Ahad, 4 April 2010
kaifa halukum jamiian?..ana harap sume sihat lako la deh..he
yang paling penting tahap iman yang sentiasa ada dalam diri kita..
adakah ia sering di "top up" atau sekadar dibiarkan ia tamat tempoh begitu sahaja..
itu ana serah pada antum..
moga yang terbaik adalah sbagai jawapannya..
hm..ana sebenarnya rase seronok jugak dapat post blog nie..
dalam nak cari masa nak post blog..akhirnya ketemu juga sih..syukur2..
untuk makluman antum la..ana baru je abis bedah satu buku..huhu..
buku novel..bukan sembarangan org ana ni..hehe..
masuk kat skola nie tetiba meningkat pulak minat nak baca nie..alhamdulillah..
Novel yang baru ana operate tu adelah...
"DENYUT MEDIK CINTA"..
hm..melihat pada tajuknya pun da terasa auranya..
blum tunjuk cover page lagi tu..x tw la jadi apa..
bagi ana,novel nie sangat bgus..insyaallah..
jalan penceritaan dalam novel tersebut sangat menarik minat ana..
bukan sekadar hanya membaca novel ya sohabi..
dalam masa yang sama kita nie da macam belajar sains pulak..haa..
power gak tu..tengah2 membaca boleh belajar istilah medik kan..?
ana nak tulis kat sini pun rasanya x terdaya..banyak2..
nak tau cuba la baca..best2..
novel nie ditulis bukanlah dalam kalangan seorang yang sememangnya dalam bidang penulisan,namun die adalah seorang DOKTOR..mantop!...sibuk2 pun ade gak buat novel..
kita nie bila la pulak ye?
x ape2..insyaallah andai diizinkan mgkin akan terhasillah sebuah karya hak milik kita sendiri kan..ana doakan agar lebih ramai penulis novel islamik yang benar2 islamiknya akan muncul dalam bidang penulisan..smoga ia dapat menjadi salah satu wasilah utk pembaca mendapat hidayah dari Ilahi..insyaallah..
setakat ni je yang ana dapat nukilkan..
jaga diri antum//muhasabah diri selalu..insyaallah..
syurga di akhirat sana..
wassalam..
Jumaat, 19 Mac 2010
Always Remember!
fuh..lega rasanya dapat menaip lagi kat blog nie..Ntahla bila lagi dapat menaip kat sini kan..
andai diizinkan Allah..insyaallah akan diteruskan..
Itulah nikmatnya..macam2 nikmat Allah beri pada kita..sama ada kita sedar atau x..
kalau nak di bilang dengan jari..confirm x lpas punye..
kalau nak bilang ngan rambut..??x terkira jugak..
Percayaalah..(lagu ape ntah)..
tambah2 la kalau xde rambut..or commonly called as "botak"..(^_^)
Ape pun..jangan kita lupa bersyukur sebab kerana Allah kita masih lagi bernafas..andai disekat pernafasan.Berakhirlah hayat kita..
Ajal x mengira usia, x mengira tempat kat mane kta ditarik nyawa..
bkan boleh tempah tempat nak mati mcm kta tempah...

Hotel Five Star yg ini..mantop!
atau yang ini????
or maybe this..??tapi hakikatnya bila da meninggal nanti semua sama sahaja..
tempatnya dekat..
sinila..haa..adilkan..x kira miskin atau kaya..
sama shj
sebab itu yang pasti..
Firman Allah
"setiap yang hidup pasti akan mati"
just be prepared..
bak kata org mude2 le..
"dosa ngan pahala masing2,kubur asing2"
beno sangat le tu..
atenye..dah sedie ke?
muhasabah diri selalu ye..
awok nie pun same..
x terlepasnye dari dose.
tp jgn sekali lupe
minta ampun daripada-NYA..
awok minta diri dulu la ye..
wassalam..
Selasa, 16 Mac 2010
Zaman Jahiliyyah VS Zaman Sekarangiyyah
Ntah kenapa bila terbaca surat khabar pagi tadi..hati terlintas akan tajuk di atas.
Sebab ape?? mungkin kerana ada hubung kaitnya dengan kita..atau hanya lintasan hati semata-mata..
Bergelar seorang pelajar yang berhadapan dengan kitab SEJARAH bukan mudah.Kadangkala ia amat membosankan tapi adakalanya amat menyeronokkan..walaupun pada asalnya penulis bukanlah seorang yang minat pada subjek ini..namun ia semakin menarik hati saban hari.. Alhamdulillah..
ku katakan pada ayah seawal pemilihan subjek.
"x minatla sejarah.susah..da la kena banyak membaca"
ayah membalas "kalau rajin baca senang la"
begitulah selanjutnya..
atas sebab di atas la penulis semakin minat membaca , bukan hanya pada SEJARAH tp buku lain juga..
