Ahad, 9 Januari 2011

Sebarkanlah Salam..

Assalamualaikum..

pagi-pagi ni ana nak kongsi dua kisah..
kisah ni ada kaitan gak ngan ape yang ana nak kongsi dalam post kali ni..^_^

Kisah Pertama.
Pada suatu hari, si Ali (bkan nama sebenar) datang ke tempat yg bersebelahan dengan sebuah masjid..masjid tu cukup cantik dan ramainya org beri'tikaf di dalamnya..Ali terus pegi ke tempat sebelah masjid tu..bila Ali masuk ke kwasan tu..dia cukup teruja kerana setiap kali die bertembung dengan manusia di situ..pasti ada ungkapan salam dilontarkan padanya.."assalamualaikum abg"..mantop!
Tetiba je Ali jadi cukup teruja..mashaAllah..bagai berada di awangan..hee..hebatnya budaya kat tempat tu..dia tersenyum keseorangan..

Kisah ke-DUA.
Pada suatu hari,si Ahmad (juga bukan juga nama sebenar)menziarahi sebuah tempat yang agak terpencil..Sampainya dia di situ..Hatinya tertarik dek kerana suara azan yang memanggil..merdu alunannya..Oleh kerana kehadirannya agak janggal dalam kalangan manusia di situ..Setiap yang bertembung akan merenung wajah Ahmad yang agak hensem tu.. =P namun renungan itu sekadar renungan kosong..kenapa?kerana tiada kalimah indah dilontarkan..hanya sekadar renungan..Ahmad direnung bagai nak ditelan..Usai solat..Ahmad masih ditenung..ada kemungkinan teruja dengan wajah Ahmad yang xde jerawat..he..Wallahua'lam..

haa..cukuplah dengan dua cerita di atas tu..agak ringkas..namun mesejnya ada la..ana sebenarnya x berapa pandai sangat nak bercerita..sekadar nampak perbezaannya la ye..

dari ape yang ada kat atas ni..ana cuma nak tekankan satu budaya yang agak ditelan zaman..budaya ape ye??? yup..PANDAI!..budaya SALAM..bukan salam yang bersentuhan tangan tu!yang ini salam yang menggunakan lisan ye sahabat2..

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiALLAHu anhu,
katanya dari Rasulullah SallALLAHu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah kamu akan masuk surga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidaklah kamu mau kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai..?
Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu".


hebatnya salam ni kan..?1001 hikmah boleh disenaraikan..ana pasti+yakin anta/anti nie adalah seorang yang dikurniakan akal yang cukup mantop,tip top,incredible,so fully with knowledges oleh Allah S.W.T..lantas blh merungkai hikmah2 yang ada..hehe..jadi x perlu lah ana senaraikan ye..

Kalau dilihat dalam hadis lain juga ada diajar adab memberi salam

contohnya...tatacara salam..

1)orang yang berkenderaan beri salam kepada pejalan kaki..
2)Orang yang berjalan bagi salam pada org yang duduk..
3)orang yang sedikit beri salam pada org yang ramai..
4)yg muda beri salam kepada yang tua..

rujukannya leh didapati dalam buku hadis hukum (syariah ting 6)...kalau xpun,blh digooglekan..

banyak kemudahan yang ada kat sekeliling kita hari ni..so gunakan ia sebaiknya..
amalkan budaya membaca..n budaya SALAM..
iringkan salam sekali senyuman agar ia lebih menawan..!


senyum itu sedekah
pahala berganda bila ditambah dengan SALAM
sama2 kita amalkan..

::wassalam::


3 ulasan:

  1. ungkapan salam mmg bnyk rahsianya sndiri..
    buktinya ia berlaku pd diri ana sndiri..
    pg td swaktu membawa ank bersiar2,sy memberi salam kepada sepasang suami isteri dan kami sempat berbual-bual...
    pada ptg tadi,sewaktu membawa ank bersiar-siar lagi,pakcik tersebut bertembung dgn saya dan mngatakan..ni adik yg lalu tepi rumah pkcik td kan??? ana hampir2 x perasan dgn pkck tersebut..tp pkck tu perasan saya..lihat...bnyk kn kemanisan salam ni..(^_^)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Hmm..senyum. Banyak keistimewaannya..diantaranya mengurangkn keteganggan urat pada tubuh badan dan membuatkan kita kelihatan seperti orang muda jika banyak senyum n byk sabar. Dan, hukum dalam memberi salam adalah sunat muakkad..manakala menjawab salam adalah wajib.

    BalasPadam