Ahad, 9 Januari 2011

Sebarkanlah Salam..

Assalamualaikum..

pagi-pagi ni ana nak kongsi dua kisah..
kisah ni ada kaitan gak ngan ape yang ana nak kongsi dalam post kali ni..^_^

Kisah Pertama.
Pada suatu hari, si Ali (bkan nama sebenar) datang ke tempat yg bersebelahan dengan sebuah masjid..masjid tu cukup cantik dan ramainya org beri'tikaf di dalamnya..Ali terus pegi ke tempat sebelah masjid tu..bila Ali masuk ke kwasan tu..dia cukup teruja kerana setiap kali die bertembung dengan manusia di situ..pasti ada ungkapan salam dilontarkan padanya.."assalamualaikum abg"..mantop!
Tetiba je Ali jadi cukup teruja..mashaAllah..bagai berada di awangan..hee..hebatnya budaya kat tempat tu..dia tersenyum keseorangan..

Kisah ke-DUA.
Pada suatu hari,si Ahmad (juga bukan juga nama sebenar)menziarahi sebuah tempat yang agak terpencil..Sampainya dia di situ..Hatinya tertarik dek kerana suara azan yang memanggil..merdu alunannya..Oleh kerana kehadirannya agak janggal dalam kalangan manusia di situ..Setiap yang bertembung akan merenung wajah Ahmad yang agak hensem tu.. =P namun renungan itu sekadar renungan kosong..kenapa?kerana tiada kalimah indah dilontarkan..hanya sekadar renungan..Ahmad direnung bagai nak ditelan..Usai solat..Ahmad masih ditenung..ada kemungkinan teruja dengan wajah Ahmad yang xde jerawat..he..Wallahua'lam..

haa..cukuplah dengan dua cerita di atas tu..agak ringkas..namun mesejnya ada la..ana sebenarnya x berapa pandai sangat nak bercerita..sekadar nampak perbezaannya la ye..

dari ape yang ada kat atas ni..ana cuma nak tekankan satu budaya yang agak ditelan zaman..budaya ape ye??? yup..PANDAI!..budaya SALAM..bukan salam yang bersentuhan tangan tu!yang ini salam yang menggunakan lisan ye sahabat2..

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiALLAHu anhu,
katanya dari Rasulullah SallALLAHu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah kamu akan masuk surga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidaklah kamu mau kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai..?
Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu".


hebatnya salam ni kan..?1001 hikmah boleh disenaraikan..ana pasti+yakin anta/anti nie adalah seorang yang dikurniakan akal yang cukup mantop,tip top,incredible,so fully with knowledges oleh Allah S.W.T..lantas blh merungkai hikmah2 yang ada..hehe..jadi x perlu lah ana senaraikan ye..

Kalau dilihat dalam hadis lain juga ada diajar adab memberi salam

contohnya...tatacara salam..

1)orang yang berkenderaan beri salam kepada pejalan kaki..
2)Orang yang berjalan bagi salam pada org yang duduk..
3)orang yang sedikit beri salam pada org yang ramai..
4)yg muda beri salam kepada yang tua..

rujukannya leh didapati dalam buku hadis hukum (syariah ting 6)...kalau xpun,blh digooglekan..

banyak kemudahan yang ada kat sekeliling kita hari ni..so gunakan ia sebaiknya..
amalkan budaya membaca..n budaya SALAM..
iringkan salam sekali senyuman agar ia lebih menawan..!


senyum itu sedekah
pahala berganda bila ditambah dengan SALAM
sama2 kita amalkan..

::wassalam::


Sabtu, 25 Disember 2010

Perjalanan diteruskan..

