Isnin, 16 September 2013

Basuh bajuku~



Alhamdulillah.. Baru selesai basuh baju. Baju nak kata banyak tu tak lah jugak. Ada je dalam 2 baldi.. haha.. But, semuanya tinggal kenangan sebab semuanya sudah selesai dibasuh.. oo yeahh

Bila duduk rumah bujang ni, nak tak nak kena la basuh baju guna kudrat yang ada. Kalau masa menginap kat kolej dulu, malas-malas pun ada mesin basuh sedia menanti penggunanya di bilik khas yang kolej sediakan. Sekarang ni ada jugak dobi dan bagai tu. Tapi nak turun tu punyelah alahai.. malas.. So aku bertekad untuk basuh baju sendiri..he

Setiap benda yang kita lakukan ni, mesti ada hikmah. Kalau kita fikir dalam-dalam dan secara positifnya apa pengajaran yang boleh kita ambil dari perbuatan yang kita lakukan sehari-hari dan kaitkan ia dengan Islam yang sentiasa mengajar kita supaya bermuhasabah.

So, pengajaran dari basuh baju ni.. haaa

KESABARAN

Cukup menguji kesabaran betul basuh baju ni. Haha.. Tambah-tambah kalau di depan mata tu ada 2 baldi yang menanti..err.. Tapi bak kata orang cerdik pandai

MENGELUH TAK ADA GUNA, SELAGI TAK ADA TINDAKAN..

kita mengeluh banyak baju tapi tindakan kita untuk mengurangkan kadar baju tu tetap tak ada. So its useless. Bila kita start basuh baju tu. Lama kelamaan timbunan itu makin lama makin sedikit. Sendiri pakai sendiri tanggung la kan. Hee.. Macam dosa, sendiri buat perkara yang buruk. Kelak yang akan terima azab itu diri kita jugak. Agak-agak nak terus tambahkan timbunan tu atau nak kurangkan?

Fikir-fikirkan, selamat beramal~

SUCI

Bila basuh baju, the main objectives is too make it clean. Kita akan sental baju kita tu sampai la kita yakin baju kita tu benar-benar bersih. Kalau tak bersih, takut ia akan effect ibadah yang kita nak lakukan lepas tu kan? Dari baju yang penuh dengan lumpur, sampai la hilang kesan lumpur tu. Tambah-tambah kalau kesan lumpur tu ada dekat baju yang kita betul-betul sayang. oohh.. disebabkan kena prank hari jadi oleh rakan-rakan, kita dilumuri tepung yang penuh melekat di baju yang kita sayang tu. Nak marah tak blh. SABAR ^_^ Baju boleh dibasuh. Hilangkan kesan tu dan everything will look like normal again.

Begitu jugak la benda yang kita nak kena buat pada hati kita ni. Kita kena berusaha untuk sental dosa-dosa yang kita lakukan dan jangan biar hati yang kita sayang ni dilumuri oleh benda-benda yang tak sepatutnya. Empunya hati kan lebih mudah mencuci hatinya sendiri ^_^ Nak atau TAK NAK je buat proses penyucian tu.

Selamat Mencuba!

Banyak lagi ibrah yang kita boleh dapat dengan hanya membasuh baju :) Nak tahu? Cubalah sendiri dan rasai keseronokannya..

-mz-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan