Khamis, 16 Mei 2013

Turutkan hati mati~

       Alhamdulillah..  Abis da kelas pagiku pada hari ni. Just nak tunggu kelas yang seterusnye je la pulak pukul 6 petang satg. Kelas pengarangan laman web..he.. Best! haa.. Apa khabar anda yang di seberang sana? Harapnya sihat ye ^_^

      Hati dan nafsu sering berkait. Bila hati terikut dengan nafsu, maka hati akan jadi rosak. Begitu lah juga bila kita sentiasa manjakan ia.. Pada mulanya ia akan mengajak dan mengajar bahawa ia tidak akan ada apa2. Namun berwaspadalah dengan nafsu kerana nafsu ini nafsu yang mampu merubah diri sampai tahap nanti da hilang ke mana ntah identiti diri yang baik hatinya satu masa dulu.

    Bila tiba2 lah terlintas untuk mencuba sesuatu yang tidak baik pada pertama kalinya, cakaplah pada Hati bahawa anda tidak mahu. Kerana pada awalnya memang malu namun setelah berkali mencuba dan mengulangi hati akan rasa mahu. Mahu terhadap kebaikan xde masalah. TERUSKAN! tapi mahu utk ke arah kejahatan. NAUZUBILLAH, elakkan. Nak berubah ke arah kebaikan itu memerlukan satu mujahadah yang cukup kuat. Pasti dalam proses kembali itu pelbagai ujian akan timbul. Tekadkan diri dan bulatkan niat agar Hati tidak goyah.

   Allah S.W.T ini Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Mengetahui, even banyak mana pun salah kita, Allah masih terus membuka pintu taubatNya. Atas diri kita sama ada ingin ke arah pintu tersebut atau pun tidak.

 "INGATLAH! HATI INI CENTRE OF WHAT YOU WANT TO DO, BILA HATI MAHUKAN YANG BAIK,MAKA BAIKLAH SELURUH ISINYA, KALAU HATI TURUTKAN YANG BURUK, MAKA BURUKLAH SELURUH ISINYA. "

   Masih belum terlambat untuk kita menadah tangan berdoa dan bersujud kepadaNya. Moga kita sentiasa dirahmati dan diberkati.

dakmun~











Hanya Seminit.

     Alhamdulillah.. Tergerak hati utk buka laman bersawang ni.. Dulu inilah aku gunakan utk kuatkan diri aku utk melawan nafsu :) Kini diriku semakin dewasa dan perlu lebih giat menguatkan diri dengan pulak macam-macam perkara yang wujud sekeliling kita kan?


Tak panjang yang aku nak celoteh. Maaf kalau terasa diri ni kasar sekiranya menggunakan "aku" sebab rase macam lagi dekat dengan korang ..hehe.. Apa pun yang penting saling nasihat menasihati kea? :)

Just to trigger me and urself.. I wonder, Allah bagi masa yg cukup panjang. But hanya 1 minit itu boleh membuatkan diri kita ini lebih bermakna pada hari tersebut. Yerp! 1minit.. 

Daripada 24 jam itulah.. 1minit  masa yang plg minimum utk kita peruntukkan buat diri kita for our akhirat.. Tak tau lah kalo xmau jugak. Aku test baca Al-Fatihah yang ada 7 ayat dengan bacaan biasa kurang dri 45 saat.. so meaning that.. even 1 ayat pun kita boleh baca dalam jangka 
 1 minit. Itulah tempoh paling malas la kalo da sibuk sangat.

Persoalannya.. did we give to ourself that 1 minute for our future in hereafter? 
ask yourself! :)

wassalam~

Khamis, 29 November 2012

For tommorow

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni terasa nak buka balik blog yang rasanye dah lama sangat menyepi. Apa pun seronok dan rasa bersemangat untuk blogging bila melihatkan ada rakan-rakan yang masih mengaktifkan jari jemari mereka dalam dunia blog ni. Alhamdulillah. (n_n)

1 soalan..

1) Apa khabar semua?? :)

Malam tadi baru je diberi makanan rohani yang terasa nak dikongsi dalam post ni. he.. izinkan lah ye nak berkongsi nih even tak lah seberapa baik saya boleh kongsikan tapi sudi-sudi lah membacanya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (59:18)

Rabu, 18 April 2012

Love ISlam~

Alhamdulillah.. Hujan mencurah-curah turun ke ladang "gandum".. haha.. tetiba teringat kat koko krunch.. kalau time kecik-kecik dulu duk men sorok-sorok ngan adik ar kalo abah beli benda alah tu.. mau sampai bertumbuk gak ar nak makan nye pasal.. hee.. skang ni semua sopan je.. cewah.. kenangan tu.. best!

Mase kecik dulu ade je benda yang nak disensitifkan.. Kalau tak dapat makanan gaduh, kalau tak dapat duk depan ngan mak dalam kete pun nak gaduh pastu bila nak masuk bilik, tutup pintu bilik kuat2 konon-konon nak bagitau kat mak ngan abah yang diri tu tengah merajuk la..hahaha.. Sekarang, bila dah besar nak buat camtu tak leh da la.. nnt mak kata ngade-ngade lak.. XD tapi takpe la kan.. sekali sekala nak manja-manja ngan mak ngan ayah sendiri.. eceh!

Bila cite yang berkaitan ngan keluarga ni..

Doa~

Alhamdulillah.. Dah sekian lama bersawang.. Tiba-tiba rasa di hati nak menaip kat sini. Maaf lama menyepi.. Agak sibuk pulak semester ni dengan macam-macam program.. InsyaAllah semuanya memberi manfaat pada diri yang lemah ni la.. Yang penting.. saya Alhamdulillah semakin sihat la..hehe.. awak macam mane?? harap sihat la noh.. Saya doakan yang terbaik buat kawan2 saya ni..

Cerita bab doa..