Isnin, 17 Januari 2011

Aku seorang Peguam?

Assalamualaikum...

apa khabar sahabat2?ana harap semuanya masih dalam keadaan sihat..walau susah mane pun kehidupan kita,jangan kotorkan ia dengan kotoran dunia..kerana ia hanya akan menyusahkan lagi kehidupan kita..kawan ana pernah cakap pd ana.."munzir,ujian yang Allah beri pada kita tu, bagi kita mmg pahit..namun dengan berkat kesabaran dan ketaqwaan la akhirnya kta dapat rasa kemanisannya di akhirat kelak..insyaallah.."

pd petang ni..ada beberapa perbualan yang ana nak kongsikan..

perbualan pertama: Di Masjid

pakcik: kmu tgh buat ape skarang nie?
karim: saya tgh tggu result je pakcik
pakcik: ooo,da habis skolah la ye..nanti da dapat result nak amik ape?
karim: aah,mcm tu la rasenye..he..insyaallah kalo ade rezeki sy nak smbung law..
pakcik: law?blh ke jadi adil nieh?byk dosa je nnt..

perbualan kedua: Di Kedai Makan

pakcik: macam pernah nampak kamu ni
ahmad: err..tu la rasa mcm cam jugak pakcik nie..he
pakcik: mai la duduk dlu..kamu buat ape kat sini?
ahmad: sy ziarah kawan..ni nak blk umah la kat kerian
pakcik: uih jauhnya..x skolah ke?buat ape skarang?
ahmad: tgh tggu result..STPM agama
pakcik: oo..StPM..nak amik ape nnt?
ahmad: ingat nak sambung law nanti..
pakcik: oo..bgus2..amik dkt USIM nnt ye..sana bgus tp MUET kna band 4 la..


begitu le dialognya..ade yg setuju dan ade yang tidak setuju bila di lontarkan cadangan seseorang itu utk menyambung bidang perundangan..ade yg kata selangkah kaki ke neraka..ade yang kata sebaliknya..lumrah kehidupan

namun hakikatnya,kita semua adalah PEGUAM..peguam utk diri kita..kita la yg memandu arah diri kita zahir dan batin ke arah sah dan batil..andai kita sendiri tidak adil dalam menentukan jalan hidup kita..maka ke neraka la jawabnya..cuma manusia hanya akan perasan bahawa ia sesuatu yg bahaya (yg boleh membawa diri ke neraka) apabila ia menjadi kerjaya..fikirkanlah..

ramai manusia khususnya remaja (termasuk ana) kadangkala tersilap dalam mengadili diri sendiri..itulah sebabnya berlaku bermacam2 kes..contohnya..pergaulan bebas,buang anak,bunuh membunuh,caci mencaci,dengki mendengki dan sebagainya..


indahnya bila bercouple..
(kentut yang busuk pun leh jadi wangi)


hidup dan mati je nih!!
manusia yg tiada perikemanusiaan..

oleh sebab tulah ana mengajak diri ana dan sahabat2 utk sentiasa menjadi seorang peguam yang adil dan saksama utk diri kita sendiri dan org lain..ingat!kita adalah peguam yang menentukan ke neraka atau ke syurgakah kita..

Hakim yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana,tidak ada salah dan silapnya tika pertimbangan dalam menentukan keputusan akhir.. itulah Allah S.W.T

sama2 mohon doa agar menjadi insan yg sentiasa mendapat keredhaan-Nya..amin

p/s: doakan ana dapat menjadi seorang peguam yang bertauliah yang adil.. bgi ana ia adalah memenuhi fardhu kifayah..andai semua beralasan begitu (melarikan diri sbb sah2 mask neraka)..maka tidak mustahil org kafir yg akan menjadi hakim dan peguam di mahkamah syariah nnt..

wassalam



Ahad, 16 Januari 2011

Rukhsah Solat Duduk

salam..

haa..ape habaq?moga sihat selalu..sentiasa ucapkan perkataan yang baik2 ya..jgan terpengaruh dengan suasana yg kurang baik..remaja sekarang mengeluarkan kata2 kesat umpama tidak ada apa2 yang salahnya..ba^i, lan#)u, dan byk lagi keluar dari mulut remaja kita..remaja islam.hmm..

utk petang nie ana nak kongsi psl rukhsah solat..pelbagai alasan diberi bla sakit..xleh nak solat sbb sakit ni la..tu la..mcm2..tp hakikatnya Allah telah beri keringanan pada hambanya utk menunaikan kewajipan terhadap-Nya..

