Isnin, 15 Februari 2010

Sultan Muhammad Al-Fateh

fatih

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.

_________________________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Guru al-fatih berserban putih di sebelah kuda

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

rantai merentang teluk horn

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

link:http://satuperkongsian.wordpress.com

JanGan TerTipU Dek KerNA NAFSU

Assalamualaikum..

Nahmuduhu ilallah sbb dengan berkat darinya masih lagi mata kta nie berpeluang untuk membaca pelbagai maklumat..alhamdulillah

berbeda dengan manusia yang ditarik satu nikmat daripadanya..iaitu mata
namun dari sudut pandangan yang positif ia adalah satu kurniaan dari Allah kerana akan mengurangkan kuantiti dosanya..lahirnya Ulama terbilang dari dalam kalangan org Buta..
subhannallah..Allah tajamkan pendengarannya dengan hanya mendengar tapak kaki sahaja mampu mengenal makhluk Allah..
begitulah yang dikhabarkan oleh ustaz ana..

sukar umat akhir zaman ni nak mengawal nafsunya..
sukar kta nak jumpa pemimpin yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik seperti mana wujud dalam zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh..

pelbagai usaha dilakukan..
di ambil contoh pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W sebagai rujukan..
ibadat tanpa jemu..
diwajibkan tenteranya mempunyai pegangan agama yang kuat untuk menyertai perang
dibina benteng kerajaan Turki sebagaimana parit dikorek pada zaman Rasulullah dalam perang Khandaq..
dan pada akhirnya..
berjaya menakluki Kota KONSTATINOPLE..

Andai dapat kita contohi tentera Sultan Muhammad Al-Fateh...
pada satu ketika, Sultan mereka amat mengidamkan buah delima..
tiba di sebuah kebun delima,dicari tuan tapi x jumpa..
di uji Tuhan yang Maha Esa..
tangan mampu mengambilnya..tapi dek kerana takut akan murka ALLAH berbanding murka Sultan..
mereka tdak meneruskannya..lalu pulang dengan tangan Kosong..

bagaimana kita???
sebaik-baik Akhlak adalah Akhlak Rasulullah..
Akhlak nya Umpama Al-Quran..
Contohilah Rasulullah..
Hidupkanlah Sunnahnya..
Jangan kerana kita..Agama Difitnah..ingatlah..

Nabi Muhammad berkata,"kebaikan generasi pertama umat ini kerana adanya sifat syahid dan keimanan yang kuat dan binasanya generasi akhir umat ini kerana adanya sifat bakhil dan banyak berangan-angan"

-Bukhari dan Muslim

::wassalam::


Ahad, 31 Januari 2010

Demi Nota

Assalamualaikum..

this is another story about..hm..about what??i dont know la..just enjoy read it..


'VrOoooooooooom'

bunyi motor kriss 100 yg menyamar jadi motor kriss 120..

dengan fizikal nya yang boleh masuk kategori MOTOR KURANG UPAYA (MKU)..tetap ku bawa juga merentasi jalan berliku menuju ke arah Manong yg bukan destinasi sebenarku..huhu..


perjalanan yang agak jauh tu aku mulakan dengan kalimah 'Bismillah'..
moga2 dgnnya aku dilindung segala dugaan yg bakal menimpa..itu yg sebaiknya..mulanya singgah di stesyen minyak..tengok meter x jalan (sebab rosak pun)..
so amik langkah selamat pegi la isi minyak.."RM 5 ye kak"


Buka2 je penutup minyak..tu dia!!....kosong!..haha..alhamdulillah..nasib x kna tolak motor..tanpa buat muka terkejut aku terus mengisi minyak..."slurrrrppp" kyng motor dapat makan minyak..he
abis je isi minyak..motor MKU nie bertambah semangat..


destinasi seterusnya..stesen KTMB.
."nak pegi mane2 pun,settlekan tiket nie dulu,kalo idak x blk la jawbnya" bicara aku seorang diri..

sampainya kat stesen KTMB ..tgk barisan da mcm ular..panjang..alahai..kna beratur nie..
tengah beratur pun byk dugaannya..mcm2 dugaan..tp hati tetap bermusabah..
"ALLAH itu MAHA MELIHAT"..bisik hatiku..dengan sabar yg menggelabah..akhirnya selepas sejam berlalu tiba la giliran aku..


"tiket ke KL sentral ye encik"

"pukul bape dik?" balas pegawai kaunter


"hm..pukul 1.15" aku lawan balik (x leh jadik nie)..he


"haa..langkah kanan la kamu..tggal satu tempat je lagi..tp nie pun x tentu lagi sbb kaunter ade kat mane stesen jugak..jgn seronok lagi selagi x kluar tiketnye" ujar pegawai tu padaku


"dup dap 3x" bunyi hati tanda seronok tmbah takut."ya Allah..harap2 dapat la tiket tu" bisik hatiku


"alhamdulillah selamat" kata si pegawai kaunter td..syukur2


"alhamdulillah,terima kasih ye encik" ijab aku padanya..


usai beli tiket,sebelum beredar aku save kan nombor stesen KTMB BAtu GAjah yg aku nampak pada board td..