Assalamualaikum...

ini adalah post yg pertama selepas berakhirnya perjuangan pada 16.12.2010..huhu
satu tarikh yg akan ana ingat slalu..

ape pun..yang penting adalah ape yang akan berlaku pada masa hadapan kan..?
cmanya...blk nie mmg penuh dengan cabaran..
ye lah..sebelum nie duk kat dalam suasana yang memang ade biah beragama..
tp bla kluar semua gundah gulana..

there are a few things that I'll always remember..

pertama, cikgu2..

ana mmg salute cikgu2 sbb ade kelainan pada mereka..pengorbanan yang x terkata..
terima kasih guruku..doakan anak muridmu sentiasa memperoleh kejayaan yg cemerlang..

kedua, biah..

yg ni mmg ana rasakan sungguh kat sana...dlu ana nie mmg mlas nak membaca..apatah lagi kalo nak beli buku yang ilmiah2 tu..setakat komik tu no hal je..biah kat sane pelik!hehe..leh katakan gitu la..semangat membeli tu kuat la..membaca???kuat gak..he..skarang nie ana da mula suka membaca da..alhamdulillah

ketiga, kawan2

hee..yg nie paling ana suka...dulu kalo kat skolah lama ade 5 org je satu batch (kat asrama)..berbanding kat sini da ade berganda2 dah..tak banyak just 27 org laki..okay la tu..ditambah dgn pelbagai ragam..fuh..kenangan la..srnk berkwan dgn mereka2 tu..ade masa bergaduh..ade masa bergelak ketawa..n ade ketika menangis..tp tu la persahabatan yang insyaallah akan kekal abadi..

susah nak cari kwan yang akan sentiasa ingatkan kita akan dosa dan pahala..susah nak cari kawan yang dtg kat bilik n kejutkan suh solat sunat..mantap..itulah hakikat yang ana rasai sepanjang setahun setengah kat sane..singkat!tapi isinya padat!!..he

kenangan kat sane mengatasi 5 tahun ana di skolah lama..inilah hikmahnya yg Allah berikan slpas peristiwa after SPM..

aku bersyukur pdamu Ya Allah..ape yang ku pinta dari mu agar kuatkan lah aku utk terus istiqamah dalam setiap amalanku selama ni..amin..

wassalam..

Ahad, 18 Julai 2010

HArum Vs Busuk

Hadis :

Dari Abu Hurairah r.a katanya:

"Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit."

Kata Hammad : "Kerana baunya harum seperti kasturi."

Kata Penduduk Langit : "Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam."
Lalu roh itu dibawa ke hadapan Tuhannya Azza wa Jalla.

Kemudian Allah berfirman:

"Bawalah dia ke Sidratul Muntaha dan biarkan di sana hingga hari kiamat."

Kata Abu Hurairah
selanjutnya :
"Apabila roh orang-orang kafir keluar dari tubuhnya..."

kata Hammad: "Berbau busuk dan mendapat makian."

Berkata Penduduk Langit : "Roh jahat datang dari bumi."
Lalu diperintahkan, bawalah dia ke penjara dan biarkan di sana hingga hari kiamat." (Muslim)


Huraian :

Kematian sesungguhnya amat menyiksakan. Kematian orang-orang yang tidak beriman mempunyai banyak perbezaan dengan kematian orang-orang yang beriman. Tanda-tandanya bukan sahaja dapat dilihat oleh orang yang hidup bahkan ini diperakukan sendiri di dalam al-Quran.

Hikmah dan Musibah..

Salam..

lagi beberapa jam je nak balik sane da..yes2..
x sabar rasanya..tp keje pun banyak jugak x siap ag nieh..alahai.. exam da nak dekat..tabahkan hati..pulun2!!

cuti2 nie x tau la nak wat ape..nasib la ade gak aktiviti ngan kawan dari terengganu..huhu..namanya dirahsiakan..
ape pun..seronok jugak la walaupun pegi JUSCO tp x masuk..haha..
road to JUSCO IPOh..

ini semua gara2 kamera la..

kameranye lebih kurang mcm nie la..

nak simpan dia, loker penuh pulak..last2..balik je la..terkubur la niat nak g kedai
MPH kat JUSCO tu..

gedung ilmu..mantap2

ape pun..ana percaya setiap kejadian tu ade hikmahnya..so, for this situation..We were so lucky that kami terselamat dari dibasahi hujan yang agak lebat..huhu..elok je sampai umah barulah ujan membasahi bumi..

cba bayangkan........
andai kami berjaya melangkah kaki ke JUSCO..balik conform kene ujan..boleh jadi kamera pun leh rosak sebab kena ayor hujan..baju pun basah..mungkin jgak boleh dapat penyakit DEMAM..then mesti susah nak blajar dan bagai lagi la..