Alasan sentiasa mengundang kecelakaan diri..belajar utk berusaha utk kemanisan hidup..

ana nak kongsi memandangkan kesihatan yg kurang mengizinkan..jadi ana gnakan rukhsah yang telah diajar..sama-sama kita belajar ye..kita x tahu apa akan jadi pada kita pada masa akan datang..blh jadi ari ni kita solat berdiri esk lusa takdir Allah kena solat duduk..jadi ilmu itu penting dan ia sentiasa menjadi tuntutan untuk ditimba..moga akal digunakan sebaiknya..amin3

sblm tu dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dlu..he



yang nie solat secara duduk



yang nie pulak duduk gak..tapi duduk atas kerusi la..



baiklah..moga perkongsian ni benar2 membawa manfaat..mungkin krg bermanfaat pada kita tetapi ia akan lebih bermanfaat apabila diajarkan pada kawan2 yang len..slamat menyebarkan ilmu!!...

wassalam


Menuju Puncak!

assalamualaikum!..

ana harap anta/anti yang sedang membaca nie sihat belaka..sentiasa ingatkan Allah..jgn hanya kita mengingati Allah waktu sakit..tu la yg kerap kali berlaku dalam pentas dunia nie kan..?

Baru2 ni ana ngan kwn2 ade wat program..program mendaki bukit..bukit ape eh??
Bukit Larut namanya..indah namanya namun sudahku tawan..he



Bukit tu xde la tggi sangat berbanding sebuah gunung namun cukup memenatkan para pendakinya..ana ngan kawan2 ana mula mendaki jam 8 pagi..dengan berbekalkan perut yg kosong kami tetap mendaki..hehe...sampai di puncak agak2 dalam jam 11 pagi la..amik mase 3 jam utk 8 km..lpas sampai tu la kami mengenyangkan perut kami dengan juadah kat cafe tu..layan makanan dalam kesejukan..suasana kat atas tu mmg sejuk..seronok..masa nek tu nmpak kabus je..bila matahari memancar bru la nampak bandar yang ada kat sekeliling tu..ana pun x pasti adakah itu taiping ataupun tidak..rumornya boleh nampak negeri lain sekali..wallahua'alam..

sempat jugak kami berkenalan ngan beberapa org pengunjung kat situ..agak ramah la insan2 yang kami jumpa..ada yang suka menceritakan pengalaman mendaki..memang mantop..menaikkan semangat..ada jugak yang mengukir senyuman kala ditegur..macam2 ragam..yang penat mengejor anak pun ada..hee.x sabar agaknya..

haa..sebelum terlupa..kat situ ade dua cara yang ditawarkan kepada pelancong..sama ada nak nek jip ataupun berjalan kaki..kami yang inginkan kepuasan memilih utk berjalan kaki la..kalau nak nek jip kena bayar..he..tp hanya menikmati keindahan di puncak..kekurangan cabaran di situ..kalau nak nek jip x slap ana kna byr rm4-rm6..so agak2 yg xlarat nek berjalan kaki tu leh la memanfaatkan kemudahan yang ada..


jip yang disediakan..bayar2!!


berjalan menikmati keindahan..he..free


masa nak nek bukit tu macam2 dugaan ditempuh..kaki lenguh la dan macam2 ag..ana nek pun pakai selipar je..he..kasut xdak..x teringat pun nak kna pakai kasut..tapi tetap gak antara yg terawal sampai..=P

dalam mendaki ana cukup bersyukur dapat sahabat yang x putus memberi semangat..adakala kami bermuhasabah memuji ciptaan Ilahi..x dinafikan mmg cukup indah dan unik..air yang mengalir cukp membasahkan tekak..xperlu nak tggu sejuk dalam peti ais..x perlu byr 20 sen pun..he..minuman segera yg menyegarkan..waah..

cubalah mencari pengalaman
kerana di situ kita dapat mengajar diri menjadi insan
percaya lah..

ana dan sahabat2 ana didatangkan dugaan oleh Allah dengan kecurian beg salah seorang daripada kami..masa tu mandi kat burmese pool..sekadar menyegarkan badan.he

mujurlah dalam tu hanya ada kunci motor,cermin mata,kopiah, dan pakaian..kebetulan masa tu hujan,jadi barang2 penting sume kami simpan kat motor..bila dicari x jumpa...kami duduk berkumpul kat sebuah pondok..kawan ana telefon abangnya kat kuala kangsar minx hantar kunci spare..dalam duduk tu sempat kawan ana ajak muhasabah..rupanya ada perkara yang kami lalai..cepat2 kami sedar akan diri yg alpa..begitu Allah sayangkan hambanya..subhanallah..