"tit tet3" bunyi nsetku..tertera pada skrin nset tu 05-3666616..

save....


jam menunjukkan pukul 4.35 petang..aku teruskan perjalanan yang sebenar

"PERJALANAN DEMI SEBUAH NOTA"

vrooomm..vroomm.. motor kriss MKU merah menyelusuri onak berliku..
belok kiri belok kanan dengan tayar yang botak satu..
perjalanan ku biasanya mengambil masa sejam..
alhamdulillah lesen yang ak dapat awl bulan 3, taun lpas digunakan sebaiknya..he
aku pun x tahu berapa laju la aku bawak masa tu..sebab meter asyik tunjuk 0!!hehe..
slow tuu..tp berjaya jugak memintas beberapa kereta dan motor dengan selambanya..hehe

sampai di destinasi (kuala kangsar) aku berhenti utk solat ASAR..
satu kewajipan bgi seorang muslim..itu yg pasti!

usai solat,aku berhenti sekejap di kedai pau milik ayah kpada junior ku semasa di SMK BUKIT MERCHU..


"assalamualaikum..hm..ade ape lagi faris?" aku mula bicara

"(muka terkejut kejap tgk kelibat abg senior lama..uhuk2) oo..abg rupanya..dari mane nie?..ade pau ayam,pau kaya dgn kacang.." jawabnya


"dari rumah la.*sengih*..satu berapa?" aku bertanya


"dari btu gajah nun?uish..hm..pau ayam rm 1.20, pau kaya ngan kacang rm 1.00" faris maklum padaku


"nak jumpa abg mirul jap..emm..kasi abg pau ayam la.." minta aku pada faris

"nak berapa abg?" faris menyoalku

terus ak tengok dompet..alahai..ade rm 2 je..ingat td ade la lbih rm 5..tetiba terlintas pada pemikiran ku..aku lupa duit td da abis beli tiket rm 16..haha..gelak dlm hati sorng2


dengan segannya ak ckp "satu je"..(gaya awl macam nak beli byk je..hu..ape la)


faris pun hulur la 1 pau ayam tu padaku..xpe la..asalkan ade membeli..he
......

perjalanan diteruskan lagi...


akhirnya aku sampai dkat umah kwnku tu yang terletak di kota lama K..


"assalamualaikum.......mirulllll" ak memberi salam..


"waalaikumussalam.." jawabnya dari blakang..


aku automatik terpandang belakang..

lega hatiku sebaik melihat kelibat amirul dengan motornya yg bru tiba sejurus selepasku..
kalo tgk makhluk lain td..nauzubillah..mau flying kick or flying hand kowt..menyesal x sudah tegur..he..


"ana baru amik nota nta td..baru siap" beritahunya pdaku..
smbil tu dihulurkan plastik yg terdapat sebuah buku di dalamnya pada ku..


"alhamdulillah..xpe2,asalkan ade la notanye.." blas aku kpd sahabat karibku

...bersambung...

RAWANG ke TG MALIM


assalamualaikum..
this is a train..not an aeroplane..for those who doesn't know la..he

"setakat nie je saya boleh bantu awk..awk boleh berjaya,awk kna usaha lagi..jgn tggu sampai bulan jun baru nak struggle..kalau nak jadi lawyer awk kena usaha untuk dpatkan pointer tggi..dapat 4 flat lagi bgus..start your effort from now..smoga berjaya..ada pape nnt saya akan cba bantu.." mcm tu la kata2 seorang penumpang KTM padaku wktu dalam perjalanan pulang dari rawang ke tg malim..

semangat betul bila mendengarnya.x sangka lak perasaan taraddud nak blk masa tu bertukar menjadi satu hari yg cukup bermakna buat diriku..haha..xleh bla..awalnya malu nak tegur..ye la..org tu sibuk ngan lap top.. yg sebelah nie lak tersengguk-sengguk je.."faham" belaka la kowt tgk buku arab..he..

citer nie memulakan mukaddimahnya lpas satu "soalan tiba2" dikeluarkan..

"hm..nak tanya..train nie ade pegi ipoh x?" haaa pastu la..bermulanya satu hiwar yang singkat tp penuh semangat..huu

ape pun segala isi hiwar tu akan aku praktikkan bla da blk sane nnt..insyaallah


sesak ngan manusia berbeg besar


"Life is lIke A paRAcHute,IT Work BEsT wHen OpenEd"

Sabtu, 30 Januari 2010

UniknYA Ciptaan ALLAH..

Assalamualaikum..
Cba perhatikan gambar2 kat bawah tu..
haa..betapa uniknya ciptaan ALLAH..