Alhamdulillah..semua tu x berlaku..
syukur rasenya..

Sabtu, 17 Julai 2010

Ilmu Dunia.

salam..

ape kabar sahabat2 seperjuangan..ana harap semua sihat la..
kalo tak sihat pun..ucaplah "alhamdulillah"..sebab ape yek??
kerana tika sakit itu kita sabar dan atas sabar itulah timbulnya pahala berganda..insyaallah..

hmm..exam ana pun da semakin dekat..debaran kian terasa jugak la..
apa2 pun..usaha masih diteruskan..cuma ana harapkan bantuan doa dari sahabat2..doakan ana agar cemerlang..bukan dunia sahaja.malah di akhirat.. ILmu ini penting sebenarnya..namun hakikatnya ramai yang x menyedarinya..

yanqasimu al ilm ila beberapa bahagian..he

Ilmu periksa

ilmu ini paling selalu org wat..duk lama2 dalam kelas..pastu menunggu tibanya hari peperiksaan kunjung tiba di akhir tahun persekolahan..bila da abis periksa habis expired la ilmu die..sebab ape?niat pun sampai abis periksa je al asbab belajarnya..so memory pun rosak la lepas ari last periksa tu..huhu..
berhempas pulas
Ilmu pertahan

ilmu ni agak power sebab bukan calang2 org leh blajar ilmu nie..hehe..tp budak2 adalah majoriti yang mampu menguasai ilmu ni..hal ini disebabkan mereka sering terpengaruh dengan media massamm..as for example..budak2 kecik dia akan mudah dapat ilmu walaupun hanya duk kat umah..caranya tgk la citer power rangers,sailormoon,ultraman dan sebagainya..ilmu ini lantas akan digunakan utk mempertahankan dirinya bila diancam musuh kelak..syabas2!..
wacaaa..

Ilmu mengorat
..

haa...yang ini agak 18 thun dan ke atas..tp majoriti umat skang nie da makin arif bab2 ni..EVEN dak sekolah RENDAH!!..ish3..susah nak bendung..org da terlalu mencari ilmu ni..implikasinya???tu yang banyak berlakunya kes2 yang di luar jangka..dirogol,berzina,mendekati zina dan bagai lagi la..semua boleh senaraikan..


sapa nak ngorat sapa ni?

Ilmu akhirat

hm..inilah yang penting sebenarnya..ilmu yang dibawa hingga ke akhir hayat..akhirat..ilmu yang sepatutnya di cari sehingga ke negeri china sekali pun..ilmu yang memberi manfaat kepada penututnya..sahlun kalam,setiap kali kita belajar pahala turun dari langit untuk disampaikan kepada kita..bukan hanya menuntut ilmu..dalam masa yang sama diamalkannya..dengan itu segala amalan xkan mudah dipersia-siakan..ia memerlukan keikhlasan...


disoal di dlamnya

dan lain2 ilmu lagi..

bak kata dalam syair..
"ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tidak akan menembusi org2 yang melakukan maksiat"

hati ni, dia memerlukan petunjuk yang boleh memandu ke arah taqarrub ila Allah..dan Rasulullah telah pun memberikan kita petunjuk yang boleh memandu kita agar tidak terbabas dari arah jalan yang lurus..

Apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W???????

AL-QURAN dan SUNNAH
..

kita kena ingat..walaupun soalan kubur da lama "bocor"..belum tentu kita mampu menjawabnya kerana kita akan menjwab berdasarkan amalan kita..x mampu lagi nak berbohong dan tak ada siapa yang akan dapat bantu kita pada masa tu.

Oleh sebab itu..
tuntutlah ilmu yang bermanfaat dan diredhai Allah sebanyak mungkin kerana sesungguhnya ia boleh memberi kemudahan kepada kita di akhirat kelak..insyaallah..

wassalam