moga insan yg "terambil" barang tu memanfaatkan kopiah yang diambil secara x sengaja..moga hidayah diberi padanya..menjadi yang lebih baik dari semalam..mungkin dengan cara itulah Allah buka pintu hatinya..sama2 kita doakan

jadi..semalam (15/1) bukan sekadar mendaki tetapi turut sedar akan kekurangan diri..alhamdulillah..ada kala kita lalai..Allah akan turunkan ujian..masa tu bergantung pada kita pemikiran kita utk menerima dugaan tersebut..sama ada menyalahkan antara satu sama lain atau sebaliknya..seeloknya kita berfikir hikmahnya Allah kurniakan nikmat dugaan tu pada kita..

wassalam

Ahad, 9 Januari 2011

Sebarkanlah Salam..

Assalamualaikum..

pagi-pagi ni ana nak kongsi dua kisah..
kisah ni ada kaitan gak ngan ape yang ana nak kongsi dalam post kali ni..^_^

Kisah Pertama.
Pada suatu hari, si Ali (bkan nama sebenar) datang ke tempat yg bersebelahan dengan sebuah masjid..masjid tu cukup cantik dan ramainya org beri'tikaf di dalamnya..Ali terus pegi ke tempat sebelah masjid tu..bila Ali masuk ke kwasan tu..dia cukup teruja kerana setiap kali die bertembung dengan manusia di situ..pasti ada ungkapan salam dilontarkan padanya.."assalamualaikum abg"..mantop!
Tetiba je Ali jadi cukup teruja..mashaAllah..bagai berada di awangan..hee..hebatnya budaya kat tempat tu..dia tersenyum keseorangan..

Kisah ke-DUA.
Pada suatu hari,si Ahmad (juga bukan juga nama sebenar)menziarahi sebuah tempat yang agak terpencil..Sampainya dia di situ..Hatinya tertarik dek kerana suara azan yang memanggil..merdu alunannya..Oleh kerana kehadirannya agak janggal dalam kalangan manusia di situ..Setiap yang bertembung akan merenung wajah Ahmad yang agak hensem tu.. =P namun renungan itu sekadar renungan kosong..kenapa?kerana tiada kalimah indah dilontarkan..hanya sekadar renungan..Ahmad direnung bagai nak ditelan..Usai solat..Ahmad masih ditenung..ada kemungkinan teruja dengan wajah Ahmad yang xde jerawat..he..Wallahua'lam..

haa..cukuplah dengan dua cerita di atas tu..agak ringkas..namun mesejnya ada la..ana sebenarnya x berapa pandai sangat nak bercerita..sekadar nampak perbezaannya la ye..

dari ape yang ada kat atas ni..ana cuma nak tekankan satu budaya yang agak ditelan zaman..budaya ape ye??? yup..PANDAI!..budaya SALAM..bukan salam yang bersentuhan tangan tu!yang ini salam yang menggunakan lisan ye sahabat2..

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadits dari Abu Hurairah radhiALLAHu anhu,
katanya dari Rasulullah SallALLAHu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah kamu akan masuk surga sehingga kamu beriman, dan tidaklah kamu beriman sehingga kamu saling mencintai. Tidaklah kamu mau kutunjukkan kepada sesuatu yang apabila kamu lakukan kamu akan saling mencintai..?
Yaitu sebarkanlah salam di antara kamu".


hebatnya salam ni kan..?1001 hikmah boleh disenaraikan..ana pasti+yakin anta/anti nie adalah seorang yang dikurniakan akal yang cukup mantop,tip top,incredible,so fully with knowledges oleh Allah S.W.T..lantas blh merungkai hikmah2 yang ada..hehe..jadi x perlu lah ana senaraikan ye..

Kalau dilihat dalam hadis lain juga ada diajar adab memberi salam

contohnya...tatacara salam..

1)orang yang berkenderaan beri salam kepada pejalan kaki..
2)Orang yang berjalan bagi salam pada org yang duduk..
3)orang yang sedikit beri salam pada org yang ramai..
4)yg muda beri salam kepada yang tua..

rujukannya leh didapati dalam buku hadis hukum (syariah ting 6)...kalau xpun,blh digooglekan..

banyak kemudahan yang ada kat sekeliling kita hari ni..so gunakan ia sebaiknya..
amalkan budaya membaca..n budaya SALAM..
iringkan salam sekali senyuman agar ia lebih menawan..!


senyum itu sedekah
pahala berganda bila ditambah dengan SALAM
sama2 kita amalkan..

::wassalam::