Jumaat, 11 November 2011

Doakan Kami!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah beberapa hari mengorbankan cuti mid sem..Hari ni kami akan bergerak ke USIM untuk menyertai satu pertandingan di sana..

Moga pemergian kami di sana bukan sekadar utk buat yang terbaik dalam penyertaan..Malah dapat mencari mutiara pengalaman melalui pertandingan seperti ini.Di samping dapat berdakwah dalam nyanyian..

Terus terang ana cakap, bila menyanyi untuk berhibur sambil berdakwah adalah lebih mengasyikkan daripada menyanyi dalam tandas! haha..Walaupun terasa seeedap je masa nyanyi dalam tandas kan..Hakikatnya suara kita masih lagi perlukan touch up dari yang pakar ^_^

Bak kata cikgu ana..Singing is SUFFERING  =.="


Do pray for us guys ^_^
(Kumpulan Fawwaz)

Isnin, 7 November 2011

We are talking about "Pengorbanan"

Assalamualaikum..

First of all, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada sahabat² ana yang comel² ni ..Macam mane raye? Best?? Alhamdulillah..bagus la tu..Harapnya tak ade la yang kena tanduk ngan pak lembu or pak kerbo na..haha..Bukan ape, time korban tadi,mase elok tengah menimbang daging² korban,ana terdengar sorang pakcik cerita kat kampung seberang kerbau men aci kejor ngan orang kampung..haa..mujurlah tak jadi pape..Alhamdulillah

Kat masjid dekat ngan umah ana ni pun pernah gak jadi gitu..Semangat untuk hidup sang kerbau tu menggunung tinggi sampai boleh bangun balik even da kna sembelih..dahsyat kot..Mase tu mmg lintang pukang la semua lari..haha..Tak leh bayang la..

Ate,antum ade cerita menarik ke sepanjang raye korban ni???Ce cite2..=)

Khamis, 3 November 2011

Balik KAmpung!!

Assalamualaikum

Alahai..tak boleh nak tidor lak..Memang susah nak tido awal kalau da slalu sangat tido lambat (bkn study ye)..Niat nak tido sebab malam ni ana dan 3 orang lagi sahabat ana akan menempuh satu perjalanan yang bakal mengukir senyuman pihak kedua..haha..Ayat powerr~

Yang penting, dont over imagine la pihak kedua tu..=.="  

KENAPA LAMBAT SANGAT??

sebab nak tunggu sahabat ana yang dari kecik duk kawan..men aci kejor sama², men dalam longkang sama² tu abis exam malam ni..haha..Budak UIA~ rajin UIA wat exam malam² kan??huu

DOAKAN kami selamat sampai.Kami cadang nak gerak dalam jam 11 mlm ni..Tak tau la sampai sana kul bape lak..hmm

HOMETOWN IS WAITING ^_^

Selasa, 1 November 2011

Tengoklah Pokok!

Assalamualaikum..

Petang ni kilat sambar menyambar la..Jadi, ana terperangkap dalam bilik yang serba canggih ni lagi (haha)..Bila nak kurus camni~  Time kilat macam ni dengan selamba lak tak off komputer..haha..Bahaya²~

Alhamdulillah tadi da lepas "azab" test undang²..Memang best! Semalam boleh kata rajin juga la..Ana sampai tahap sanggup tak tengok One Piece tu sehari semalam..haha..Powerr..(akibat study last minute,bukan sbb rajin)..dan  pagi ni pula ana wat record keluar dari bilik untuk ke kelas seawal 8.20 pagi..haha..(x pernah dibuat sebelum ni) Alhamdulillah, semua yang dibaca semalam tak masuk..haha..Just ade la 20 peratus yang masuk..Mujur boleh jawab gak =)

Soalan ana pada hari yang hujan ni : Biasa tengok pokok tak?