah kalo pegang anjing dalam keadaan kedua2nyer kering..

    TAPI... kalo brada dlm keadaan kedua2nyer basah or salah satu basah, maka knalah samak.. ^_^

    mengenai hadis yg mengatakan ttg larangan mmgang anjing mmg tiada.. tapi larangan mmbela haiwan tersebut, ada.. =D disini sya dah copy paste utk mengukuhkan lagi hujah.. ahaha~ terpoyo sekejap..

    Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.
    Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda,” Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath.” [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi’iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu’, IX/234)

    Antara alasan-alasan fuqaha’ seperti Ibn Hajar ialah:
    1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
    2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
    3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
    4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
    5. Tabi’at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

    Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

    Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha’ mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, ” kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

    BalasPadam
  8. "ya'fur"...

    apa yang ana faham di sini, adalah.

    kita bukanlah dilarang untuk mnyentuhnya, begitu ?? tetapi dilrng kita memelihara dia jika tnpa sebab.

    jika kita xdilarang, kenapa rkyat msia beragama islam begitu marah apabila terpt sorng artis msia memegang anjing dgn penuh mesra..

    adakah larangan kita mnyentuh dan memelihara anjing ini samajuga dgn khinzir. bukankah anjing dan khinzir , haiwan yg dilarang kita mnyentuh , apa lgi kita memelihara mahupun kita memakan dging nya kecuali drurat la.

    lagi situ, kat sini, apa yng dimaksudkan dgn "dilarang" terhdp haiwan tersebut ?? sila perjelas kan.. kenapa haiwan tersebut kita dilarang ?? ada tak kisahnya ??

    maaf, bnyk pula soalan ana. ana masih masih jahil berkaitan ini. setahu ana, kita dilarang mnyentuh , apalgi memakn dgingnya..

    BalasPadam
  9. Berkenaan memegang anjing dalam keadaan kering itu, boleh pada pendapat semua mazhab kecuali bagi mazhab syafi`e..tak boleh pegang dalam apa jua keadaan sekalipun dan kena samak iaitu membasuh 6kali air tanah dan 1kali air suci.
    Akan tetapi, jika saudari/a memegang anjing dalam keadaan kering dan binatang itu juga kering..saudari/a tak perlu samak.
    Seandainya saudari/a memegang anjing dalam keadaan kesiankn atau saje2 sentuh binatang itu untuk rawatan atau tidak, saudari/a tetap perlu samak(ini pendapat semua mazhab kecuali syafie).
    Dalam hadis memang tiada hukum melarang memegang anjing..seperti yang ya`fur kata diatas tapi anjing itu merupakan najis berat.
    Dan, anjing juga dibenarkan untuk memburu..dan memelihara keselamatan rumah.
    Hmm..ini jelah yang saya dapat kongsikan n jelaskan apa yang saya tahu.

    BalasPadam
  10. "nabila bayek.."

    "Daging khinzir adalah haram"
    Memegang anjing adalah najis tapi bukanlah haram..sedangkan nabi pernah memberi minum pada seekor anjing suatu ketika dahulu. Manakala khinzir pula, memegangnya adalah haram dan memakan kedua-dua daging binatang ini adalah haram kecuali kita dalam keadaan darurat.

    Dalam hadis ada menerangkan tentang anjing: "Apabila air liur anjing terkena pada sesuatu bekas, perlulah disamak sebanyak 3kali lalu dibenarkan untuk menggunakannya".
    Bagi penerangan pengharaman khinzir pula dalam al-qur`an ada tertulis dalam surah al-`imran.

    Hmm..saya tanya awk, apa awk rasa bila mak atau ayah awk pegang anjing..?? Dan apa hukum sebenar memegang anjing pada pendapat awk..??

    Sebenarnya, kita boleh pelihara anjing tetapi hanya diluar kawasan rumah sahaja..dan anjing itu boleh kita jadikan untuk menjaga rumah dan memburu. Jika hendak dijadikan anjing itu sebagai haiwan peliharaan, ada banyak lagi binatang yang boleh atau halal untuk awk pelihara dari anjing. Dan jika alasan awk untuk menjaga rumah, knape tidak sahaja menggunakan alarm keselamatan yang telah disediakan oleh kerajaan..??

    Untuk penerangan khinzir pula, dalam perut khinzir mempunyai ulat-ulat yang berkembang-biak dan memudaratkan. Malah, ketika cuaca panas terik sekalipun..lemak-lemak yang ada didalam perutnya itu tidak akan berkurangan dan semakin bertambah.

    Hmm..harap awk faham dengan penerangan saya ini.

    BalasPadam