Isnin, 16 September 2013
Basuh bajuku~
Alhamdulillah.. Baru selesai basuh baju. Baju nak kata banyak tu tak lah jugak. Ada je dalam 2 baldi.. haha.. But, semuanya tinggal kenangan sebab semuanya sudah selesai dibasuh.. oo yeahh
Bila duduk rumah bujang ni, nak tak nak kena la basuh baju guna kudrat yang ada. Kalau masa menginap kat kolej dulu, malas-malas pun ada mesin basuh sedia menanti penggunanya di bilik khas yang kolej sediakan. Sekarang ni ada jugak dobi dan bagai tu. Tapi nak turun tu punyelah alahai.. malas.. So aku bertekad untuk basuh baju sendiri..he
Setiap benda yang kita lakukan ni, mesti ada hikmah. Kalau kita fikir dalam-dalam dan secara positifnya apa pengajaran yang boleh kita ambil dari perbuatan yang kita lakukan sehari-hari dan kaitkan ia dengan Islam yang sentiasa mengajar kita supaya bermuhasabah.
So, pengajaran dari basuh baju ni.. haaa
KESABARAN
Cukup menguji kesabaran betul basuh baju ni. Haha.. Tambah-tambah kalau di depan mata tu ada 2 baldi yang menanti..err.. Tapi bak kata orang cerdik pandai
MENGELUH TAK ADA GUNA, SELAGI TAK ADA TINDAKAN..
kita mengeluh banyak baju tapi tindakan kita untuk mengurangkan kadar baju tu tetap tak ada. So its useless. Bila kita start basuh baju tu. Lama kelamaan timbunan itu makin lama makin sedikit. Sendiri pakai sendiri tanggung la kan. Hee.. Macam dosa, sendiri buat perkara yang buruk. Kelak yang akan terima azab itu diri kita jugak. Agak-agak nak terus tambahkan timbunan tu atau nak kurangkan?
Fikir-fikirkan, selamat beramal~
SUCI
Bila basuh baju, the main objectives is too make it clean. Kita akan sental baju kita tu sampai la kita yakin baju kita tu benar-benar bersih. Kalau tak bersih, takut ia akan effect ibadah yang kita nak lakukan lepas tu kan? Dari baju yang penuh dengan lumpur, sampai la hilang kesan lumpur tu. Tambah-tambah kalau kesan lumpur tu ada dekat baju yang kita betul-betul sayang. oohh.. disebabkan kena prank hari jadi oleh rakan-rakan, kita dilumuri tepung yang penuh melekat di baju yang kita sayang tu. Nak marah tak blh. SABAR ^_^ Baju boleh dibasuh. Hilangkan kesan tu dan everything will look like normal again.
Begitu jugak la benda yang kita nak kena buat pada hati kita ni. Kita kena berusaha untuk sental dosa-dosa yang kita lakukan dan jangan biar hati yang kita sayang ni dilumuri oleh benda-benda yang tak sepatutnya. Empunya hati kan lebih mudah mencuci hatinya sendiri ^_^ Nak atau TAK NAK je buat proses penyucian tu.
Selamat Mencuba!
Banyak lagi ibrah yang kita boleh dapat dengan hanya membasuh baju :) Nak tahu? Cubalah sendiri dan rasai keseronokannya..
-mz-
Sahaja Aku kembali...
Dah lama tak menulis dalam ruangan ini. Masa landing atas tilam tadi. Tetiba teringat pasal blog ni. Ni sungguh da bersawang tahap apa da ni. hee.. Moga yang sedang membaca ni sihat belaka ye. Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni dosa-dosa yang kita lakukan.
ANDAI JATUH, BANGUN SEMULA ^_^
Aku mengambil keputusan untuk "berleter" semula dalam ruangan ini sebabnya mungkin inilah antara wadah yang boleh aku gunakan sebagai tempat berkongsi segala apa yang aku dapat. Bak kata orang
ILMU TU LAGI KITA KONGSI, LAGI KITA FAHAM.
Aku gunakan kata ganti diri "aku" kerana mungkin ini lebih dapat merapatkan kita. Kalau nak sopan bacalah dengan lafaz "ana"..hehe..
Semoga ruang maya ini dapat pertemukan kita suatu hari nanti nah..
Ameen!
-mz-
Khamis, 16 Mei 2013
Turutkan hati mati~
Alhamdulillah.. Abis da kelas pagiku pada hari ni. Just nak tunggu kelas yang seterusnye je la pulak pukul 6 petang satg. Kelas pengarangan laman web..he.. Best! haa.. Apa khabar anda yang di seberang sana? Harapnya sihat ye ^_^
Hati dan nafsu sering berkait. Bila hati terikut dengan nafsu, maka hati akan jadi rosak. Begitu lah juga bila kita sentiasa manjakan ia.. Pada mulanya ia akan mengajak dan mengajar bahawa ia tidak akan ada apa2. Namun berwaspadalah dengan nafsu kerana nafsu ini nafsu yang mampu merubah diri sampai tahap nanti da hilang ke mana ntah identiti diri yang baik hatinya satu masa dulu.
