Khamis, 19 September 2013


Alhamdulillah. Masih lagi aku diberi peluang utk bernafas di pentas dunia ini. Kadang-kadang aku leka. Maka Engkau buka kanlah pintu mu sentiasa moga aku tidak lupa bertaubat kepada Ya Rabbi.

Macam mane kehidupan korang hari ni? Harap-harap semua ok la noh. Ada antara kita pada hari ni yang tak tau nak buat ape sebab tak ada kelas pun. huhu.. Macam aku la =.=''. Kena isi dengan pengisian rohani jugak. Jangan biarkan masa tu berlalu begitu sahaja.. fuh.. rugi nanti..

Pernah tak benda ni berlaku pada korang?

Pada satu hari, ketika mana korang sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang baik. Lalu korang terlihat akan kelibat seorang budak muda. Lalu korang teliti perwatakannya. Bajunya yg x senonoh, seluar terkoyak sana sini, pakai gelang dan menyakitkan hati apabila dilihat dengan mata kasar.

Kemudian lalu pulak seorang tua, berbaju melayu, berkopiah, berkain pelikat menuju ke tempat yang sama iaitu surau.

Kedua-duanya ingin masuk ke surau.

Apakah yang bermain dalam fikiran korang?

Haa.. Aku just nak highlightkan budak muda tdi. Jgn kita melihat dan menilai hanya berdasarkan perwatakannya sahaja. Namun kita kena selami apa yang berada dalam akal fikiran dan jiwanya itu. Barulah kita akan tahu apa yang berlaku sebenarnya.

BOLEH JADI. Budak muda tadi baru terlihat akan perkara yang membentakkan hatinya kemudian mendapat hidayah Allah. Lalu terus die mencari hala tuju yang sepatutnya. Die terlihat akan surau. Dia pergi ke sana dengan niat memohon keampunan dari Yang Maha Esa.

Jangan kita menghalang orang yang hendak membuat kebaikan. Jangan kita membenci kepada pelaku sesuatu perbuatan tersebut akan tetapi benci lah pada perbuatan itu sendiri. Maka disini sahutlah seruan Allah S.W.T supaya melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran

MELAKUKAN KEBAIKAN dan MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Dalam Islam adanya Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar. Amar Ma'ruf yang disebut terlebih dahulu maka pengajaran yang boleh kita ambil adalah mengajak seseorang itu kepada kebaikan. Bukan dengan mencela seseorang itu yang nampak lebih tidak alim daripada kita.

Kita kena ingat bahawa pengakhiran setiap manusia itu bermacam-macam. Ada yang hidupnya penuh zikir, namun di akhir hayatnya tergelincir. Ada orang yang awalnya tergelincir namun dengan Hidayah Allah dialah yang termasuk dalam kalangan yang terpilih ke dalam Syurga Allah.

Bersangka baiklah kepada semua orang dan ajak lah kawan-kawan kita ke arah kebaikan. Tegurlah mereka dengan cara yang berhikmah dan jangan kita benci kepada seseorang itu namun tidak ada usaha untuk mengajaknya ke arah yang lebih baik.

Moga Allah sentiasa menetapkan hati kita di jalan yang SATU ini. Iaitu hidup dalam keadaan BERIMAN dan mati dalam keadaan MANTAP IMANNYA.

Ameen ^_^

-mz-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan