Selasa, 16 Mac 2010

Zaman Jahiliyyah VS Zaman Sekarangiyyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Ntah kenapa bila terbaca surat khabar pagi tadi..hati terlintas akan tajuk di atas.
Sebab ape??
mungkin kerana ada hubung kaitnya dengan kita..atau hanya lintasan hati semata-mata..

Bergelar seorang pelajar yang berhadapan dengan kitab SEJARAH bukan mudah.Kadangkala ia amat membosankan tapi adakalanya amat menyeronokkan..walaupun pada asalnya penulis bukanlah seorang yang minat pada subjek ini..namun ia semakin menarik hati saban hari.. Alhamdulillah..



ku katakan pada ayah seawal pemilihan subjek.

"x minatla sejarah.susah..da la kena banyak membaca"

ayah membalas "kalau rajin baca senang la"

begitulah selanjutnya..


atas sebab di atas la penulis semakin minat membaca , bukan hanya pada SEJARAH tp buku lain juga..

Percayalah.. semakin banyak membaca semakin banyak kita sedar bahawa kita sememangnya jahil tentangnya..

penulis cba fokuskan pada tajuk asal penulisan ini..
apa bezanya zaman sekarang dengan zaman sebelum berkembangnya agama Islam.. cuba kita singkap kembali peristiwa yang berlaku di zaman Jahiliyyah..


kegiatan merompak,mencuri,minum arak,menanam anak perempuan hidup2,kaum wanita ditindas,pengamalan riba, dan sebagainya adalah satu fenomena yang biasa pada zaman tersebut..
sehinggalah saat Islam berkembang, segala kegiatan tersebut dihentikan dan lahirlah umat islam yang mantap IMANnya..perlukan contoh??? seharusnya kita mengetahuinya..so,jadikan membaca amalan kita..

ana cuba fokuskan amalan tanam anak hidup2..
adakah ia masih berlaku pada zaman sekarang??? atau ia sebenarnya tidak berlaku kerana kita sebenarnya sudah bergelar masyarakat yang bertamadun yang hidup pada zaman yang penuh kecanggihan..??

semua org sedia maklum..bukan setakat ia kembali berkembang pada zaman ini..malah ia berlaku dengan lebih advance..!!

anak yang sepatutnya berada dlm dakapan ibu tercinta bukan sahaja ditanam hidup2 malah ada yang sanggup membakar anak yang tidak mengerti apa2 pun ttg dunia..sanggup meletakkan anak di tempat yang hina..dibuang merata sahaja sehingga dijadikan makanan yang penuh selera..Ya Allah..Nauzubillah

Apa salahnya anak ini? jika Umar Al-Khattab menangis kesal akan perbuatannya , bagaimana umat Islam zaman sekarang..??? penuh dengan ikutan..semakin banyak kes dilaporkan...


itu yang DILAPORKAN!! apa yang berlaku pada nasib anak yang TIDAK DAPAT DIKESAN????
hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Fikir2kanlah..andai kita yang berada ditempat anak tersebut..rasailah keperitannya..

Jangan menyeksanya kalau tahu diri x terjaga..insaflah...


Jangan terlalu asyik bercinta,

Anak lahir terseksa,

Kalau tahu diri binasa di akhirat sana,

Insyaallah x terjadinya dosa...


Biar nafsu membara,

tapi hati tu tahu menjaga,

kalau diri dah suka,
cepat2 kahwin saja..

Jangan ingat diri muda,
Dah mula nak tunjuk terer,
Ingatlah diri tu masih belum terjaga,
Fikir2la nak buat jasa..


akhir kalam..
wassalam..


ini buaianku???

ini kesudahanku???

mana ibuku?????

2 ulasan:

  1. Munzir, akak pun tapaham kenapa orang zaman sekarang neh sebelum buat tak pk.

    Kalau pun awal-awal dah tau terlanjur dan dah berisi, apa salahnya cepat-cepatkan berkahwin.

    hmm..berganda-ganda dosa tuh.

    BalasPadam
  2. La haula wala quwwata illa billa..
    Manusia yang tiada rasa segan silu dan berperikemanusiaan membuang anak masing2 setelah melakukan perbuatan keji itu. Apa sudah jadi..?? Smoga Allah memberi hidayah pada mereka semua..

    BalasPadam