Jumaat, 19 Mac 2010

Always Remember!

ASsalamualaikum..

fuh..lega rasanya dapat menaip lagi kat blog nie..Ntahla bila lagi dapat menaip kat sini kan..
andai diizinkan Allah..insyaallah akan diteruskan..

Itulah nikmatnya..macam2 nikmat Allah beri pada kita..sama ada kita sedar atau x..
kalau nak di bilang dengan jari..confirm x lpas punye..
kalau nak bilang ngan rambut..??x terkira jugak..
Percayaalah..(lagu ape ntah)..
tambah2 la kalau xde rambut..or commonly called as "botak"..(^_^)


macho jugak nie..he

Ape pun..jangan kita lupa bersyukur sebab kerana Allah kita masih lagi bernafas..andai disekat pernafasan.Berakhirlah hayat kita..

Ajal x mengira usia, x mengira tempat kat mane kta ditarik nyawa..
bkan boleh tempah tempat nak mati mcm kta tempah...


Hotel Five Star yg ini..mantop!

atau yang ini????

or maybe this..??

tapi hakikatnya bila da meninggal nanti semua sama sahaja..
tempatnya dekat..

sinila..haa..adilkan..
x kira miskin atau kaya..
sama shj

yang penting..pastikan diri kita bersedia utk kembali kepadanya..
sebab itu yang pasti..

Firman Allah
"setiap yang hidup pasti akan mati"
just be prepared..

bak kata org mude2 le..
"dosa ngan pahala masing2,kubur asing2"

beno sangat le tu..
atenye..dah sedie ke?
muhasabah diri selalu ye..

awok nie pun same..
x terlepasnye dari dose.
tp jgn sekali lupe
minta ampun daripada-NYA..

awok minta diri dulu la ye..
wassalam..

Selasa, 16 Mac 2010

Zaman Jahiliyyah VS Zaman Sekarangiyyah

Bismillahirrahmanirrahim..

Ntah kenapa bila terbaca surat khabar pagi tadi..hati terlintas akan tajuk di atas.
Sebab ape??
mungkin kerana ada hubung kaitnya dengan kita..atau hanya lintasan hati semata-mata..

Bergelar seorang pelajar yang berhadapan dengan kitab SEJARAH bukan mudah.Kadangkala ia amat membosankan tapi adakalanya amat menyeronokkan..walaupun pada asalnya penulis bukanlah seorang yang minat pada subjek ini..namun ia semakin menarik hati saban hari.. Alhamdulillah..



ku katakan pada ayah seawal pemilihan subjek.

"x minatla sejarah.susah..da la kena banyak membaca"

ayah membalas "kalau rajin baca senang la"

begitulah selanjutnya..


atas sebab di atas la penulis semakin minat membaca , bukan hanya pada SEJARAH tp buku lain juga..

Percayalah.. semakin banyak membaca semakin banyak kita sedar bahawa kita sememangnya jahil tentangnya..

penulis cba fokuskan pada tajuk asal penulisan ini..
apa bezanya zaman sekarang dengan zaman sebelum berkembangnya agama Islam.. cuba kita singkap kembali peristiwa yang berlaku di zaman Jahiliyyah..


kegiatan merompak,mencuri,minum arak,menanam anak perempuan hidup2,kaum wanita ditindas,pengamalan riba, dan sebagainya adalah satu fenomena yang biasa pada zaman tersebut..
sehinggalah saat Islam berkembang, segala kegiatan tersebut dihentikan dan lahirlah umat islam yang mantap IMANnya..perlukan contoh??? seharusnya kita mengetahuinya..so,jadikan membaca amalan kita..

ana cuba fokuskan amalan tanam anak hidup2..
adakah ia masih berlaku pada zaman sekarang??? atau ia sebenarnya tidak berlaku kerana kita sebenarnya sudah bergelar masyarakat yang bertamadun yang hidup pada zaman yang penuh kecanggihan..??

semua org sedia maklum..bukan setakat ia kembali berkembang pada zaman ini..malah ia berlaku dengan lebih advance..!!

anak yang sepatutnya berada dlm dakapan ibu tercinta bukan sahaja ditanam hidup2 malah ada yang sanggup membakar anak yang tidak mengerti apa2 pun ttg dunia..sanggup meletakkan anak di tempat yang hina..dibuang merata sahaja sehingga dijadikan makanan yang penuh selera..Ya Allah..Nauzubillah

Apa salahnya anak ini? jika Umar Al-Khattab menangis kesal akan perbuatannya , bagaimana umat Islam zaman sekarang..??? penuh dengan ikutan..semakin banyak kes dilaporkan...


itu yang DILAPORKAN!! apa yang berlaku pada nasib anak yang TIDAK DAPAT DIKESAN????
hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI..

Fikir2kanlah..andai kita yang berada ditempat anak tersebut..rasailah keperitannya..

Jangan menyeksanya kalau tahu diri x terjaga..insaflah...


Jangan terlalu asyik bercinta,

Anak lahir terseksa,

Kalau tahu diri binasa di akhirat sana,

Insyaallah x terjadinya dosa...


Biar nafsu membara,

tapi hati tu tahu menjaga,

kalau diri dah suka,
cepat2 kahwin saja..