Bila tiba2 lah terlintas untuk mencuba sesuatu yang tidak baik pada pertama kalinya, cakaplah pada Hati bahawa anda tidak mahu. Kerana pada awalnya memang malu namun setelah berkali mencuba dan mengulangi hati akan rasa mahu. Mahu terhadap kebaikan xde masalah. TERUSKAN! tapi mahu utk ke arah kejahatan. NAUZUBILLAH, elakkan. Nak berubah ke arah kebaikan itu memerlukan satu mujahadah yang cukup kuat. Pasti dalam proses kembali itu pelbagai ujian akan timbul. Tekadkan diri dan bulatkan niat agar Hati tidak goyah.
Allah S.W.T ini Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Mengetahui, even banyak mana pun salah kita, Allah masih terus membuka pintu taubatNya. Atas diri kita sama ada ingin ke arah pintu tersebut atau pun tidak.
Masih belum terlambat untuk kita menadah tangan berdoa dan bersujud kepadaNya. Moga kita sentiasa dirahmati dan diberkati.
dakmun~
Hati dan nafsu sering berkait. Bila hati terikut dengan nafsu, maka hati akan jadi rosak. Begitu lah juga bila kita sentiasa manjakan ia.. Pada mulanya ia akan mengajak dan mengajar bahawa ia tidak akan ada apa2. Namun berwaspadalah dengan nafsu kerana nafsu ini nafsu yang mampu merubah diri sampai tahap nanti da hilang ke mana ntah identiti diri yang baik hatinya satu masa dulu.
Bila tiba2 lah terlintas untuk mencuba sesuatu yang tidak baik pada pertama kalinya, cakaplah pada Hati bahawa anda tidak mahu. Kerana pada awalnya memang malu namun setelah berkali mencuba dan mengulangi hati akan rasa mahu. Mahu terhadap kebaikan xde masalah. TERUSKAN! tapi mahu utk ke arah kejahatan. NAUZUBILLAH, elakkan. Nak berubah ke arah kebaikan itu memerlukan satu mujahadah yang cukup kuat. Pasti dalam proses kembali itu pelbagai ujian akan timbul. Tekadkan diri dan bulatkan niat agar Hati tidak goyah.
Allah S.W.T ini Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Mengetahui, even banyak mana pun salah kita, Allah masih terus membuka pintu taubatNya. Atas diri kita sama ada ingin ke arah pintu tersebut atau pun tidak.
"INGATLAH! HATI INI CENTRE OF WHAT YOU WANT TO DO, BILA HATI MAHUKAN YANG BAIK,MAKA BAIKLAH SELURUH ISINYA, KALAU HATI TURUTKAN YANG BURUK, MAKA BURUKLAH SELURUH ISINYA. "
dakmun~
Hanya Seminit.
Alhamdulillah.. Tergerak hati utk buka laman bersawang ni.. Dulu inilah aku gunakan utk kuatkan diri aku utk melawan nafsu :) Kini diriku semakin dewasa dan perlu lebih giat menguatkan diri dengan pulak macam-macam perkara yang wujud sekeliling kita kan?
wassalam~
Tak panjang yang aku nak celoteh. Maaf kalau terasa diri ni kasar sekiranya menggunakan "aku" sebab rase macam lagi dekat dengan korang ..hehe.. Apa pun yang penting saling nasihat menasihati kea? :)
Just to trigger me and urself.. I wonder, Allah bagi masa yg cukup panjang. But hanya 1 minit itu boleh membuatkan diri kita ini lebih bermakna pada hari tersebut. Yerp! 1minit..
Daripada 24 jam itulah.. 1minit masa yang plg minimum utk kita peruntukkan buat diri kita for our akhirat.. Tak tau lah kalo xmau jugak. Aku test baca Al-Fatihah yang ada 7 ayat dengan bacaan biasa kurang dri 45 saat.. so meaning that.. even 1 ayat pun kita boleh baca dalam jangka
1 minit. Itulah tempoh paling malas la kalo da sibuk sangat.
Persoalannya.. did we give to ourself that 1 minute for our future in hereafter?
ask yourself! :)
wassalam~
Khamis, 29 November 2012
For tommorow
Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Pagi-pagi ni terasa nak buka balik blog yang rasanye dah lama sangat menyepi. Apa pun seronok dan rasa bersemangat untuk blogging bila melihatkan ada rakan-rakan yang masih mengaktifkan jari jemari mereka dalam dunia blog ni. Alhamdulillah. (n_n)
1 soalan..
1) Apa khabar semua?? :)
Malam tadi baru je diberi makanan rohani yang terasa nak dikongsi dalam post ni. he.. izinkan lah ye nak berkongsi nih even tak lah seberapa baik saya boleh kongsikan tapi sudi-sudi lah membacanya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan" (59:18)
Langgan:
Catatan (Atom)