Percayalah.. semakin banyak membaca semakin banyak kita sedar bahawa kita sememangnya jahil tentangnya..
penulis cba fokuskan pada tajuk asal penulisan ini.. apa bezanya zaman sekarang dengan zaman sebelum berkembangnya agama Islam.. cuba kita singkap kembali peristiwa yang berlaku di zaman Jahiliyyah..
kegiatan merompak,mencuri,minum arak,menanam anak perempuan hidup2,kaum wanita ditindas,pengamalan riba, dan sebagainya adalah satu fenomena yang biasa pada zaman tersebut.. sehinggalah saat Islam berkembang, segala kegiatan tersebut dihentikan dan lahirlah umat islam yang mantap IMANnya..perlukan contoh??? seharusnya kita mengetahuinya..so,jadikan membaca amalan kita..
ana cuba fokuskan amalan tanam anak hidup2.. adakah ia masih berlaku pada zaman sekarang??? atau ia sebenarnya tidak berlaku kerana kita sebenarnya sudah bergelar masyarakat yang bertamadun yang hidup pada zaman yang penuh kecanggihan..??
semua org sedia maklum..bukan setakat ia kembali berkembang pada zaman ini..malah ia berlaku dengan lebih advance..!!
anak yang sepatutnya berada dlm dakapan ibu tercinta bukan sahaja ditanam hidup2 malah ada yang sanggup membakar anak yang tidak mengerti apa2 pun ttg dunia..sanggup meletakkan anak di tempat yang hina..dibuang merata sahaja sehingga dijadikan makanan yang penuh selera..Ya Allah..Nauzubillah
Apa salahnya anak ini? jika Umar Al-Khattab menangis kesal akan perbuatannya , bagaimana umat Islam zaman sekarang..??? penuh dengan ikutan..semakin banyak kes dilaporkan...
itu yang DILAPORKAN!! apa yang berlaku pada nasib anak yang TIDAK DAPAT DIKESAN???? hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI..
Fikir2kanlah..andai kita yang berada ditempat anak tersebut..rasailah keperitannya..
Jangan menyeksanya kalau tahu diri x terjaga..insaflah...
Jangan terlalu asyik bercinta,
Anak lahir terseksa,
Kalau tahu diri binasa di akhirat sana,
Insyaallah x terjadinya dosa...
Biar nafsu membara,
tapi hati tu tahu menjaga,
kalau diri dah suka,
cepat2 kahwin saja..
Jangan ingat diri muda,
Dah mula nak tunjuk terer,
Ingatlah diri tu masih belum terjaga,
Fikir2la nak buat jasa..
akhir kalam.. wassalam..

Isnin, 15 Mac 2010
Saje²
Bismillahirrahmanirrahimsyukurlah!dapat jugak akhirnya ana menaip dlm blog sendiri..alahai..
setelah onak duri ku tempuhi , kini tiba masa yang dinanti , utk bersama blog sendiri.. (^_^)
hm..agak lama jugak ana tggalkan blog nie tanpa di update..al maklum la ana tahun nie agak sibuk..
tahun nie la ana kena berjuang habis-habisan dalam mencapai kejayaan dunia yang sementara nie..jadi, doa²kan ana dan sahabat seperjuangan berjaya dalam jihad ilmu kami..insyaallah
satu hari di kala org len sedang bercuti..
bermula sebuah perjalanan sebagai seorang musafir..ana la tu..
dari kolej ana ditumpangkan oleh seorang peguam ke KL Sentral..Ya Allah,seronok x terkata..tiba² excited sungguh bila dapat jumpa peguam..sebelum nie kalau jumpa xde la excited mane..tambah² lagi kalau jumpa doktor or arkitek..mungkin sebab itu la kerjaya yang ana impikan di masa hadapan..to be a LAWYER..mantap²..
but..sebelum tu kna belajar lek lok la noh..apa² pun..tanpa usaha xkan ke mana la kita..
teruskan cerita..ana dijadualkan bertolak dari KL Sentral jam 9..masa tu sampai awal..agak² dlam pukul 8.05 minit la..sampai je..trus cari plug..boring² pegi la dengar lagu nasyid sambil melayari internet.....
dengar punya dengar..sambil punya sambil..akhirnya da pukul 9..ana pun naik la tren..he..ke BATU GAJAH..my hometown..
dalam train tu ana kena duduk sebelah seorang wanita..bangsa ehem2..
dalam keadaan dup dap², ana amik beg lap top in pupose to be our benteng..lega la sket..
perjalanan 3 jam..lama tu,ana pun x tau nak watpe..so ana amik la novel sejarah islam yang ana bawak dari kolej..baru pegang..tiba² rasa ngantuk lak..ana pun trus la tidur berbantal pelukkan novel tu..power gak tu..ntah mcm mane..lpas terlelap tu ana terjaga..tindakan luar jangkaan ana masa tu..ana buka buku trus baca..hehe..lps 2 perenggan da masuk alam mimpi blk..adoi..
after 3 hours..sampai batu gajah..yes2! tp malangnya kena jalan kaki pulak nak blk umah..sbb public phone xde.. xdpt la nak call sape² minx tolong jemput..umah ana dari stesen agak2 dalam 1km gak la..dengan 3 beg di badan perjalanan diteruskan..akhirnya....smpai jugak kat umah..
alhamdulillah..
the moral of the story is..
telefon dulu kalau nak balik..thats all..wassalam
Isnin, 15 Februari 2010
Sultan Muhammad Al-Fateh
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
link:http://satuperkongsian.wordpress.com