Jangan ingat diri muda,
Dah mula nak tunjuk terer,
Ingatlah diri tu masih belum terjaga,
Fikir2la nak buat jasa..


akhir kalam..
wassalam..


ini buaianku???

ini kesudahanku???

mana ibuku?????

Isnin, 15 Mac 2010

Saje²

Bismillahirrahmanirrahim
syukurlah!dapat jugak akhirnya ana menaip dlm blog sendiri..alahai..
setelah onak duri ku tempuhi , kini tiba masa yang dinanti , utk bersama blog sendiri.. (^_^)

hm..agak lama jugak ana tggalkan blog nie tanpa di update..al maklum la ana tahun nie agak sibuk..
tahun nie la ana kena berjuang habis-habisan dalam mencapai kejayaan dunia yang sementara nie..jadi, doa²kan ana dan sahabat seperjuangan berjaya dalam jihad ilmu kami..insyaallah

satu hari di kala org len sedang bercuti..
bermula sebuah perjalanan sebagai seorang musafir..ana la tu..
dari kolej ana ditumpangkan oleh seorang peguam ke KL Sentral..Ya Allah,seronok x terkata..tiba² excited sungguh bila dapat jumpa peguam..sebelum nie kalau jumpa xde la excited mane..tambah² lagi kalau jumpa doktor or arkitek..mungkin sebab itu la kerjaya yang ana impikan di masa hadapan..to be a LAWYER..mantap²..

but..sebelum tu kna belajar lek lok la noh..apa² pun..tanpa usaha xkan ke mana la kita..
teruskan cerita..ana dijadualkan bertolak dari KL Sentral jam 9..masa tu sampai awal..agak² dlam pukul 8.05 minit la..sampai je..trus cari plug..boring² pegi la dengar lagu nasyid sambil melayari internet.....
dengar punya dengar..sambil punya sambil..akhirnya da pukul 9..ana pun naik la tren..he..ke BATU GAJAH..my hometown..

dalam train tu ana kena duduk sebelah seorang wanita..bangsa ehem2..
dalam keadaan dup dap², ana amik beg lap top in pupose to be our benteng..lega la sket..
perjalanan 3 jam..lama tu,ana pun x tau nak watpe..so ana amik la novel sejarah islam yang ana bawak dari kolej..baru pegang..tiba² rasa ngantuk lak..ana pun trus la tidur berbantal pelukkan novel tu..power gak tu..ntah mcm mane..lpas terlelap tu ana terjaga..tindakan luar jangkaan ana masa tu..ana buka buku trus baca..hehe..lps 2 perenggan da masuk alam mimpi blk..adoi..

after 3 hours..sampai batu gajah..yes2! tp malangnya kena jalan kaki pulak nak blk umah..sbb public phone xde.. xdpt la nak call sape² minx tolong jemput..umah ana dari stesen agak2 dalam 1km gak la..dengan 3 beg di badan perjalanan diteruskan..akhirnya....smpai jugak kat umah..

alhamdulillah..

the moral of the story is..

telefon dulu kalau nak balik..thats all..wassalam

Isnin, 15 Februari 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh

fatih

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

link:http://satuperkongsian.wordpress.com

JanGan TerTipU Dek KerNA NAFSU

Assalamualaikum..

Nahmuduhu ilallah sbb dengan berkat darinya masih lagi mata kta nie berpeluang untuk membaca pelbagai maklumat..alhamdulillah

berbeda dengan manusia yang ditarik satu nikmat daripadanya..iaitu mata
namun dari sudut pandangan yang positif ia adalah satu kurniaan dari Allah kerana akan mengurangkan kuantiti dosanya..lahirnya Ulama terbilang dari dalam kalangan org Buta..
subhannallah..Allah tajamkan pendengarannya dengan hanya mendengar tapak kaki sahaja mampu mengenal makhluk Allah..
begitulah yang dikhabarkan oleh ustaz ana..

sukar umat akhir zaman ni nak mengawal nafsunya..
sukar kta nak jumpa pemimpin yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik seperti mana wujud dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh..

pelbagai usaha dilakukan..
di ambil contoh pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan..
ibadat tanpa jemu..
diwajibkan tenteranya mempunyai pegangan agama yang kuat untuk menyertai perang
dibina benteng kerajaan Turki sebagaimana parit dikorek pada zaman Rasulullah dalam perang Khandaq..
dan pada akhirnya..
berjaya menakluki Kota KONSTATINOPLE..

Andai dapat kita contohi tentera Sultan Muhammad Al-Fateh...
pada satu ketika, Sultan mereka amat mengidamkan buah delima..
tiba di sebuah kebun delima,dicari tuan tapi x jumpa..
di uji Tuhan yang Maha Esa..
tangan mampu mengambilnya..tapi dek kerana takut akan murka ALLAH berbanding murka Sultan..
mereka tdak meneruskannya..lalu pulang dengan tangan Kosong..

bagaimana kita???
sebaik-baik Akhlak adalah Akhlak Rasulullah..
Akhlak nya Umpama Al-Quran..
Contohilah Rasulullah..
Hidupkanlah Sunnahnya..
Jangan kerana kita..Agama Difitnah..ingatlah..

Nabi Muhammad berkata,"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan"

-Bukhari dan Muslim

::wassalam::